Jika di Malaysia, kisah wanita muda mengahwini lelaki tua dianggap biasa, lain pula kisahnya dengan di negara jiran.
Selepas kisah Selamat Riyadi, 16, yang menikahi nenek Rohaya, 71, viral sekitar Julai lalu, kini masyarakat di Indonesia gempar sekali lagi dengan khabar perkahwinan Ade Irawan, 21, dengan isterinya Sani, 70.
Meskipun jurang usia mereka bagaikan nenek dan cucu, namun jodoh yang diaturkan-Nya cukup kuat.
Selamat dan Nenek Rohaya
Berbicara soal cinta, Ade menegaskan bahawa faktor usia bukanlah penghalang niatnya untuk melamar Sani. Pemuda tersebut pernah berkahwin sebelum ini namun terlerai kerana kemiskinan keluarganya.
Ads
Ramai yang mempersoalkan keputusan Ade, sama ada perkahwinan kali ini sengaja dilangsungkan kerana desakan hidup atau cinta yang sejati.
Namun jawabnya, dia tidak peduli persepsi masyarakat kerana mahu berkahwin kerana Allah dan mahu merasai kemanisan berumah tangga.
Ads
Sani dan Ade Irawan
“Saya ikhlas menyukai dan mencintai dia. Saya akan menjaga dia sampai menutup mata. Saya percaya sikapnya pasti berbeza dengan wanita muda yang mahukan itu dan ini,” kata Ade.
Dalam satu majlis yang dilangsungkan di Bogor, Sani yang merupakan seorang janda tanpa anak kelihatan awet muda dalam busana pernikahan serba putih, sementara Ade tampil segak berkot serta bertali leher.
Meraikan kempen Fall 2017, jenama perhiasan kemas Tiffany & Co menerusi Ketua Pegawai Artistik, Reed Krakoff memperkenalkan rekaan ‘There’s Only One’, iaitu himpunan yang mengangkat kuasa individual setiap manusia.
Menariknya, enam personaliti dari disiplin yang berbeza dipilih untuk merealisasikan visi ini iaitu Elle Fanning, David Hallberg, Zoe Kravitz, Janelle Monae, Cameron Russell serta Annie Clark.
Lihatlah sendiri foto kempen yang dirakam oleh jurufoto terkemuka Inez & Vinoodh ini, tiap satunya dalam stail tersendiri bersama perhiasan ikonik Tiffany. Memang unik! #theresonlyone
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi memperkasakan wanita dan mencapai kesaksamaan jantina, warga dunia kini dapat melihat kebolehan pemimpin-pemimpin wanita ketika pandemik COVID-19 sedang aktif di seluruh dunia.
Ramai pemimpin telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam usaha membendung penularan wabak yang telah membunuh lebih 260,000 orang di seluruh dunia setakat ini.
Berdasarkan laporan Astro Awani, berikut beberapa pemimpin wanita dan prestasi mereka sepanjang menguruskan pandemik ini.
(1) Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand
Ardern telah beberapa kali menarik perhatian dunia atas prestasi kepimpinannya yang cemerlang sekali gus memberi nafas baru kepada arena politik yang didominasi oleh lelaki.
Ekoran wabak COVID-19 yang melanda New Zealand saat ini, Ardern telah mengambil langkah awal dengan menutup kawasan sempadan dan melarang kemasukan warga asing bermula 19 Mac lalu.
Selain itu, beliau juga menguatkuasakan perintah kawalan lockdown selama empat minggu bermula 23 Mac. Hal ini juga telah memaksa penutupan perniagaan non essential.
Di samping itu, Ardern turut mengarahkan proses saringan besar-besaran bagi mengenalpasti sesiapa yang didapati positif wabak tersebut. Difahamkan, terdapat rekod sebanyak 1,300 kes yang dilaporkan susulan pengesanan itu.
Untuk rekod, New Zealand melaporkan sebanyak 1,147 kes aktif COVID-19 serta 21 kematian.
(2) Sanna Marin, Perdana Menteri Finland
Pemimpin termuda di dunia ini juga turut menonjolkan prestasi yang baik dengan mengambil beberapa langkah bagi mengatasi wabak COVID-19.
Ini termasuk penutupan kawasan sempadan serta perintah kawalan lockdown dan penutupan perniagaan-perniagaan tidak penting (non essential) serta institusi-institusi pendidikan.
Dalam pada itu, Finland mempunyai peraturan penjarakan sosial yang ketat dan rakyat komited dalam memastikan kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah.
“Kami ingin bergerak ke arah pengujian yang lebih meluas dan mengesan mereka yang terdedah,” kata Marin dalam sebuah sidang akhbar pada 22 April lalu.
Selain itu, kerajaan Finland juga memutuskan untuk melanjutkan larangan acara besar melebihi 500 orang sehingga akhir bulan Julai.
Untuk rekod, Finland merekodkan sebanyak 5,962 kes aktif COVID-19 diikuti dengan 267 kematian setakat ini.
(3) Katrín Jakobsdóttir, Perdana Menteri Iceland
Biarpun memiliki populasi yang kecil iaitu sebanyak 360,000, Iceland aktif melakukan aktiviti saringan besar-besaran secara percuma dalam usaha menangani penularan pandemik ini.
Berbeza dengan negara-negara jiran, sekolah dan institusi pendidikan masih dibenarkan untuk beroperasi diikuti dengan pengawalan yang teliti serta saringan secara besar-besaran dipertingkatkan di negara itu.
Tidak dilupakan, penjarakan sosial juga menjadi amalan harian rakyat Iceland walaupun perintah kawalan tidak diwartakan di negara tersebut.
Untuk rekod, Iceland kini merekodkan sebanyak 1,801 kes aktif COVID-19 dengan 10 kematian.
(4) Tsai Ing-wen, Presiden Taiwan
Setelah mendapati bahawa wabak berbahaya ini mula menular di Taiwan pada Januari, Tsai menguatkuasakan larangan kemasukan pesawat luar ke republik itu.
Kerajaan itu kemudian mengarahkan pemeriksaan dilakukan ke atas pengunjung yang tiba dari wilayah Wuhan, China.
Apabila sektor kesihatan di seluruh dunia kekurangan set peralatan perlindungan diri (PPE), Taiwan telah mengambil langkah awal dalam meningkatkan stok PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan negara itu.
Memetik laporan Time Magazine, Tsai berkata, “Hasil kerjasama pakar teknologi, farmasi dan kedai-kedai runcit, kami memulakan rancangan pembahagian pelitup muka dalam usaha mengatasi isu pembelian panik.”
Langkah awal yang diambil oleh Taiwan membuahkan hasil apabila hanya terdapat 393 kes aktif yang dilaporkan dan enam rekod kematian.
Untuk rekod, Taiwan yang mempunyai populasi seramai 23.78 juta itu melaporkan hanya 440 kes aktif COVID-19 dan tujuh kematian setakat ini.
(5) Angela Merkel, Canselor Jerman
Pemimpin Jerman yang penuh berpengalaman ini juga tidak dikecualikan dalam menonjolkan prestasi yang cemerlang pada waktu ini.
Jerman mula menguatkuasakan perintah kawalan lockdown pada 22 Mac lalu.
Merkel, yang memiliki doktor falsafah (PhD) dalam kuantum kimia turut mendapat perhatian ramai dalam ucapannya di sebuah sidang akhbar pada 16 April lalu di Berlin berkenaan kaedah ujian Reverse transcription polymerase chain reaction (RT PCR).
Merkel menampilkan karakternya yang tinggi dalam ilmu pengetahuan serta komited untuk mengatasi penularan wabak ini adalah membanggakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kita biasa mendengar tentang penyakit gout iaitu sejenis penyakit yang disebabkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Akibatnya, seseorang itu akan mengalami bengkak terutama melibatkan anggota kaki hingga sukar berjalan. Namun apabila memperkatakan tentang Tophy, pasti ramai yang seakan terpinga-pinga.
Menurut Dr Abdul Rahim, Thopy adalah penyakit gout. Seperti yang sedia maklum, gout adalah penyakit arthritis disebabkan oleh hyperuricemia iaitu plasma urate/urik asid dalam darah melebihi 420 mol/L (7.0mg/dL). Asid urik ini terhasil daripada pemecahan makanan yang tinggi purin atau protein. Ia berkumpul di bahagian sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi serta menyebabkan rasa sakit.
Apabila gout menyerang di sendi-sendi lutut, pergelangan kaki dan lengan, siku, jari tangan dan kaki serta tapak tangan, ia akan bengkak. Pada ketika ia membengkak inilah dipanggil Thopy yang berisi garam atau kristal urik asid yang mengakibatkan anggota badan terlibat berwarna merah, panas selain amat sakit sampai tidak boleh bergerak atau jalan. Tidak dinafikan juga hingga ada yang demam!
Semuanya kerana pemendapan asid urik yang membentuk hablur / kristal garam seperti jarum yang tajam dan membuatkan sendi bengkak & sakit.
RAWATAN
Sumber: Facebook Dr. Abdul Rahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT dan sudah pun tertulis di Luh Mahfuz. Industri seni tanah air pada 5 Ogos lalu kehilangan seorang bintang berbakat besar dikenali sebagai Cik Man yang telah lama mewarnai dunia hiburan sejak 40 tahun lepas.