Happy anniversary buat Neelofa dan Haris! Diam tak diam, usia perkahwinan pasangan selebriti popular ini menginjak usia dua tahun. Kian bahagia melayari alam rumah tangga bersama-sama, Neelofa dan Haris juga semakin rancak merencana empayar perniagaan mereka iaitu Nunha.
Selamat bergelar suami isteri pada tanggal 27 Mac 2021, tidak dinafikan rezeki pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor dan Haris Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz ini semakin melimpah ruah.
Buktinya pada Februari lalu, mereka dilantik sebagai duta bagi syarikat Omrah Travel dan selamat mengerjakan ibadah umrah di samping anak tersayang.
Bersempena ulang tahun perkahwinan kedua, Neelofa menerusi Instagram miliknya berkongsi momen indah majlis pernikahannya dan Haris yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu negara dua tahun lepas.
Ads
Hanya berkongsi kapsyen ringkas 27.3.2021, perkongsian usahawan ini meraih ribuan tanda suka dan dibanjiri dengan ucapan tahniah serta syukur daripada peminat tersayang.
Mengimbas kembali hari bahagia Neelofa dan Haris, pasangan ini tampil memukau dalam persalinan indah serba putih bertemakan dekorasi indah RekaTeemor yang menggunakan himpunan bunga-bungaan segar berwarna putih.
Ads
Neelofa menerima mas kahwin daripada suaminya dalam bentuk sebentuk cincin dan dihadiri ahli keluarga, saudara mara dan kenalan rapat.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran kedua-dua ibu bapa mereka iaitu Dato’ Halim Khan dan Datin Noor Kartini serta Dato’ Seri Ismail Nobat dan Datin Seri Normah Johari.
Dua tahun melayari hidup berumah tangga, kehidupan Neelofa dan Haris lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata lelaki yang diberi nama Muhammad Bilal yang genap mencecah usia setahun pada 29 Januari lepas.
Tanpa sedar rupanya sudah 25 tahun ASTRO Radio menabur budi menceriakan pendengar radio dengan celoteh juruhebah terkemuka serta pilihan lagu terkini dan mengimbau memori buat menghiburkan pendengar.
Jika sebelum ini pendengar radio menggunakan gelombang frequency modulation (FM) sebagai medium untuk mendengar kini radio boleh didengar di mana-mana sahaja dengan lahirnya aplikasi SYOK.
Bermula HARI INI, pendengar setia radio mempunyai alternatif menikmati hiburan radio di dalam talian pula. Aplikasi SYOK menawarkan lebih 60 stesen baharu dalam talian, menawarkan pelbagai jenis dan kompilasi muzik dan saluran berita untuk berita terkini serta hal ehwal semasa. Malah turut menerbitkan saluran berita Bahasa Cina baharu, ‘YOU-NEIRONG’.
Stesen baharu di SYOK membolehkan pengguna untuk strim genre dan kategori muzik kegemaran mereka merentasi bahasa termasuk balada, klasik, muzik akustik, muzik tarian, muzik senaman, K-pop, hip-hop, kegemaran di tahun 70an, 80an dan 90an, rock, Jiwang, Cintan, Nasyid, Arab, lagu-lagu Bollywood, Irama Malaysia, Dangdut dan banyak lagi.
60 stesen baharu dalam talian ini akan tersedia tambahan kepada semua jenama Astro Radio di udara dan di TV termasuk ERA, MY, HITZ, RAAGA, SINAR, GEGAR, ZAYAN, MELODY, GOXUAN, MIX, LITE dan banyak lagi; menjadikan Astro Radio dan SYOK pertama di Malaysia untuk melancarkan stesen radio baharu dalam talian dengan jumlah yang tinggi secara serentak.
Di samping itu, aplikasi ini juga membantu memudahkan pengguna dengan ciri penggera (alarm) yang membolehkan pengguna menjadualkan stesen radio pilihan mereka untuk distrim secara automatik.
Selain itu, pengguna juga boleh menikmati banyak ciri baharu yang menarik dan dinaik taraf seperti ‘mod gelap’ (dark mode) dan saluran ‘video langsung’ (live video), memberikan pengguna kelebihan untuk berinteraksi dengan orang lain semasa sesi video langsung.
Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mendengar podcast – carian podcast yang dipertingkatkan berdasarkan kategori, membolehkan pengguna meneruskan penstriman di tempat mereka berhenti, mengatur podcast yang dimuat turun ke dalam simpanan, berkongsi di media sosial; dan banyak lagi.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Astro Radio, Kenny Ong, “Semasa kami memulakan perjalanan transformasi kami untuk berkembang sebagai rangkaian hiburan audio dan infotainmen terbesar serta paling berpengaruh di Malaysia, Astro Radio teruja untuk memperkenalkan pilihan penstriman audio yang lebih relevan dengan kandungan yang disusun mengikut permintaan pendengar kami.
Kepesatan perubahan dalam ruang digital terus memacu evolusi kami untuk menawarkan lebih banyak aliran muzik dalam talian yang memastikan jenama-jenama Astro Radio sentiasa relevan.
Aplikasi baharu SYOK menawarkan pengalaman yang lebih khusus dengan 60 stesen radio baharu dalam talian baharu kami yang disesuaikan dengan lebih banyak gaya hidup dan pilihan.
Kami berharap rakyat Malaysia menikmati pengalaman hiburan baharu ini di SYOK melalui aplikasi dan laman web,” katanya yang menyatakan Astro Radio turut bekerjasama dengan TikTok untuk melancarkan tiga rancangan hujung minggu baharu ke udara dan di aplikasi SYOK.
Selain boleh menikmati artikel semasa, pendengar juga boleh menikmati berita dan info trafik serta menyertai peraduan untuk peluang membawa pulang hadiah menarik termasuk peraduan SYOK 101 yang tersedia di aplikasi serta ke udara mulai 8 November bagi merebut hadiah wang tunai.
SYOK telah bekerjasama dengan ACO Tech, syarikat peneraju mobiliti pintar terkemuka di Asia Tenggara, untuk menyepadukan aplikasi SYOK dalam sistem infotainmen kenderaan.
Malah turut berkerjasama dengan HUAWEI untuk menyepadukan aplikasi SYOK pada HUAWEI WATCH 3 Series yang menawarkan pengalaman jam pintar yang lebih tinggi kepada pengguna.
SYOK bakal mengumumkan lebih banyak kerjasama dari semasa ke semasa agar terus berinovasi dan meningkatkan industri radio dan audio Malaysia.
Muat turun aplikasi SYOK di Google Play, Apple App Store atau Huawei App Gallery, juga layari lawan web
SYOK.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malaysia Prihatin! Itu tema yang dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 pada tahun ini. Pemberian slogan tersebut dilihat bertepatan dengan situasi dan cabaran wabak Covid-19 yang sedang melanda negara dan seluruh dunia ketika ini.
Biarpun sambutan hari kemerdekaan tahun 2020 ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya disebabkan penularan virus berbahaya namun rakyat Malaysia kekal bersemangat mempamer jiwa patriotik mereka. Baik di rumah atau di mana sahaja berada, Jalur Gemilang megah berkibar di serata bumi Malaysia khususnya pada tarikh keramat 31 Ogos!
Sebagai rakyat yang cintakan negara dan pengaruh yang dimiliki, pujian harus diberikan kepada barisan selebriti ini kerana tidak lupa meraikan hari bersejarah Malaysia. Pelbagai cara dan aktiviti dilakukan figura popular berkenaan demi menunjukkan betapa mereka bangga menjadi anak Malaysia. Ada yang menyertai program berbasikal, mendaki bukit, menyanyi dan tidak kurang juga yang memotretkan gambar mereka di samping Jalur Gemilang biarpun hanya di rumah.
Berikut gambar dan ucapan patriotik barisan selebriti tanah air!
1. Alif Satar
Merdeka ride.. alhamdulillah! Bersyukur negara kita aman merdeka ada peluang kita keluar kayuh macam ni. Merdeka bukan sekadar laungan, tapi merdeka dari mentaliti, nilai diri dan rasa tanggungjawab. Tadi, naik jambatan Saloma, bersepah sampah kat situ, kebersihan pun takleh jaga inikan lagi hal yang lebih besar. Lasting change start within yourself!
#JiwaMerdeka #FirstClassMentality
2. Sharifah Amani
At the peak of Gunung Ledang. Salam Merdeka Tanah Air Tercinta!!
3. Che Puan Sarimah Ibrahim
Happy Merdeka weekend everyone!!! We should all feel so proud of Malaysia and what we have achieved so far in this very difficult bizarre year. Rasa.. Sangat bangga.Alhamdulillah. Malaysia.. celebrating tahun kemerdekaan yang ke-63
#merdeka #merdeka63 #selamatmerdeka #malaysiaku #unitymasks
4. Kavita Sidhu
https://www.instagram.com/p/CEjbk5FpLxJ/
Past, present and future bind us together. Happy 63rd Merdeka Malaysia!
#selamatharimerdeka2020
5. Amy Mastura
Selamat Hari Merdeka semua!!!
#selamatharikebangsaanke63
6. Erra Fazira
Tak kibar bendera.. .
Ku pakai terus.. .
begitulah cintaku pada negara !!
SALAM MERDEKA!!!
7. Heliza Helmi
https://www.instagram.com/p/CEivpEln83I/
MALAYSIA PRIHATIN
Salam Hari Kebangsaan 2020! Syukur Alhamdulillah
8. Fattah Amin
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Selamat menyambut hari kebangsaan yang ke 63!
9. Amelia Henderson
Tanah tumpahnya darahku. Happy Merdeka Day Malaysia
10. Siti Nordiana
Sama-samalah kita bersyukur di atas nikmat kebebasan dan kemerdekaaan yang telah dikecapi selama ini. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-63 tahun
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat melawat dan menyantuni mangsa banjir yang ditempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Kuantan.
Turut berangkat, KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.
Hadir sama Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Datuk Sabariah Saidan, Ketua Polis Pahang Dato’ Sri Ramli Mohamed Yoosuf, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Dato’ Dr Wan Mohammad Zaidi Wan Isa dan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri Dato’ Zulkhairi Zainol Abidin.
Tiga PPS tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan Beserah, Sekolah Menengah Kebangsaan Pelindung dan Sekolah Kebangsaan Pelindung, Kuantan.
Dalam lawatan itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan meluangkan masa beramah mesra dengan mangsa banjir. Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban yang ditanggung.
Seramai 226 orang daripada 50 keluarga telah dipindahkan di PPS SK Beserah, 201 orang daripada 50 keluarga di PPS SMK Pelindung dan 65 orang daripada 15 keluarga di PPS SK Pelindung.
Seri Paduka Baginda turut berkenan bertitah kepada semua rakyat khususnya penduduk Pantai Timur supaya berwaspada dan sentiasa memastikan keselamatan anak-anak terutamanya ketika musim tengkujuh.
Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan agar mangsa banjir yang ditempatkan di semua PPS bersabar dan menasihati mereka tentang kepentingan menjaga kebersihan di PPS.
Seri Paduka Baginda turut mengajak seluruh rakyat untuk bersama mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan.
Sumber: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!