MashaAllah, meremang baca pengakuan Khai yang juga bekas peserta program realiti Akademi Fantasia baru-baru ini. Khai yang kini usahawan MS Senaros yang mengusahakan empayar KR Successful Sdn Bhd di samping isteri tercinta meluahkan rasa syukur dan kagum atas kurniaan rezeki Allah SWT yang diterimanya hari ini.

Ads

Jelas pemilik nama Khairul Nizam Mohamad, dia tidak menyangka niat ikhlasnya membahagiakan Rosma dengan belanja ratusan ringgit telah membuka pintu rezeki luas kepada dirinya.

“Power bila isteri doa dengan ikhlas sepenuh hati. Tapi niat kita belanja family bukan atas sebab balasan. belanja dengan ikhlas kerana Allah untuk buat mereka happy dan itu rezeki mereka.

Isteri akan tahu sendiri doa untuk kita juga. Tapi anak-anak perlu diingat, sebelum tidur doa. Pesan selalu.

Doa ringkas pun tak apa janji untuk satu famili sihat, sentiasa diberkati, dilindungi serta berjaya dunia akhirat. Lepas tu suruh anak-anak baca doa makan pun ok.”

“Saya Terkejut Dapat Cek RM80 Ribu,” Asbab Belanja Isteri RM800, KHAI Dapat Rezeki Tak Disangka!
Kredit Instagram @khai_rosma

Tambah Khai lagi, “Doa perlu jelas. Ini cerita betul, depan saya isteri saya doa asbab RM800 Kau berikan suamiku RM80,000. Itu yang saya tahulah sebab tu saya terkejut betul-betul cek dapat berjumlah RM80,000. MasyaAllah.”

Alhamdulillah, tidak mustahil ‘ganjaran’ inilah yang diterima seseorang bila mereka ikhlas di jalan Allah. Baik suami isteri mahupun anak dan ibu, yakinlah dengan rezeki Allah.

Walau Khai dan Rosma kini mampu hidup mewah hasil kerja keras mengusahakan perniagaan lebih lapan tahun, tapi pasangan ini memilih untuk hidup sederhana.

Ads
“Saya Terkejut Dapat Cek RM80 Ribu,” Asbab Belanja Isteri RM800, KHAI Dapat Rezeki Tak Disangka!
Kredit Instagram @khai_rosma
“Saya Terkejut Dapat Cek RM80 Ribu,” Asbab Belanja Isteri RM800, KHAI Dapat Rezeki Tak Disangka!
Kredit Instagram @khai_rosma
“Saya Terkejut Dapat Cek RM80 Ribu,” Asbab Belanja Isteri RM800, KHAI Dapat Rezeki Tak Disangka!
Kredit Instagram @khai_rosma
“Saya Terkejut Dapat Cek RM80 Ribu,” Asbab Belanja Isteri RM800, KHAI Dapat Rezeki Tak Disangka!
Kredit Instagram @khai_rosma

“Kami hidup bersederhana saja. Ada masa, memang perlu reward diri dengan barang yang diidamkan selama ini tapi kami lebih mengutamakan keluarga. Misalnya bawa mereka pergi bercuti dan luang masa bersama-sama.

Untuk diri sendiri memang saya tak beriya sangat. Rasanya dalam setahun, baru sekali pergi shopping. Waktu muda dulu memang ketagih shopping tapi sejak kahwin, Khai banyak ajar saya macam mana nak uruskan duit.”

Hujung tahun lepas, pasangan selebriti ini melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menubuhkan badan amal mereka dikenali sebagai Pertubuhan Kasih KhaiRosma.

Ads

Baca https://www.nona.my/diam-diam-buat-kerja-amal-rosma-syukur-pertubuhan-kasih-khairosma-dibina-lepas-7-tahun/

“Saya Terkejut Dapat Cek RM80 Ribu,” Asbab Belanja Isteri RM800, KHAI Dapat Rezeki Tak Disangka!
Kredit Instagram @khai_rosma
“Saya Terkejut Dapat Cek RM80 Ribu,” Asbab Belanja Isteri RM800, KHAI Dapat Rezeki Tak Disangka!
Kredit Instagram @khai_rosma
“Saya Terkejut Dapat Cek RM80 Ribu,” Asbab Belanja Isteri RM800, KHAI Dapat Rezeki Tak Disangka!
Kredit Instagram @khai_rosma

Moga usaha murni mereka terus dipermudah dan menjadi inspirasi kepada lebih ramai masyarakat.

Rosma mendirikan rumah tangga bersama Khai pada 26 April 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish, Nur Amani Damia dan Nur Alya Dhania.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI