Hari yang indah, tanggal 8 Februari lalu genaplah usia Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari mencecah 42 tahun.

Mengintai hantaran foto dari album isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad, sambutan hari lahir beliau telah diadakan secara tertutup di rumah.

IKLAN

Meskipun hanya dihadiri ahli keluarga, majlis hari jadi itu tetap terlihat meriah dan membahagiakan. Hidangan kek, jambangan bunga dan belon-belon menghiasi suasana majlis kecil-kecilan tersebut.

Bahkan bapa kepada enam cahaya mata bernama Amirul Haziq, Luthfi Abshar, Iffa Batrisya, Ana Safiyah, Najwan Imran dan Amina Safrina tersebut turut ditemani Bonda kesayangannya.

Sanah Helwah Dato’ MB Selangor! Genap Usia 42 Tahun, Amirudin Shari Makin Matang & Meyakinkan
Bonda Dato’ Seri Amirudin

 

Sanah Helwah Dato’ MB Selangor! Genap Usia 42 Tahun, Amirudin Shari Makin Matang & Meyakinkan
Keluarga sporting Menteri Besar Selangor

 

Sanah Helwah Dato’ MB Selangor! Genap Usia 42 Tahun, Amirudin Shari Makin Matang & Meyakinkan
MB Selangor bersama Bonda, isteri dan anak-anak tercinta

 

“Bukan senang nak cekup birthday boy sorang ni. Tu pun available lewat sehari. Dah cantek set pukul 6 petang tapi sampainya pukul 8.30 malam.

Hanya ada masa 2 jam untuk dinner bersama. Itupun cukup untuk membahagiakan kami sekeluarga, masa yang berkualiti.

Selamat Hari Lahir cik abang. Semoga Allah limpahi segala kebaikan di dunia dan di akhirat buat dirimu dalam menggalas tanggungjawab dan amanah sebagai khalifah Allah.

Semoga kasih dan sayang kita dan anak-anak sentiasa utuh sehingga kita disatukan bersama Baginda Nabi di syurga.” Datin Seri Masdiana

Sanah Helwah Dato’ MB Selangor! Genap Usia 42 Tahun, Amirudin Shari Makin Matang & Meyakinkan
Pasangan bahagia ini telah berumah tangga sejak 17 tahun lepas

 

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana diberi peluang dan mengecapi nikmat meraikan sambutan ulang tahun kelahiran bersama bonda, isteri dan anak-anak tercinta.

Syukur Ya Allah atas segala nikmat yang diberi. Semoga kami sentiasa tergolong di kalangan orang yang mensyukuri nikmat-Nya. Terima kasih kepada semua yang memberi ucap selamat serta doa dan ingatan.” Dato’ Seri Amirudin

IKLAN
Sanah Helwah Dato’ MB Selangor! Genap Usia 42 Tahun, Amirudin Shari Makin Matang & Meyakinkan
Kini lebih matang dan berwibawa

 

Sepanjang berkhidmat di negeri yang mendapat gelaran negeri paling maju dan kaya di Malaysia, sudah tentunya prestasi Dato’ Menteri Besar Selangor ke-16 bermula tahun 2018 sering diperkatakan.

Bukan saja dari sisi politik, malah juga sisi peribadinya. Selain menjadi ADUN Sg Tua, lelaki asal Pontian, Johor ini juga adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pembangunan Manusia dari Universiti Putra Malaysia.

Memulakan kerjaya politik sejak usia muda, Dato’ Seri Amirudin telah bertanding dalam pilihan raya umum ke-12 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada usia 28 tahun.

Sanah Helwah Dato’ MB Selangor! Genap Usia 42 Tahun, Amirudin Shari Makin Matang & Meyakinkan

IKLAN

 

Sanah Helwah Dato’ MB Selangor! Genap Usia 42 Tahun, Amirudin Shari Makin Matang & Meyakinkan

 

Sanah Helwah Dato’ MB Selangor! Genap Usia 42 Tahun, Amirudin Shari Makin Matang & Meyakinkan

 

Dikenali sebagai seorang yang ramah dan prihatin, beliau terus menjadi ADUN Sg Tua selama tiga penggal sekaligus membuktikan kehadirannya disenangi masyarakat setempat.

Beliau sebelum ini adalah bekas pengurus pasukan bola sepak Selangor FA yang mengetuai pasukan itu dalam dua Piala Malaysia berturut-turut, 2015 dan 2016.

Sanah helwah Dato’ Seri Amirudin!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI