12 dan 13 Disember merupakan tarikh paling bermakna dalam hidup Siti Norsaida Tarudin atau Saida yang merupakan seorang penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-6.
Ini kerana pada 13 Disember 2022 genaplah usia Saida yang ke-46 tahun. Kakak kepada penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza ini sememangnya cukup dikenali dengan kecantikan asli serta rahsia awet mudanya.
Manakala 12 Disember 2022 pula, Saida meraikan ulang tahun perkahwinannya yang pertama bersama suami tercinta, Mohd Nooraizal Rasip.
Terserlah sinar kebahagiaan di raut wajah Saida dengan perkahwinan ketiganya. Mohd Nooraizal Rasip merupakan pengurus kanan bahagian operasi di salah sebuah syarikat kewangan.
Ads
Pastinya, Disember tahun ini menjadi bulan istimewa serta memberi kebahagiaan buat ibu anak empat ini kerana dapat meraikan kedua-duanya serentak. Apatah lagi dengan kehadiran suami di sisi.
Memuat naik gambar di Instagram berserta ungkapan manis, Saida berterima kasih kepada suami kerana menerima dirinya seadanya serta mengharapkan hubungan mereka berkekalan sampai ke syurga.
“Selamat ulangtahun perkahwinan sayang @dragonleo11. Terima kasih menerima saya seadanya. Insyallah hingga ke jannnah. AMIN.”
Ads
Kata-kata Saida dibalas oleh suaminya di ruangan komen: –
“Alhamdulillah. Lovely year & more to come”
Ads
Para pengikut dan peminat Saida turut menitipkan doa serta harapan agar pasangan ini kekal bahagia selamanya.
Semoga Saida kekal bahagia bersama suami serta anak-anak.
Kredit Foto: Instagram Siti Norsaida Tarudin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Februari berlalu dan kini Mac pula menyapa. Jangan dibiarkan kulit terus kusam dan tidak bermaya tanpa dibelai dengan penuh rasa cinta. Lindungi kulit daripada segala anasir luar yang berbahaya terutama cahaya UV.
Bajai kulit dengan nutrisi yang terbaik agar kulit tidak akan dimamah usia dan kekal cantik. Pilih rejim kecantikan kulit biar berpadanan dengan jenis kulit dan kemampuan.
KUASA MAGIS BEDAK ASAS
Bedak asas mempunyai fungsi membantu kulit yang bersih dan cantik. Shu Uemura telah memperkenalkan Petal Skin Fluid Foundation yang mampu menutup segala cela pada kulit wajah dengan sempurna. Mengandungi SPF 20 PA ++ untuk melindungi kulit daripada sinar UV yang berbahaya.
NUTRISI TERBAIK KULIT
Rangkaian produk penjagaan wajah Albion telah memperkenalkan Exage, serum khusus untuk menyuntik kadar lembapan yang tinggi di bawah kulit. Keistimewaan serum ini apabila mampu menghidratkan kulit dengan kesan yang serta-merta. Krim yang diperkaya dengan bahan-bahan semula jadi seperti ekstrak Rooibos, ekstrak Royal Jelly dan Ekstrak Gyokura Tea.
LEMBUT MENYINGKIR KOTORAN
Singkir segala kotoran dan noda yang tidak diingini dengan Brightening Cleansing Gel-in-Oil daripada Melvita ini. Pembersih wajah unik 3 dalam 1 ini bertindak berkesan sebaik sahaja disapu ke atas kulit. Bertekstur gel namun bertukar menjadi minyak apabila bertindak balas dengan kulit dana bertukar kepada tekstur losen apabila bersentuh dengan air.
BELAI KULIT KETIKA TIDUR
Grown Alchemist mempersembahkan Detox Night Cream yang diformulasikan dengan Peptides, Echinacea, Vitamins, Hyaluronic Acid dan Essential Omega Fatty Acids yang merangsang kulit ketika tidur dan berupaya menyingkirkan garis-garis halus serta kedutan yang tidak diingini pada bahagian kulit wajah.
CECAIR PEMBERSIH MINYAK
Rangkaian penjagaan kulit dari Korea, Erborian telah memperkenalkan Black Cleansing Oil. Menggunakan charcoal sebagai sumber utama meninggalkan kulit yang bersih dan segar sebaik sahaja bersentuhan dengan kulit. Ditambah pula dengan 7 herba terpilih membuatkan pembersih kulit ini mampu menyingkir kotoran yang degil.
UKIR KEINDAHAN KULIT
Rangkaian penjagaan produk terkenal dari Korea Innisfree telah berkolaborasi dengan PEANUTS® yang menghasilkan koleksi Edisi Terhad Snoopy. Menyegarkan diri serta memulakan hari dengan kombinasi My Body Cedar Wood Set ini pasti mencipta momen terindah. Haruman yang segar berkekalan sepanjang hari meningkatkan keyakinan wanita terutama ketika sedang melalui hari yang sukar.
EFEKTIF MENGANJALKAN KULIT
The Body Shop telah mempersembahkan Firming Shaping Serum yang diperbuat daripada 99 peratus bahan asli. Serum ini berupaya membantu membentuk semula wajah yang sudah lari daripada garisan penuaan. Bukan sahaja bertindak menganjalkan kulit malah boleh menyalurkan kadar lembapan yang diperlukan oleh kulit. Hanya dalam masa empat minggu serum ini boleh menunjukkan kesan yang drastik.
HARUMAN DUA DALAM SATU
Avon telah mempersembahkan Eve Duet merupakan gandingan dua haruman dalam satu yang ikonik. Dua haruman ini direka secara harmoni untuk di sembur secara berasingan atau melapisi di antaranya bagi mencipta kombinasi haruman tanpa batasan. Daripada nota segar buah-buahan hinggalah ke haruman flora sensual memikat.
INTENSIF MERANGSANG KULIT
Pelihara kulit saat menyapu MultiBright Night Cream daripada Shiseido ini. Bertindak multi fungsi mencerahkan kulit secara semula jadi dan menyasarkan tona kulit tidak sekata dan bintik-bintik hitam. Rehatkan kulit wajah dengan krim yang telah diformulasikan dengan begitu lengkap. Sapu ke seluruh wajah setelah kulit dibersihkan sebaik sahaja sebelum masuk tidur.
TERAPI IMPIAN WANITA
Aster Spring telah memperkenalkan rawatan facial terbaharu iaitu Intense Hydra-Light Therapy. Rawatan ini merupakan perawatan Dermalogica yang berprestasi tinggi. Menggunakan sejumlah IonActive Hyaluronic Acid, pati pekat Gelloids dan bt-accent LES light untuk hasil maksimum. Terapi cahaya ini juga dikatakan mampu merawat masalah kulit dengan amat berkesan.
BIBIR MEREKAH INDAH
Elianto telah memperkenalkan Brilliant Riche Lip Colour yang mampu menyempurnakan stail yang dibawa oleh setiap wanita. Lipstik yang mampu bertahan sepanjang hari kekal di bibir ini menyerlahkan gaya indah anda. Matte lipstik ini tampil mewah, bertekstur ringan dan mengandungi pelembap menjadikan ia pilihan utama wanita. Hadir dengan 10 rona menggoda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampaknya Ezlisa Loy sedang menghitung hari menantikan hari bersejarah dan bergelar suri hati! Moga adik pelakon popular, Elfira Loy ini berada dalam keadaan sihat dan baik menjelang hari pernikahan yang dijadualkan tidak lama lagi. Iyalah, bak kata orang-orang lama ‘darah manis’.
Ezlisa atau nama penuhnya Nurul Ezlisa Loy genap berusia 29 tahun pada 1 Mac lepas. Sebelum ini wajah cantik Ezlisa yang mesra disapa Lisa pernah menghiasi kaca televisyen dengan bakat lakonannya dalam beberapa drama dan telefilem tempatan sejak usia kecil.
Antaranya dalam drama ‘Oh My English!’ musim pertama pada tahun 2012 yang memegang watak sebagai Faiza. Selain itu, Lisa juga pernah terlibat dalam iklan komersial.
Terbaharu, anak ketiga daripada lima beradik ini memuat naik momen menyambut bridal shower di media sosial. Ezlisa kelihatan ceria diraikan kenalan rapat termasuk kakak tersayang, Elfira Loy.
Difahamkan Elfira teruja menguruskan majlis berkenaan khas buat adik tersayang. Terharu dengan usaha Elfira, pengusaha pastri Lisa Bake Day ini meluahkan rasa syukur.
“Beautiful. It was so beautiful! I never thought my bridal shower could be this PERFECT. From decorations to my outfit that Kakak prepared, the photos, and even the games. Everything was amazing.
Alhamdulillah, I have the most amazing sister who managed to pull this off. Thank you, Kakak. Thank you, my bridesmaids, for helping Kakak and making time for me.”
Sebagai kakak, melihat kegembiraan adik tersayang yang juga bakal pengantin adalah satu kepuasan bagi Elfira Loy.
“Only a few more weeks till her big day! I gave my all to make this the best soiree before your wedding. I hope you and your friends had an amazing time.”
Ezlisa Loy mengadakan majlis pertunangan dengan jejaka kacak pilihan yang dikenali sebagai Hafiz pada 27 April 2024.
Selain pernah menghiasi industri seni tanah air, Ezlisa juga mengusahakan bisnes bakeri dikenali sebagai Lisa Bake Day. Aneka jenis pastri dan sajian pencuci mulut yang dihasilkan seperti Caramel Pudding Cake, Kuih Sarang Semut dan Magnolia Banana Pudding.
Tiba-tiba perasan semua mata memandang. Oh malunya! Wajah berkilat dan berminyak umpama dilumur minyak menggoreng ikan. Rasa rendah diri dan tidak yakin terus menerpa. Apakah yang perlu dilakukan?
Sebenarnya semua orang mempunyai kulit yang berminyak cuma yang membezakan sedikit atau banyak. Ini kerana kulit menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu. Bahaya luar ini boleh menerobos masuk ke dalam pori-pori kulit yang menjadi pemangkin pertumbuhan jerawat.
Selain itu, minyak pada kulit berfungsi sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal. Namun, jika minyak di bawah kulit berlebihan mewujudkan masalah baru dan mencacatkan penampilan.
PUNCA UTAMA
(a) Makanan berlemak
Makanan yang mengandungi lemak jika diambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit. Lemak di bawah kulit ini merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit berminyak.
(b) Hormon tidak seimbang
Wanita mengalami perubahan hormon dalam hidupnya seperti ketika menstruasi, hamil dan menopaus. Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit.
(c) Salah pilih kosmetik
Alat kosmetik mengandungi bahan kimia dan sebagai wanita perlu berhati-hati memilih kosmetik. Jika kosmetik tersebut tidak sesuai dengan kulit boleh menyebabkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah sensitif.
(d) Genetik
Cuba perhatikan wajah kedua ibu bapa dan adik- beradik yang lain. Jika kebanyakan daripada mereka memiliki wajah yang berminyak ini bermakna faktor keturunan. Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.
(e) Ubat-ubatan
Jika anda berada dalam pemantauan doktor dan perlu makan ubat-ubatan, kulit berminyak mungkin datang daripada pengambilan ubat-ubatan ini.
(f) Stres
Sebagai tindak balas terhadap stres, tubuh menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah nampak berkilau dari jauh. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!