Bulan Oktober sinonim dengan Bulan Kesedaran Kanser Payudara — masa terbaik untuk kita berhenti seketika dan raikan self-love yang paling bermakna, iaitu menjaga kesihatan payudara. Tahun ini, usaha yang digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia lebih menyeluruh dan inklusif.

Data terkini daripada Registri Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) 2017 – 2021 menunjukkan bahawa kanser payudara kekal sebagai kanser paling lazim di kalangan wanita. Lebih membimbangkan, separuh daripada kes kini dikesan pada peringkat lewat (50.5%), yang mengurangkan peluang rawatan berkesan. Inilah sebab mengapa saringan awal kanser payudara mesti dijadikan rutin, bukan pilihan.

Risiko Kanser Payudara di Malaysia

Realitinya, risiko wanita Malaysia untuk menghidap kanser payudara dianggarkan adalah 1 dalam 23 orang. Angka ini bukan untuk menakut-nakutkan, tetapi untuk menyedarkan bahawa semakin awal penyakit dikesan, semakin tinggi peluang untuk hidup berkualiti dan sihat.

Program Saringan PINK NCSM Sepanjang Oktober

Sepanjang Oktober, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia (NCSM) menggerakkan Program Saringan PINK NCSM di seluruh negara. Fokus utamanya ialah mengaktifkan pemeriksaan klinikal payudara (clinical breast examination atau CBE) secara percuma, ceramah kesihatan serta penyampaian baucar mammogram bernilai RM250 untuk wanita yang layak.

Program bergerak ini membuka akses kepada wanita di pelbagai lokasi, menembusi jurang bandar dan luar bandar dengan pendekatan komuniti. Pada masa yang sama, rakan sinergi seperti Etiqa bersama NCSM menyediakan 4,000 mammogram percuma untuk wanita B40 berusia 40–65 tahun melalui rangkaian 17 hospital dan klinik panel di seluruh negara. Kini anda boleh menempah slot berhampiran kediaman anda, bukan lagi terhad di Lembah Klang!

Bulan Untuk Self-Love, Ayuh Luangkan Masa Buat Saringan Awal Kanser Payudara Sepanjang Oktober Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia
Bulan Untuk Self-Love, Ayuh Luangkan Masa Buat Saringan Awal Kanser Payudara Sepanjang Oktober Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia
Bulan Untuk Self-Love, Ayuh Luangkan Masa Buat Saringan Awal Kanser Payudara Sepanjang Oktober Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia

Kejohanan Futsal Wanita Piala Pusingan Harapan Pink

Sorotan utama kempen ini ialah Kejohanan Futsal Wanita Piala Pusingan Harapan Pink yang menampilkan saringan kesihatan pada sebelah pagi dan perlawanan futsal pada sebelah petang:

Ads

  • Johor – 18 Oktober 2025
  • Kuala Lumpur – 24 Oktober 2025
  • Perak – 31 Oktober 2025

Jom datang berpasukan dan bawa rakan-rakan — bersukan sambil menyaring kesihatan. Acara ini adalah inisiatif bersama antara Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan. Ia turut menawarkan saringan kesihatan percuma serta ujian klinikal payudara di seluruh negara.

Ads
Bulan Untuk Self-Love, Ayuh Luangkan Masa Buat Saringan Awal Kanser Payudara Sepanjang Oktober Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia

Akses Mudah & Percuma Untuk Wanita

Program ini terbuka dan percuma kepada semua, menjadi ruang sokongan hangat untuk wanita khususnya dalam lingkungan umur 40-an yang memerlukan akses saringan murah dan mudah. Sebagai NGO, NCSM turut memberikan pemeriksaan payudara klinikal percuma sebagai langkah pantas, tidak invasif, dan selamat sebelum wanita dirujuk untuk mammogram atau ultrasound.

Saringan Awal Kanser Payudara Menyelamatkan Nyawa

Ramai wanita rasa segan atau takut, tetapi sesi pemeriksaan ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja dan mampu mengesan ketulan atau perubahan yang perlu diberi perhatian. Lebih awal tanda amaran ditemui, lebih cepat tindakan boleh diambil.

Ceramah Kesihatan & Baucar Mammogram RM250

Sepanjang kempen ini, ceramah kesihatan turut disusun dalam format ‘short and snappy’ — tentang bagaimana menilai risiko peribadi, masa sesuai untuk mula mammogram, beza self-examination dengan pemeriksaan klinikal serta tanda-tanda amaran yang tidak wajar diabaikan.

Ads

Baucar mammogram bernilai RM250 ini membantu menampung kos di fasiliti panel terpilih dan mengurangkan halangan kewangan yang sering melengahkan saringan. Selain itu, ada juga inisiatif mammogram percuma berasaskan kelayakan sosioekonomi melalui kolaborasi NCSM–Etiqa. Dengan liputan 17 panel di seluruh negara, wanita boleh memilih lokasi paling hampir dengan mereka.

Jom Sayangi Diri, Lakukan Saringan Awal Kanser Payudara

Ingat, statistik bukan sekadar angka. Di sebalik ‘1 dalam 23’ itu ada wajah ibu, kakak, rakan sekerja dan diri kita sendiri. Dengan CBE percuma, ceramah kesihatan penuh informasi, serta baucar dan program mammogram percuma, kita mempunyai peluang untuk mengubah cerita — daripada lewat ke awal, daripada cemas ke yakin.

Untuk penyertaan futsal, hubungi Encik Rueben di WhatsApp 011-6200 0441. Untuk maklumat mammogram percuma panel di kawasan anda, rujuk pengumuman NCSM–Etiqa Fasa 7 (2025) dan pilih lokasi terdekat. Pink October ini, beri hadiah paling lembut tetapi paling penting kepada diri — luangkan masa, periksa, dan sayangi tubuh anda. Self-love is the best love!

Artikel berkaitan: https://www.nona.my/cara-atasi-kanser-payudara-tahap-awal/

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads