Selepas dua minggu menyahut cabaran FOREO BEAR, kini saya lebih yakin mengambil foto tanpa calitan concealer dan mampu ucap selamat tinggal pada klinik kecantikan! Norzalina, Majalah Nona

Pada usia 35 tahun, majoriti wanita seusia saya mula tercari-cari produk keramat untuk mengekalkan keanjalan kulit serta bentuk runcing pada dagu dan pipi.

Jadi suatu hari sewaktu di tengah PKP, saya dipelawa oleh wakil FOREO untuk mencuba device inovasi terbaru jenama kecantikan Sweden itu.

Pada awal Mei, saya menerima bingkisan gift FOREO BEAR lengkap bersama produk Serum Serum Serum, set pengecas dan sebuah cermin berlampu.

Selepas 2 Minggu Cuba Device Senaman Wajah Ini, Tak Sangka Muka Makin Runcing & Glowing!

Rekaannya yang ringan dan kompak sebesar genggaman tangan, membuatkan device berwarna magenta ini cukup ideal dibawa ke mana sahaja.

This is a really good investment for your skin!

Device senaman wajah dengan fungsi Microcurrent dan T-sonic pulsation ini membantu otot-otot wajah bekerja, menjadikannya lebih berseri, anjal dan tirus mengikut keperluan kulit individu.

Selepas 2 Minggu Cuba Device Senaman Wajah Ini, Tak Sangka Muka Makin Runcing & Glowing!
FOREO BEAR Mini

Ini rumusan peribadi saya selepas dua minggu mencuba sendiri FOREO BEAR secara konsisten mengikut arahan yang diberikan.

COMEL

Perkara pertama yang timbul di ingatan adalah comel. Rekaannya berbentuk bujur dengan 2 bulatan besi di bahagian atas yang berdenyut apabila diaktifkan.

Dari jauh nampak macam beruang!

Seperti rangkaian FOREO yang lain, alat ini boleh diaktifkan melalui aplikasi FOREO yang boleh dimuat turun melalui App Store atau Play Store.

PENGALAMAN

Selepas 2 Minggu Cuba Device Senaman Wajah Ini, Tak Sangka Muka Makin Runcing & Glowing!
Muka pun kena workout untuk awet muda

Sewaktu kali pertama menggunakan device FOREO BEAR, terasa seperti getaran elektrik meresapi kulit. Jangan bimbang, ia tidak berbahaya kerana alat ini mengalirkan denyutan elektrik ke seluruh permukaan wajah pada kadar yang selamat.

Kombinasi antara denyuran dan aliran elektrik inilah yang merangsang kulit agar lebih tegang, berseri dan tirus. Seperti latihan workout!

View this post on Instagram

Perempuan umur 30-an dan semakin dia berusia memang lebih cantik sebenarnya. Sebab, waktu ni lebih stabil dan dia tahu mana yang terbaik. Setujukan? Saya bahasakan diri Mommy (@norzalina) dari majalah Nona. Mommy baru sahut cabaran FOREO BEAR, cuba workout kulit muka dan tengok hasilnya dalam 5 hari. Nak maintain muda ni, ilmunya tak susah pun. Jangan malas. Ikut regim, jaga diet dan urut muka. Dulu urut dengan jemari je. Nampak muda belia jugak. Tapi bila urut dengan FOREO BEAR, siap ada letrik k! Haha bukanla jenis renjatan sakit jantung tuuuu… Adoi. Alat ni stimulate microcurrent dan denyut T-Sonic ke dalam kulit, uppss patutlah muka Mommy glowing. Mula-mula download app FOREO For You, senangnya guna alat ni ikut rutin step by step. App ni akan auto-adjust tahap microcurrent kita, so tayah risau kena karen cuma magik lepas pakai terus tegang kulit. Ini Mommy kagum. Kedut halus memang pudar. Lepas 5 hari guna @foreo BEAR, Mommy kena admit alat ni memang 'the new normal' untuk jaga kecantikan. Paling suka sebab comel dan handy, nak workout muka bila² pun boleh. Sesapa baya Mommy tolong ada satu. Investla sikit untuk awet muda. Tapi seriously tengok gambar lama macam nak hempuk je. Apa serabai nau nau tu… Haha takpelah, pengalaman hidup yang mahal kan? Sesapa ada produk bagus (betul-betul bagus, i mean it) nak team Nona review, boleh DM je @majalahnona 🖤 #majalahnona #foreobear #mommyguna

A post shared by Majalah Nona (@majalahnona) on

FOREO BEAR juga berguna untuk memudarkan kedutan halus, menjaga kelembapan wajah serta meminimalkan penampilan pori-pori.

Paling ketara, masalah lingkaran gelap bawah mata pun mula menghilang selepas menggunakan alat ini secara rutin. Bahagian dagu semakin runcing, dengan kulit leher yang tegang dan nampak awet muda.

Bermaksud selepas ini, FOREO BEAR akan menjadi device wajib dalam rutin penjagaan kulit saya bagi mengekalkan kemudaan!

CARA MENGGUNAKAN

Sebelum bermula, FOREO BEAR harus digunakan sewaktu wajah bersih tanpa mekap dan dalam kondisi wajah yang kering. Kemudian muat turun aplikasi FOREO For You (penggunaan pertama) di Playstore atau App Store. Seterusnya:

  1. Aktifkan App FOREO For You di smartphone anda, log in akaun dan kemudian pilih ‘Add Device’ untuk menghubungkan FOREO BEAR dengan software FOREO app.
  2. Tekan butang POWER pada device FOREO BEAR, kemudian klik ‘START TREATMENT’.
  3. Di tahap selanjutnya, anda boleh mengaktifkan atau mengawal tahap denyutan T-sonic, serta memilih level Microcurrent mengikut keselesaan.
  4. Klik Next, kemudian gunakan FOREO BEAR menurut panduan yang ditunjukkan dalam FOREO App, bermula dari langkah sapuan FOREO Serum, Serum, Serum hingga penggunaan FOREO BEAR!
  5. Lakukan senaman muka dengan FOREO BEAR.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI