Perjalanan hidup selebriti ini begitu istimewa. Dia pernah mengutip banyak pengalaman rumah tangga dan melalui evolusi hijrah yang luar biasa. Tapi bagi yang mengenali Natasha Liana Hudson, ibu kepada tiga zuriat itu jujur amat cantik orangnya.
Tinggi lampai dengan seraut wajah kacukan Melayu-Australia, tahap kecantikan Natasha Hudson realitinya setaraf supermodel. Tidak hairanlah wanita berusia 39 tahun itu pernah bergelar model, pelakon dan pengacara yang diminati ramai.
“Walau bagaimanapun sebagai wanita, masalah hormon yang kerap turun naik boleh menjejaskan kecantikan. Saya rasa mungkin disebabkan tekanan, kepenatan dan faktor usia yang kian meningkat, menjadi punca rambut saya keguguran teruk tahun lepas.
Jadi saya buat rawatan PRP untuk melebatkan rambut dan alhamdulilah berkesan. Saya juga rajin amalkan suplemen seperti zink dan biotin untuk menguatkan semula rambut serta kuku. Kulit saya juga semakin sihat,” ujar Natasha yang gemarkan perawatan alternatif.
Semak lebih banyak perkongsian kecantikan Natasha dalam video Bual Cantik di bawah.
Ads
PERKEMBANGAN TERKINI
Sejak kebelakangan ini, Natasha Hudson dilihat kembali aktif setelah beberapa tahun menyepi. Akaun Instagramnya juga mula dikemas kini dengan pelbagai content gaya hidup, fesyen dan kecantikan yang bersebati dengan jiwa.
Ads
Selain dilantik sebagai duta Crystal C White milik Datin Reena Zach, dia juga banyak membuat review produk skincare dan hijab di media sosial. “To be honest, sebenarnya terlampau banyak yang nak dikongsi.
Saya masih menjalankan bisnes kecil-kecilan berkaitan holistik, seperti essential oils. Pada masa yang sama, kira-kira dua tahun lepas, saya menceburi bidang sukan pula iaitu sukan memanah berkuda.
Saya juga masih dalam fasa belajar tentang equine, tapi secara praktikalnya saya mengajar sebagai coach menunggang kuda di kalangan kanak-kanak dan wanita. Manakala memanah pula adalah sesuatu yang pernah saya lakukan dengan anak-anak dulu.
Semua ini ibarat satu terapi yang menenangkan. Ia banyak membantu memulihkan jiwa saya sebab dua tahun kebelakangan ini, saya menghadapi ujian besar dalam kehidupan,” akhiri Tasha sebak.
Foto: IG @natashahudsonofficial
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak hidup sihat dan ceria, kena rajin bersenam! Amalan gaya hidup sihat dan rutin senaman Julie Rhee yang juga isteri Jehan Miskin ini memang patut dijadikan panduan. Tidak hairanlah wanita kelahiran Korea Selatan ini sentiasa tampil sihat dan ramping.
Malah, dia juga tidak lekang dengan senyuman. Sekaligus membuatkan Julie atau nama sebenarnya Julie Camelia Rhee dilihat seorang wanita yang ceria, mudah didekati dan berfikiran positif.
Agak lama tak dengar khabar dan tonton lakonan pelakon kacak, Jehan Miskin di kaca televisyen.
Bagaimana pun di laman media sosial, Jehan kelihatan sihat dan bahagia di samping keluarga tersayang. Apatah lagi sejak kehadiran cahaya mata lelaki mereka.
Menerusi perkongsian Jehan, dia sekeluarga dan ibu mentua menyambut 1 Syawal lalu di Thailand dan menikmati percutian di Pai, Thailand.
Terserlah wajah bahagia seisi keluarga ini melancong ke negara Gajah Putih berkenaan yang sarat dengan keindahan alam semula jadi. Meskipun sedang bercuti, Julie tetap aktif melakukan rutin yoga.
Difahamkan Julie merupakan guru yoga di Kuala Lumpur dan bertugas sebagai krew pakaian sukan Korea iaitu Xexymix Malaysia. Dia juga ‘Legacy Ambassador’ bagi jenama Lululemon.
Ibu kepada seorang anak ini berusia 39 tahun dan bergelar isteri Jehan Miskin pada Mei 2013. Tahun ini usia perkahwinan Julie dan Jehan bakal melangkau 11 tahun.
Pasangan ini dilaporkan menunggu hampir tujuh tahun untuk menimang zuriat dan menerima kehadiran anak sulung yang diberi nama Axel Nova Rhee pada 20 Februari 2021.
Fenomena glass skin Korea dan penekanan terhadap keserian kulit menjadi faktor pencetus kepada Wardah Beauty untuk sekali lagi mengorak langkah ke trend kecantikan global dengan menambah baik koleksi Perfect Bright.
Idea penambahbaikan ini tercetus daripada pakar kecantikan tempatan dan global menerusi teknologi moden serta kuasa bahan aktif, dengan gabungan pengalaman penyelidikan dan pembangunan selama lebih 25 tahun.
Siri ini menampilkan pelbagai produk penjagaan kulit yang mudah disesuaikan seperti Bright + Smooth Glow Creamy Foam Cleanser, dan Bright + Tone Up Micellar Water.
Rumusan semula yang ketara daripada rangkaian Perfect Bright yang terdahulu termasuklah manfaat tambahan pencerahan dan menyuburkan.
Empat jenis superfood bright berries iaitu Cranberry, Acai Berry, Goji Berry, dan Amethyst Berry dilengkapi dengan pelbagai vitamin penting seperti vitamin B3, C dan E.
Sempena memperkenalkan semula siri ini, Wardah Beauty menganjurkan majlis pelancaran secara eksklusif bersama pihak media dan pempengaruh terkenal pada 7 Jun 2023 di Glasshouse Seputeh Kuala Lumpur.
Menerusi acara Berry Land ini, kami membawakan formulasi baharu Wardah Skin Innovation untuk siri Wardah Perfect Bright yang menawarkan 4x Bright Berries.
Turut ditampilkan empat beri terbaik iaitu Acai Berry, Goji Berry, Japanese Beauty Berry, dan ekstrak Cranberry yang kaya dengan nutrisi bagi mencerahkan dan menyihatkan kulit,” kata Pengurus Wardah Beauty International Marketing, Wanda Ismarosa Fatima.
Tetamu juga berpeluang untuk meneroka seluruh rangkaian produk Perfect Bright yang menjadi centerpiece majlis tersebut.
Pihak Wardah Beauty turut menyediakan pakar bagi khidmat pemeriksaan kulit serta rundingan untuk para tetamu bagi menentukan produk terbaik mengikut jenis kulit mereka.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah team Wardah Sun Glow. Turut kelihatan event truck di luar ruang acara untuk Wardah UV Shield.
Misi mereka ialah untuk menyebarkan kesedaran tentang kepentingan perlindungan matahari kepada orang ramai menerusi siri jelajah selama 16 hari bermula pada 3 hingga 18 Jun 2023. Ia berakhir di 8 hotspot di Lembah Klang.
Terdapat banyak permainan yang menyeronokan serta aktiviti pendidikan disediakan untuk orang ramai termasuk menyertai setiap hotspot dan peluang menarik untuk memenangi hadiah.
MENGENAI PERFECT BRIGHT SERIES
BRIGHT + TONE UP MICELLAR WATER
Harga: RM 11.00
Membantu membersihkan kulit secara mendalam dengan kuasa tambahan untuk menanggalkan solekan. Turut terkandung ekstrak mentimun yang menyegarkan untuk merangsang kulit lebih bersinar dan berseri.
CREAMY FOAM BRIGHT + OIL CONTROL
Harga: RM10.60
Pencuci muka yang sesuai untuk kulit normal hingga berminyak. Membersih dan menanggalkan kotoran, solekan serta minyak berlebihan hingga kulit menjadi lebih licin. Kandungan tanah liat mineral iaitu Licorice dan Vitamin B3 bertindak sebagai penyerap dan bahan pencerah.
CREAMY FOAM BRIGHT + SMOOTH GLOW
Harga: RM10.60
Pencuci pencerah terbaik untuk kulit normal hingga berminyak. Ditambah pula dengan bahan aktif seperti Licorice dan vitamin B3 menjadikan kulit semakin sihat dan berseri-seri.
COOLING BRIGHT JELLY FACIAL FOAM
Harga: RM11.70
Masa untuk memanjakan kulit dengan 4X Bright Berries dan Glow Boost Technology yang memberi kelembapan, melicinkan, menyegar, mencerah dan bercahaya.
MOISTURIZER BRIGHT + OIL CONTROL SPF 30 PA+++
Price: RM10.30
Untuk kulit yang sihat dan bebas minyak. Buih pada pelembap dua dalam satu dengan perlindungan UV SPF 15 PA+++ ini diperkaya dengan 7 White Actives untuk meratakan tona kulit. Dengan bantuan bedak pencerah untuk kesan bercahaya dan matte yang tahan lebih lama, anda pasti tidak salah memilih Bright + Smooth Glow Moisturizer.
MOISTURIZER BRIGHT + SMOOTH GLOW SPF 30 PA+++
Harga: RM 10.30
Inovasi terbaharu daripada Wardah, pelembap yang mencerahkan serta mengandungi 4X Bright Berries. Ditambah dengan zink dan SPF 30 PA+++ yang mengurangkan minyak berlebihan pada wajah sambil melindungi kulit daripada terdedah kepada matahari secara berlebihan.
NIGHT GLOW MOISTURIZER
Harga: RM10.50
Pelembap yang membantu mencerahkan, memberi penghidratan serta menyuburkan kulit pada waktu malam. Seterusnya lebih cerah dan berseri pada waktu pagi. Dirumus dengan 4X Bright Berries dan PHA agar kulit kekal lembut dan tidak kusam.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Wardah Perfect Bright dan Wardah Sun Glow, layari Instagram @wardahbeauty_my, Tiktok @wardahbeauty_my dan Facebook Wardah @wardahbeauty.my
Wardah Perfect Bright boleh didapati di seluruh Watson dan Guardian Malaysia, serta online iaitu di kedai Tiktok, Lazada dan e-kedai Shopee.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuaca panas yang dijangka berlarutan sehingga Mac ini pastinya merisaukan. Bukan saja kesihatan anak-anak perlu diperhatikan, paling penting kesihatan diri sendiri. Kita cuba solusi mudah agar anda tidak mudah jatuh sakit.
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kekurangan buah dan sayur-sayuran boleh mengakibatkan anda mudah letih, lesu, lemah, dan wajah menjadi pucat. Buah dan sayur-sayuran adalah sumber pelbagai mineral dan vitamin bagi tubuh. Tubuh memerlukan 45 zat gizi setiap hari.
Semakin banyak buah-buahan dan sayuran yang di ambil, semakin kuat tubuh anda melawan penyakit kerana ia mengandungi segala vitamin yang diperlukan tubuh:
Epal
Epal mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan vitamin C. ia juga mengandungi kalsium, magnesium, potassium dan zat besi. Serat yang terkandung pada epal juga sesuai untuk anda yang sedang diet!
Pisang
Pisang banyak mengandungi vitamin A. Pisang yang mudah dicerna menjadi sumber tenaga yang cepat dan baik, sesuai untuk anda yang berasa lesu di saat-saat cuaca panas ini. Malah pisang juga membantu menghilangkan rasa letih selepas seharian bekerja.
Betik
Betik juga mempunyai vitamin A. Selain buah dan daunnya, biji betik juga membantu menyembuhkan masalah pencernaan. Kandungan antiseptiknya membantu menjaga system pencernaan dari bakteria.
Tomato
Tomato kaya dengan antioksidan dan vitamin C, dan ia mengandungi phytochemicals seperti lycopene.
Tembikai
Buah tembikai adalah hero untuk hidrasi. Cecair yang terkandung di dalam buah tembikai adalah sesuatu yang amat anda perlukan di saat terik matahari membakar kulit. Lycopene yang terkandung dalam buah tembikai melindungi sel kulit dari bahang matahari. Dan tembikai juga membuatkan anda berasa kenyang, berita baik untuk anda yang berdiet.
Oren
Oren kaya dengan potassium, nutrien yang penting ketika musim panas. Anda kehilangan potassium melalui peluh, sehingga merisikokan menderita kejang otot. Oren mengandungi 80% air, cukuplah untuk tubuh anda rasa terhidrat.
Saderi
Saderi bukan saja sesuai untuk dijadikan jus saat cuaca panas begini malah ia juga sesuai untuk anda yang ingin mengurunkan berat badan tanpa membiarkan anda rasa terhidrat.
Salad
Sayuran berdaun hijau sangat bagus untuk badan. Bayam mentah (pilihan organik) dan kale yang mana tubuh anda akan mengubahnya menjadi vitamin A, melindungi kulit dari pancaran matahari. Kulit anda akan kekal segar dan lembap.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!