Enam hari lalu, Mawar Rashid selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah ditemani suami, anak dan ibu tersayang. Sepanjang berada di sana, pelbagai kata-kata positif dan luahan rasa syukur dikongsikan pelakon cantik ini buat tatapan peminat di laman Instagram. Daripada banyak-banyak posting yang dimuat naik, salah satu perkongsian Mawar yang cukup memberi inspirasi adalah mengenai kecekalan dan kekuatan ibunda tersayang atau lebih mesra disapa dengan panggilan Abai.
Mengintai latar belakang Mawar, isteri Raf Yaakob ini sebenarnya mempunyai darah keturunan Melayu-Siam. Difahamkan ibu Mawar berasal dari Chiang Mai, Thailand sebelum
berkahwin dengan ayahnya iaitu Wan Abdul Rashid. Meskipun Mawar kini sudah berumah tangga dan bergelar ibu kepada seorang anak, namun Abai sentiasa berada di sisinya dalam keadaan susah mahupun senang.
Tidak hairanlah Mawar sanggup membawa Abai ke Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini. Pastinya usahawan Mawar Rose ini merasakan ia adalah masa terbaik untuk membalas jasa insan istimewa tersebut. “Alhamdulillah syukur akhirnya dapat jejak di Tanah Suci dengan mummy Mawar (Abai). Dari Mawar habis sekolah, duk pasang niat nak bawak Abai pergi. Dan sekarang ni syukur we all dah sampai sini.
Walaupun Abai mualaf, tapi Mawar sangat respect dengan keinginan Abai. Abai dulu pasang niat nak jejak ke sini at least 7 kali. Dan kali ni ialah kali ke-4. Alhamdulillah Allah jemput kami kali ni.”
Ads
Dari gambar-gambar yang dimuat naik Mawar sepanjang mereka berada di Mekah, jelas terserlah keakraban ibu dan anak ini. Malah, peminat turut tersentuh melihat hubungan baik mereka berdua.
“Abai, adik nak minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau adik ada terbuat salah dengan Abai. Kalau adik ada terkasar, kalau adik ada buat Abai kecik hati. Abai memang the best mom, the best grandmother.. Adik tak dapat balas jasa Abai terlalu besar. Adik hanya boleh berusaha sebaik-baiknya untuk bagi kesenangan kat Abai. Adik tak nak terlambat cause I love you so much. And Abai dah banyak guna tenaga Abai untuk anak-anak sampailah sekarang.
Ads
Abai tolong jaga semua cucu-cucu Abai, termasuklah Rafael. Sampai sakit pinggang Abai.. Abai memang satu dalam sejuta Abai. Abai baik dengan semua orang, slalu nak
masakkan bagi orang, selalu nak tolong orang, pemurah, sangat lembut dengan orang, sangat rendah diri, sangat bijak, sangat rajin, sangat CEKAL.
I wanna be like you. Tu pun tak tahu mampu ke tak sebab tu adik selalu panggil Abai bidadari sbb Abai terlampau baik dengan anak-anak, cucu-cucu, keluarga dan semua
orang! I love you so much Abai. Doakan bisnes Mawarose berjaya Abai,” titip Mawar di Instagram miliknya.
https://www.instagram.com/p/B8q75ypgMjw/
Ads
Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid berkahwin dengan Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob yang juga merupakan adik kepada selebriti popular, Datuk Fadzley Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki diberi nama Raden Muhammad Rafael.
Sebelum ini Mawar pernah menyuntik inspirasi ramai apabila dia berjaya menamatkan pengajian dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan dan menghadiri majlis konvokesyen dalam keadaan sedang sarat mengandung. Meniti usia 25 tahun, keupayaan Mawar membahagikan masa di antara kerjaya dan keluarga nyata mengundang pujian peminat. Iyalah, bukan tugas mudah tu! Kalau tak kuat mental dan fizikal, hasrat tersebut tidak akan menjadi nyata.
Harapan Nona, semoga Mawar terus melakar kejayaan membanggakan dan menjadi sumber inspirasi buat ramai wanita di luar sana.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Thylane Blondeau
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu. Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya. Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti.
Jare
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada kisah yang lebih menarik dari menyaksikan penyatuan dua wanita saling menghormati dan menoktahkan “dendam” lama. Itulah yang boleh digambarkan apabila hari ini, warga Internet menggila selepas melihat Selena Gomez dan Hailey Bieber bergambar bersama dengan penuh kemesraan pada acara Academy Museum Gala di Los Angelas.
Kredit Foto: TYRELL HAMPTONKredit Foto: TYRELL HAMPTON
Namun kenapa gambar ini buat ramai yang berkata-kata? Untuk makluman, bintang siri The Only Murders in the Building sebelum ini pernah menjalinkan hubungan berprofil tinggi bersama bintang pop terkemuka Justin Bieber, yang kini sudahpun berkahwin dengan Hailey Baldwin. Sebelum Justin Bieber dan isteri, yang juga model mengikat tali pertunangan pada tahun 2018, perhubungan Justin dan Selena sering kali on-off dari 2011 dan 2014.
Pertemuan dua mata antara Selena dan Hailey nyata mengujakan peminat masing-masing apabila awal tahun ini, muncul khabar angin mengatakan Selena tidak berpuas hati dan menganggap Hailey ‘merampas’ Justin dari Selena. Seperti biasa, dakwaan dia ‘mencuri’ Justin dinafi sekeras-kerasnya, dan turut menganggap berita dia dan Selena berselisih faham tidak benar sama sekali. Ini diceritakan sendiri oleh Hailey dalam sebuah rancangan audio siar, Call Her Daddy. Hailey turut menjelaskan dia dan Bieber memulakan hubungan selepas Justin menamatkan hubungan dengan Selena.
“Banyak kecaman dan tanggapan yang salah saya terima. ‘Oh, awak merampas dia.’ Semuanya datang dari fakta yang tidak benar dan dimanipulasi oleh sesetengah pihak. Saya sangat menghormati Selena. Tidak ada drama antara kami”, jelas Hailey.
Untuk rekap, Bieber bertunang dengan Hailey, yang juga anak perempuan pelakon, Stephen Baldwin selepas pihak media melaporkan pasangan itu sudah memperoleh lesen perkahwinan di Amerika Syarikat. Mereka berkahwin secara sah pada 30 September 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Eksklusif dan premium! Label aksesori wanita serba unik, Wirdora semakin mendapat tempat terutamanya dalam kalangan para hijabi.
Empayar yang diasaskan oleh ibu lima anak, Wirdalina Tauhed bersama suami tersayang, Khairool Anwar Laksamana merasmikan pembukaan outlet terbaharu mereka di IOI Mall Putrajaya.
Diasaskan sejak Mei 2017 dan bakal melewati lima tahun penubuhannya, Wirdora terus melebarkan sayap dengan pembukaan outlet ketiga pada pertengahan Mac lepas.
Istimewanya, cawangan baharu ini merupakan yang terbesar dimiliki Wirdora dengan keluasan 370 kaki persegi.
Lebih bermakna, dalam masa hanya setahun Wirdora berjaya membuka tiga cawangan iaitu di KLCC, KL East Mall dan IOI Mall Putrajaya selain mempunyai Ibu Pejabat di Ampang Jaya, Selangor.
Menurut pengasasnya, outlet di IOI Mall menjadi sasaran kerana lokasi yang strategik dan tumpuan ramai. Di samping berkonsepkan elegan dan moden selari dengan imej produk Wirdora yang mementingkan eksklusiviti.
“Pembukaan outlet Wirdora di IOI Mall Putrajaya sememangnya dalam perancangan kami untuk membuka lebih banyak cawangan di seluruh negara.
Pada tahun ini, saya dan suami nekad membuka outlet di sini kerana mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan untuk membuka butik fizikal.
Kebanyakan pelanggan kami suka melihat produk secara fizikal. Ini kerana produk kami juga seperti aksesori wanita yang lain di mana mereka suka membelek dan mencuba sendiri produk tersebut.”
Berlatarkan suasana outlet yang kemas dan selesa, Wirdora menawarkan lebih daripada 300 pilihan produk bermula pada harga RM10 sehingga RM500. Antara produk eksklusif Wirdora termasuk kerongsang, peniti skaf, tudung bawal, shawl, pelitup muka, stokin tangan dan inner hijab.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!