Beg tangan adalah aksesori paling dekat dengan wanita kerana tidak kira apa juga status anda ia menjadi pelengkap gaya paling asas dalam berfesyen. Malang sekali apabila kebanyakan wanita hanya sekadar memilih tas tangan kegemaran mereka berdasarkan jenama tanpa mengambil kira faktor bentuk badan sendiri. Beg tangan sebenarnya memainkan peranan penting terhadap penampilan seseorang. Jom lihat tip memilih tas tangan mengikut jenis bentuk tubuh.
1. KURUS TINGGI
Beg tangan jenis hobo iaitu pendek dan lebar paling sesuai. Cuba elakkan beli shoulder bag jenis bertali pendek kerana ini akan kelihatan lebih rendah dari ketinggian sebenar. Jenis tote sesuai menyerlahkan penampilan manakala jenis genggam juga tidak akan mengecewakan anda.
2. TUBUH KECIL
Beg yang besar memang tidak sesuai untuk mereka bertubuh kecil kerana akan menutup bentuk badan anda yang sudah sedia kecil. Elakkan beg sandang di bahu dengan tali panjang kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih rendah. Beg tangan dari jenis tote cukup sesuai untuk menampakkan keseimbangan tubuh.
3. TUBUH BESAR
Jika anda berbadan besar sebaiknya cari beg yang berbentuk bersegi dan bersaiz besar supaya tidak akan kelihatan lebih besar daripada beg yang dibawa. Pastikan corak tidak terlalu kecil atau terlampau berwarna-warni. Pilih beg jenis lembut atau berbentuk bulat kerana ia akan menampakkan tubuh anda lebih besar.
4. ‘A’ SHAPE ATAU JENIS PIR
Biasanya mereka bertubuh jenis ini memiliki masalah agak besar di bahagian pinggul dan kecil di bahagian dada. Sebolehnya cuba alihkan perhatian ke bahagian lain di atas. Jenis tali pendek sesuai untuk anda melindungi bahagian dada yang kecil dan memberikan keseimbangan terhadap keseluruhan bentuk tubuh. Perlu mengekal beg dari jenis sling kerana ia akan memberi perhatian di bahagian pinggul yang lebih besar.