Sejak bergelar ibu kepada Mateen Hasnor Rozaini yang kini berusia 1 tahun 4 bulan, menjadikan pengasas kepada jenama hijab terkenal Ameerazaini lebih menghargai pengorbanan ibunya yang melahirkan dan membesarkan mereka empat beradik.

IKLAN

Memiliki jiwa lembut menjadikan Ameera seorang yang mudah tersentuh tatkala berkongsi kisah tentang pengorbanan ibunya itu. Bersama adiknya Ameelyna, Ameera yang juga seorang selebriti sosial media serta pengacara TV terkenal ini berkongsi keistimewaan yang ada pada ibu mereka.

“Mama seorang yang sangat kuat dan pandai berdikari. Mampu melakukan semua benda walapun ia adalah tugasan seorang lelaki, Mama akan buat. Kerana tidak bekerja Mama dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap keluarga serta sanggup lakukan apa sahaja demi anak-anaknya.

Sebak Baca Luahan AMEERA ZAINI Tentang Ibu Tersayang, Sebab Tu Ibu Adalah SUPERWOMAN!

Saya sangat menginspirasikan kekuatan Mama itu sehinggakan Ayah sendiri pun merasa hairan dari mana datangnya kekuatan Mama. Maka, sikap berdikari itulah yang telah mengajar saya untuk turut menjadi sepertinya.

Seorang superwoman tidak selalunya kuat kerana superwoman juga memerlukan rehat serta sokongan moral daripada insan-insan di sekelilingnya. Anak dan suami adalah kekuatan buat saya untuk menjadi seorang superwoman,” kongsi Ameera yang kini sibuk menguruskan perniagaannya yang semakin berkembang.

IKLAN

Manakala bagi Ameelyna pula, dia menyifatkan walaupun ibu mereka seorang yang sensitif serta mudah mengalirkan air mata tetapi kekuatannya itu membuatkan dia dan adik beradik yang lain sangat kagum. Menurut Ameelyna walaupun sedang bersedih ibunya akan cuba untuk menjadi positif.

Sebak Baca Luahan AMEERA ZAINI Tentang Ibu Tersayang, Sebab Tu Ibu Adalah SUPERWOMAN!

IKLAN

Ameelyna baru sahaja membina kariernya dalam bidang perundangan. Dia mengharapkan agar kariernya itu terus berkembang seterusnya dapat memenuhi impiannya untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

UCAPAN BUAT HARI IBU

“Terima kasih Mama kerana melahirkan Meera dan adik beradik yang lain. Meera pun dah rasa sakit melahirkan seperti mana yang Mama rasa dahulu. Meera sayang Mama sangat-sangat. Terima kasih juga atas segala pengorbanan Mama termasuk setiap nasihat yang diberikan selama ini buat kami. We love you so much!” akhiri Ameera sambil disambut dengan senyuman daripada Ameelyna.  

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI