Dudalina, jenama utama baju berkualiti tinggi dan pakaian di Brazil secara rasmi melancarkan butik sendiri yang pertama di Great Eastern Mall sekaligus yang pertama di rantau Asia Pasifik.
IKLAN
Terletak di pusat beli belah Great Eastern Mall, butik berkeluasan 750 kaki persegi membawa campuran pakaian untuk lelaki dan wanita yang diberi nama Masculino dan Feminino. Perasmian butik ini telah dilakukan oleh H.E. Carlos Martins Ceglia, Duta Besar Brazil ke Malaysia bersama-sama dengan Rafael Milioni, Pengarah Perniagaan Antarabangsa Dudalina dan Vijay Binwani yang merupakan Pengarah Eksekutif Kumpulan Fesyen Binwani.
H.E. Carlos Martins Ceglia, Rafael Milioni, Maya Binwani dan Vijay Binwani
Menurut Ajay Binwani, berkata, “Dengan pembukaan butik Dudalina di Great Eastern Mall, ini menunjukkan ada permintaan yang menjanjikan untuk fesyen Negara. Dudalina menyediakan baju dan blaus berkualiti tinggi, yang menggabungkan busana dipotong sempurna dengan reka bentuk yang unik menggunakan bahan berkualiti. “
IKLAN
Selebriti Chloe Chen dan Nadia Heng dalam persalinan Dudalina
Rafael Milioni pula berkata, “Kami bangga memperkenalkan kepada Asia jenama utama Brazil. Kedai baru ini terletak di tengah Kuala Lumpur, adalah langkah penting bagi Dudalina dalam pelan pengembangannya di Asia untuk meningkatkan nama jenama ini secara global.”
IKLAN
Peragawati dalam koleksi terbaru Dudalina
Semasa pelancarannya, peragawati tampil anggun dalam persalinan koleksi Dudalina Feminino yang telah diilhamkan oleh pulau Greece Santorini yang ajaib. Melalui garis elegan yang mudah, ia mencerminkan nada matahari terbenam yang berwarna-warni di Santorini dan langit biru dan putih Greece.
Tahun ini menyaksikan stail jaket berpotongan labuh kembali hangat di Malaysia. Antaranya seperti potongan kardigan labuh yang semakin diminati semula. Material jaket juga adalah yang selesa dan nipis, sesuai dengan iklim di Malaysia.
Jika dulu jaket hanya berfungsi sebagai outer wear untuk menghangatkan tubuh badan, kini fungsinya dipelbagaikan seiring dengan trend semasa. Bagi wanita yang meminati gaya sederhana, pemakaian jaket dapat menyempurnakan penampilan mereka yang ringkas, selain menutupi bahagian payudara yang terdedah.
Pemilihan jaket yang betul juga menggambarkan citarasa fesyen seseorang. Ia juga ‘penyelamat’ sewaktu getir, contohnya ketika blaus ditumpahi air minuman atau temu janji adhoc berjumpa klien.
Nona mendekati perunding dan penata gaya profesional, Tym Fatimah untuk menyelongkar lebih mendalam perihal stail jaket buat wanita yang menyenangi helaian ini.
Sebagai seorang yang gemar bereksperimen dan mencari kelainan dalam fesyen, Tym selalu percaya bahawa fesyen berubah tapi gaya tetap kekal abadi. Berikut panduan menggayakan jaket yang boleh digunakan sebelum anda membeli sesuatu jaket idaman.
10 Peraturan Penting Tentang Jaket
(1) Jangan gayakan cropped jacket dengan inner atau blaus yang lebih labuh darinya. Kontra panjang jaket dan inner akan membuatkan kedudukan badan anda tidak menarik.
(2) Jangan padankan kardigan oversized dengan seluar yang terlalu longgar.
(3) Jangan kenakan wrap cardigan bersama skirt pendek. Gaya drappey cardigan akan menampakkan anda pendek dan rendah.
(4) Jangan sesekali mengenakan jaket kulit untuk ke acara temu duga.
(5) Sesekali padankan jaket denim dengan seluar denim daripada rona yang sama. Ia akan membuatkan anda lebih ranggi.
(6) Laburkan wang anda pada persalinan sut yang baik. Ia adalah stail yang timeless dan sesuai dipakai ke majlis formal.
(7) Anda perlu berhati-hati apabila menggabungkan jaket kulit dengan seluar kulit. Salah pakai akan menampakkan seperti gaya seorang bikers.
(8) Jaket kulit dipadankan dengan gaun labuh makan malam? Kenapa tidak untuk ke acara dinner yang lebih santai.
(9) Boyfriend cardigan sangat sesuai dipadankan bersama jean skinny, skirt pensel atau legging.
(10) Tidak ada halangan untuk anda menggayakan blazer dan jaket denim untuk ke majlis santai. Norzalina Mohd Alias
Seluar denim dengan pinggang tinggi dan longgar di bahagian bawah turut dikenali sebagai ‘mom jeans’. Ia kembali menjadi trend terkini.
Sebenarnya, seluar jenis ini sudah menjadi trending pada akhir 80-an hingga awal 90-an. Ia dipanggil ‘mom jeans’ kerana popular di kalangan ibu muda pada zaman itu. Antara ciri-ciri potongan ‘mom jeans’ ialah mempunyai pinggang tinggi dan kaki lebar.
Berikut 3 cara untuk suai padan ‘mom jeans’ agar penampilan kelihatan lebih trendy walaupun bergelar ibu.
PADANKAN DENGAN CROP TOP
Top jenis ini kini trending yang hadir dalam bentuk tank top, kemeja-T berpotongan, atau bolero. Reka bentuk crop top yang menampakkan bahagian tengah (tengah perut) sebati dengan ‘mom jeans’ berpotongan tinggi.
Anda juga boleh gabungkan ‘mom jeans’ dengan tank top dan bolero yang jatuh tepat di atas garisan seluar untuk memberikan siluet kaki panjang. Pun begitu, jika anda mahukan penampilan yang lebih menarik, gabungkan ‘mom jeans’ dengan tank top atau tube top, dan blazer berwarna terang.
KASUT BUT
Seluar ‘mom jeans’ potongan longgar akan kelihatan lebih menarik apabila digabungkan dengan ksaut jenis but. Walaupun memakai but, kaki tidak akan kelihatan pendek.
Satu lagi cara yang tidak kurang menariknya, boleh padankan ‘mom jeans’ dengan but berwarna cerah. Penampilan ini akan memberikan kesan sporty dan segar. Jika ingin kelihatan bergaya, boleh padankan dengan kasut tumit tinggi.
LIPAT/SINSING SEDIKIT KAKI SELUAR
Walaupun selesa adakalanya ia menutup kecantikan kasut anda. Lipat atau sinsing sedikit bahagian tepi seluar untuk menampakkan kasut yang dipakai dan tidak membuatkan bahagian badan anda tenggelam.
Anda juga boleh memakai tali pinggang cantik yang bukan sahaja estetik bahkan dapat mengekalkan seluar sepanjang hari.
Sumber: www.femina.co
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di https://t.me/majalahnona
Sidang media bagi acara eksklusif, Kedah Fashion Week 2022 (KFW 2022) baru-baru ini berlangsung dengan meriah. Ia simbolik kembalinya semula acara berprestij ini bagi meraikan Fashion, Trend and Couture bermula pada 5, 6 dan 7 Ogos 2022 di Aman Central, Alor Setar Kedah. Selain tetamu kerhormat dan rakan media, majlis ini turut dihadiri para penaja, pemilik jenama, pereka fesyen berpengalaman dan baharu serta rakan-rakan personaliti TV.
Acara dimulakan dengan tayangan video pelancaran KFW 2022 seterusnya pengenalan para penaja bagi KFW 2022 iaitu Aman Central, Golden Screen Cinemas (GSC), Sony Pictures Malaysia, BMW Lee Motors, Hotel Star City, Bt Haus Retreat, Visual Art Déco, Clover Makeup & Beauty Academy, Peak Fitness, Himalaya, Medi Beaute, Café Diem, 105°C Coffeehaus, Kafe Moara, Zoomix, Barbara Flower Shop, Ecobrown’s dan Sembonia.
Turut diperkenalkan barisan artis yang bakal membuat persembahan di KFW 2022 iaitu Dayang Nurfaizah, Khai Bahar dan Marsha Milan Londoh. Hos pada acara ini ialah Natasha Hudson.
Pereka fesyen baharu turut diperkenalkan iaitu Eugene Chow (Ntrovert), Hooi Ho Mun (Homun Hooi), Jeremy Wong Zi Jin (Jer), Liew Hui Ying (Lhy), Liren (Liren), See Jia Wen (Cappusee), Shawn Wong Jong Shen (Shawn Wong) dan Tan Wan Yee (Thewomanofyee). Manakala jenama-jenama terkenal di Aman Central iaitu Icahfa, Qaira Hijab, Fana Couture, Carlo Rino, HLA, Parkson, Nuwav, Teva, Birkenstock, Studio, Steve Madden dan Swarovski turut memeriahkan acara ini.
Acara kemuncak adalah pengenalan barisan pereka fesyen tempatan yang bakal mempamerkan rekaan eksklusif mereka di KFW 2022 iaitu Bon Zainal, The Art of Eric Choong, ByTwoo, Thalia, AinaHariz, Daniel Zharif, Taufik Idros Creation, Faieeeez Creation, Dee Roslan, Seth & Luna, Khuntumn, Syafieq Ayman, Amaze dan Wan & Mary. Gandingan pereka fesyen baharu dan lama pastinya memberikan impak menakjubkan!
Kedah Fashion Week 2022 bakal mencipta sejarah dengan memberi penghormatan kepada pereka fesyen sepanjang zaman, Eric Choong sebagai ikon industri sempena 33 tahun sumbangan beliau dalam industri fesyen.
Bersempena ulangtahun ke-33 The Art of Eric Choong, pereka Eric Choong bakal mempamerkan sentuhan eksklusifnya bertemakan keindahan batik, kesenian budaya Malaysia. Beliau yang juga seorang pensyarah berharap untuk terus menyampaikan ilmu dan berkongsi pengalaman khususnya dengan pereka-pereka baharu.
Kredit Foto: IG Eric Choong
Memetik temubual eksklusif bersama Pengarah Urusan Belleview Group, Dato’ Sonny Ho, beliau cukup teruja untuk KFW 2022 ini. Katanya, sesuatu istimewa bakal mewarnai industri fesyen bukan hanya di tanahair bahkan di peringkat antarabangsa khususnya negara-negara jiran. Menurutnya, elemen fesyen itu sentiasa berkembang mengikut peredaran zaman. Maka, acara seperti ini merancakkan lagi industri fesyen.
Orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan KFW 2022 ini. Dapatkan pas masuk dengan menyertai Peraduan Pas KFW2022 ALL ACCESS bermula 6hb Julai 2022 hingga 31 Julai 2022. Untuk maklumat lanjut layari www.instagram.com/amancentral