Dua legenda rumah fesyen Itali, Fendi dan Versace kini bergabung dalam koleksi FENDACE bagi meraikan cinta, legasi serta persahabatan mereka.
Revolusi logo FENDACE yang lahir dari gabungan monogram Fendi ‘FF’ dan motif baroque Versace menghadirkan himpunan pakaian serta aksesori yang lebih bold, retro dan playful.
Meskipun baru dilancarkan pada 12 Mei 2022, ia pernah diperagakan buat pertama kali di Milan Fashion Week, September 2021.
Tampil dengan himpunan kurasi produk berbeza, FENDACE dalam versi kreatif Kim Jones, Silvia Venturini Fendi dan Donatella Versace itu sudah mula menembusi pasaran masing-masing termasuk Malaysia.
HIMPUNAN FENDI BY VERSACE
HIMPUNAN VERSACE BY FENDI
Memang menarik koleksi FENDACE ni kerana dua jenama hebat bersatu dalam satu rekaan. Nampak lebih mewah semestinya, setanding dengan harganya yang dikatakan cukup kayangan!