Hebat kelebihan yang Tuhan berikan kepada semua ibu, memliki kesabaran yang tinggi dan tuntutan pengorbanan tiada tandingan. Ibu boleh jaga 10 orang anak, tapi sorang anak belum tentu boleh melaksanakan tanggungjawab menjaga seorang ibu sepenuhnya.

Kalau boleh, tidak mahu perkara itu berlaku. Kita harapkan, ramailah yang dapat bagi kasih sayang melimpah ruah buat ibu tercinta… InsyaAllah.

IKLAN

Perancangan Allah itu sangat cantik, sekian lama menanti untuk menimang cahaya mata pelakon drama Hero Seorang Cinderella kini telah dikelilingi oleh lima orang anak dalam masa singkat.

“Memang semua yang berlaku pada awalnya, membuatkan saya terkejut dan tidak sangka tetapi saya pernah berkata pada diri saya sendiri. Andai kata takdirnya saya tidak punya anak, saya nak bela anak angkat tujuh orang. Saya sudah pasang niat itu sejak dulu.

Saya suka suasana keluarga yang besar dan meriah. I have so much love to give, selain daripada beri kasih sayang saya pada kucing dan sebagainya. Alhamdulillah dan saya bersyukur dengan perancangan Allah berikan buat saya dan keluarga,” jelas Zizie dalam senyuman bahagia.

“Saya Nak Bela Anak Angkat Tujuh Orang” Datin Seri Zizie Izette

Lima kekuatan tentera Zizie sekarang Naila Nurjenna, Aaric Zayn izette, kembar  Aadam Zac Izette, Aaleph Zeke Izette dan bongsu Aalisa Belle Izette. Melihat sendiri telatah anak-anaknya yang meningkat besar, sangat menghiburkan.

Kemeriahan suasana tidak dapat digambarkan, melainkan bila ibunya mula bersuara semua diam dan tidur. Senyap sepi mengikut kata ibu. Dalam kelembutan ada ketegasan, itu cara Zizie dalam membesarkan anaknya. Jelas semua anak-anaknya dengar cakap dan well behaved.

“Saya Nak Bela Anak Angkat Tujuh Orang” Datin Seri Zizie Izette

Dalam sibuk melayan kerenah anak, kasih dan tanggungjawab buat suami tidak pernah diabaikan. “Suami selalu mengalah bila anak-anak sering nak tidur bersama saya. Dia sangat memahami, seorang ayah yang baik dan adil dengan anak-anak.

IKLAN

Suami sangat sayang semuanya tanpa ada sekelumit pilih kasih. Dan saya perlu bijak mengatur waktu itu untuk bersama suami dan anak-anak, agar rasa kasih itu sentiasa berbunga antara kami,” ujarnya ketawa.

Bila ada bertanya tentang isu kasih sayang anak angkat dan anak sendiri, pendapat Zizie tentang perkara ini… “Sedangkan anak sendiri terkadang kita tidak boleh berlaku adil, inikan pula anak orang. Contohnya, sebuah keluarga ada lima orang adik-beradik. Pernah dengar tak bila mak lebih yang ini, anak lain terasa dan mungkin ada anak emas mak.

Sebenarnya seorang mak itu sayang semua anaknya. Cuma mungkin ada ketikanya, anak ni pandai ambik hati mak dan yang sorang ni terlebih manja. Tetapi sebagai ibu, kita akan berusaha untuk memberi yang terbaik buat semua anak tanpa pilih kasih.

IKLAN

“Saya Nak Bela Anak Angkat Tujuh Orang” Datin Seri Zizie Izette

Kalau hati kita terdetik rasa, macam hari ini kita terlebih puji anak ini dan ada yang terkecil hati. Sebagai ibu, saya akan segera untuk mengimbangi kembali kasih sayang itu. Dan bagi saya sendiri, tidak ada isu anak angkat. Semuanya seperti anak saya sendiri.

“Saya Nak Bela Anak Angkat Tujuh Orang” Datin Seri Zizie Izette

Kalau pergi bercuti semua saya akan bawa, tidak boleh satu pun tinggal. InsyaAllah saya berusaha untuk bahagikan kasih sayang sama rata.

Bagi saya, kita perlu menyemai rasa kasih sayang paling ikhlas dalam diri kita sendiri. Anak-anak ini, mereka perlukan perhatian dan kasih sayang kita tetapi jika itu tidak mampu diberikan, lebih baik beri kepada orang lain yang mampu melimpahi mereka dengan kasih sayang,” tegas Zizie Izette.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI