Ramadan lalu, nama Cef Ammar meniti di bibir penggemar makanan. Semuanya kerana kelazatan juadah Nasi Arab air tangan cef selebriti ini sehingga menjadi viral di media sosial. Sampai pelanggan sanggup beratur panjang di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 semata-mata mahu menjamu menu istimewa tersebut.
Dengar khabar, gerai belum buka pun dah ramai yang berbaris. Luar biasa penangan Cef Ammar!
Semalam, nama Cef Ammar atau nama sebenarnya Ammar Al Ali sekali lagi menarik perhatian ramai. Hangat dengan isu Palestin kebelakangan ini, personaliti televisyen yang pernah popular menerusi program masakan ‘Masak Dari Hati, Masak With Iman’ berkenaan tampil menzahirkan rasa sebak dan terharu atas sokongan rakyat Malaysia terhadap situasi yang menimpa tanah air kelahirannya.
Berkongsi perasaan itu di aplikasi TikTok, Cef Ammar tanpa berselindung mendedahkan latar belakang keluarga yang berketurunan Palestin. Ujarnya, “Saya memang asal orang Palestin. Great-grandfather orang Palestin, my great-grandfather orang Palestin. My grandfather saya orang Palestin. My father dan ibu saya orang Palestin. Aunty, uncle, cousin semua orang Palestin.
Ads
Saya memang asal 100 peratus orang Palestin. Rakyat Malaysia… saya sayang awak. Thank you very much for supporting us, supporting Al-Aqsa, supporting Palestin. Your voice is good enough for me. I really love you with all my heart. May Allah bless you all Malaysian.”
Tambah Cef Ammar lagi, Malaysia ibarat rumah kedua baginya dan dia sudah menetap di negara ini lebih daripada 25 tahun.
Memetik kenyataan Cef Ammar dalam Utusan kira-kira lapan tahun lalu, dia merupakan suami kepada seorang wanita tempatan kelahiran Pulau Pinang yang dikenalinya sejak tahun 1996 bernama Zuraini Abu Kassim. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan Cef Ammar sudah pun mempunyai cucu.
Ads
Cukup bersahaja memasak dalam portion yang besar, Cef Ammar juga disifatkan seorang suami yang penyayang dan mengingati setiap tarikh penting seperti hari perkahwinan dan sebagainya. Untung isteri!
Sepanjang lebih dua dekad di negara ini, Cef Ammar mempunyai studio masakan di Subang Jaya. Antara menu Cef Ammar yang menjadi pilihan ramai ialah Lamb Shank Mandy Bersama Telur Saffron dan Ayam Ros Kabsah. Difahamkan, pada Ramadan lepas dia menyediakan sekitar 600 hingga 700 pek setiap hari untuk memenuhi permintaan pelanggan.
Happy birthday, Siti Nurhaliza! Seperti mana gahnya nama Siti Nurhaliza di persada seni, seperti itu juga tingginya pekerti penyanyi nombor satu negara ini.
Terkenal dengan sikap lemah-lembut dan merendah diri, tanggal 11 Januari sudah pasti menjadi tarikh bermakna dalam kalangan peminat setia Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin.
Menginjak usia 45 tahun, isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa ketika ini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah.
Istimewanya, Dato’ Sri Siti mahu menyambut hari lahir di sana di samping insan tersayang iaitu suami, anak-anak, ibu dan mentua tersayang.
Sebagai individu paling rapat dengan pelantun lagu Biarlah Rahsia ini tentunya pembantu peribadi Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Rozi Abdul Razak atau lebih dikenali sebagai Rozi Sang Dewi.
Mengurus karier seni Dato’ Sri Siti Nurhaliza lebih dua dekad, Rozi turut menitipkan ucapan hari lahir buat ‘majikan’ kesayangan.
“11 Januari 2024. Hari raya Siti Nurhaliza. Terkadang untuk menzahirkan dalam bahasa, kita cuba mencari kata-kata paling puitis, untuk melahirkan sebuah ungkapan, kita perlukan pembendaharaan kata yang termanis, namun jika segalanya mengalir dengan sendiri, pasti tak perlu dengan tulis, cukup dengan tulus.
Selamat ulang tahun kelahiran buat boss saya, Siti Nurhaliza. Semoga segala ke hadapan ini adalah nikmat paling disyukuri, kehidupan, keluarga dan kerjaya lancar, apa yang diinginkan terlaksana dan menjadi bintang paling benderang dalam dunia yang menghargai dan menyayangi Siti.
Selamat mengerjakan umrah, semoga urusan ibadah lancar dan sempurna.”
Rozi juga pernah bergelar kakak ipar kepada Dato’ Sri Siti hasil perkahwinan dengan abang penyanyi tersebut, Saiful Bahri Tarudin atau Ayie. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak mengenali pelakon dan model jelita, Amelia Henderson. Bukan sekadar cantik, namun Amelia juga seorang yang sangat bijak membawa diri malah memiliki IQ yang tinggi. Dari seorang model cilik, kini Amelia Henderson dilihat semakin aktif meluaskan bakatnya.
Bermula sebagai seorang model, pelakon dan host selain mengacarakan program audio siarnya yang tersendiri, Jom Sembang; kini Amelia Henderson, 27 tahun diberikan kepercayaan untuk menjadi moderator untuk program yang melibatkan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Anwar Ibrahim.
Program dialog anak muda bersiri dikenali sebagai Temu Anwar yang bakal berlangsung pada 19 Mac ini akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di mana ia akan turut digamatkan dengan persembahan istimewa daripada kumpulan Bunkface.
Sesi dialog tersebut adalah khusus bagi memberi peluang kepada sesiapa sahaja terutama anak muda bertanyakan soalan secara terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Difahamkan, atur cara bagi program terbabit akan bermula pada pukul 3 petang di Dewan 6 dan 7 di KLCC serta pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web temuanwar.com. NONA sendiri tak sabar rasanya nak melihat Amelia mengenadali program ilmiah dan penuh berprestij ini.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menjelang 4 Mei ini, kita menjangkakan kesesakan trafik kembali bermula apabila beberapa sektor perniagaan dibenarkan beroperasi.
Bagi segelintir wanita, berita ini tentu sekali menggembirakan hati selepas 46 hari ‘terkurung’ di rumah sejak PKP berkuatkuasa 18 Mac lalu.
Ada yang tak sabar-sabar untuk memulakan tugas dan berjumpa rakan sekerja. Ada juga yang sudah berkira-kira mahu ke Jakel membeli persiapan hari raya, makan roti canai di kedai mamak dan sebagainya.
Namun di sebalik amalan SOP seperti penjarakan sosial, pemakaian face mask dan hand sanitizer, kaum wanita juga seharusnya berhenti mengamalkan tradisi cium laga pipi dan berjabat tangan bagi lelaki.
TIDAK CIUM TANDA SAYANG
Perkara ini dikhuatiri berlaku apabila ramai yang berjumpa semula sejak sekian lama, selain reaksi syukur atau terlalu rindu terhadap rakan sekerja yang sudah lama tidak berjumpa. Kemesraan yang menjadi tradisi kita ini tanpa sedar boleh meningkatkan risiko jangkitan wabak.
Hakikatnya perubahan etika pertemuan ini sedang berlaku di seluruh dunia kerana Coronavirus yang kini menjadi wabak, menimbulkan ketakutan.
Di Perancis, Menteri Kesihatannya Olivier Veran menyaran agar warga Perancis menghentikan tradisi la bise atau berlaga pipi sebagai langkah menyekat penyebaran Coronavirus.
Sementara itu, pemain bola sepak dalam Liga Perdana England turut mengamalkan fist bump sebagai menggantikan tradisi bersalaman sesama sendiri atau dengan pemain lawan.
Jika dahulu, tangan dihulur, kini kaki pula yang bersilang temu. Tular pula Wuhan Shake menggantikan tradisi berjabat tangan di kalangan warga Wuhan.
Di Malaysia, memadailah sekadar kita meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat bagi menggantikan dua tradisi tadi.
‘Salam Cara Malaysia’ ini patut dimasukkan bersekali dalam SOP mengawal jangkitan memandangkan sifat rakyat kita yang mesra dan peramah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!