
Amber Officials, jenama fesyen terkemuka baru-baru ini melancarkan Koleksi Eid 2023 yang turut menampilkan pereka terkenal, Fiziwoo sebagai rakan kolaborasi.
Koleksi ini menampilkan cetakan unik yang terdiri daripada reka bentuk bunga abstrak, melangkaui sempadan fesyen biasa. Ia turut mempamerkan keseimbangan motif dan gubahan yang seimbang.
Rekaan yang segar dan moden ini tidak hanya boleh digayakan pada hari raya bahkan selepas Aidilfitri. Ianya fleksibel.
Menurut pelakon, hos dan ikon fesyen terkenal Malaysia, Scha Al-Yahya:-
“Saya teruja melihat koleksi Aidilfitri yang segar oleh Amber Officials. Rekaannya sesuai untuk mereka yang ingin mengekspresikan keperibadian mereka yang sebenar.”
Turut ditampilkan ialah persembahan hebat oleh Hael Husaini. Para tetamu juga berpeluang melihat koleksi terbaharu Amber Officials secara dekat.
Acara dimulakan dengan video kempen dan Schawal. Pengacara turut menemu bual Datin Seri Adzliana, pengasas Amber Officials.
Manakala kemuncak acara ialah persembahan fesyen oleh Amber Officials termasuk rekaan Fiziwoo.
Koleksi Amber Eid 2023 boleh didapati di laman web Amber Officials atau kedai utama.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona