Yang Amat Berbahagia Puan Sri Datin Paduka Hajah Noorainee Abdul Rahman lambang seorang wanita sempurna. Penampilan beliau yang sopan dan menutup aurat bukan hanya ‘sejuk’ mata memandang bahkan mencerminkan peribadi Muslimah sejati.

IKLAN

Sebagai isteri kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Puan Sri Noorainee dilihat cukup menjaga nama baik suami, setia menemani suami tercinta dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan Tan Sri Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri Ke-8.

Pengalaman Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam arena politik tanah air selama lebih 40 tahun membuatkan Puan Sri Noorainee lebih matang dan cekal membawa gelaran isteri pemimpin.

Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!

Menyedari tanggungjawabnya sebagai isteri kepada seorang pemimpin negara, Puan Sri Noorainee tidak kekok menghadiri majlis-majlis rasmi dan mengikuti program ramah mesra bersama rakyat dalam usaha menyokong kerjaya suami tercinta.

Mendekati personaliti wanita penyayang ini, Puan Sri Noorainee dilahirkan pada 21 April 1949. Sama seperti Tan Sri Muhyiddin, beliau juga merupakan wanita kelahiran Muar, Johor.

Meniti usia 72 tahun, Puan Sri Noorainee pernah menyandang jawatan Timbalan Yang diPertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI) dan Penasihat Pertubuhan Badan Amal Tenaga Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Johor (JUITA JOHOR) ketika Tan Sri Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor sekitar tahun 1986 hingga 1995.

Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin! Sederhana & Penyayang, PUAN SRI NOORAINEE Figura Wanita Hebat Di Belakang Tan Sri Muhyiddin!

IKLAN

Puan Sri Noorainee mendirikan rumah tangga bersama Tan Sri Muhyiddin pada 22 September 1972. Selama 50 tahun hidup bersama, mereka dikurniakan empat cahaya mata terdiri daripada dua lelaki dan dua perempuan iaitu Datuk Fakhri Yassin, Datin Sri Nabila Mahiaddin, Najwa Mahiaddin dan Farhan Yassin Mahiaddin.

Keempat-empat anak pasangan ini melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan korporat, industri hiburan dan penulisan. Lebih membanggakan, salah seorang cucu Tan Sri Muhyiddin dan Puan Sri Noorainee iaitu Iman Alisha merupakan atlet gimrama yang mewakili Wilayah Persekutuan dalam Sukan Malaysia 2018 ketika berusia 13 tahun.

Moga segala jasa dan kebaikan yang dipamerkan Puan Sri Noorainee menjadi inspirasi untuk menjadi wanita, isteri dan ibu yang baik kepada keluarga serta masyarakat.

IKLAN

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI