Tak Mungkin Kerana Sayang, Kisah Hati & Sesal Separuh Nyawa. Mana mungkin barisan lagu ini hilang dalam minda pencinta muzik? Irama melodi yang begitu melekat ke dalam hati serta puitis lirik yang dikarang indah menyempurnakan santunan lagu, terus mekar bernafas hingga ke hari ini. 

Selepas Remy Ishak Kini Giliran Zul Ariffin, ALYAH Mahu Yang Terbaik Untuk Setiap Muzik Videonya

IKLAN

Alunan suara penyanyi ini juga melengkapkan setiap nada irama lagu yang dinyanyikan. Menjadi salah seorang artis yang memiliki mutu suara yang baik, figura hebat ini tidak terus berdiri di puncak kejayaan seperti yang dicapai hari ini, malah bertatih saat awal menjejakkan kaki ke dalam dunia penuh warna-warni.

Selepas Remy Ishak Kini Giliran Zul Ariffin, ALYAH Mahu Yang Terbaik Untuk Setiap Muzik Videonya

Datin Alyah, 41, atau nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan bukan lagi asing dalam industri muzik tempatan. Malah, setiap lagu yang dihasilkan pasti mendapat tempat di hati peminat. Bukan itu sahaja, kemenangannya di Anugerah Juara Lagu ke-25 dalam kategori Persembahan Terbaik menerusi lagu Kisah Hati serta merangkul anugerah Lagu Pop Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik ke-21 membuktikan bahawa penyanyi ini memiliki aura tersendiri.

Selepas Remy Ishak Kini Giliran Zul Ariffin, ALYAH Mahu Yang Terbaik Untuk Setiap Muzik Videonya

Selepas Remy Ishak Kini Giliran Zul Ariffin, ALYAH Mahu Yang Terbaik Untuk Setiap Muzik Videonya

Bukan sahaja penghasilan lagu yang baik, malah muzik video yang dihasilkan pasti memberi kesan kepada penonton sehingga ramai yang tidak bisa melupakan. Mana tidaknya, kemunculan barisan hero popular dalam muzik videonya bikin hati peminat tidak keruan. 

Bermula dengan pelakon Remy Ishak dalam Kisah Hati dan Jutaan Purnama, Hisyam Hamid dalam Sesal Separuh Nyawa serta Josiah Hogan dalam Engkau Milikku, penyanyi kelahiran Johor ini sentiasa ingin memastikan setiap pembikinan muzik videonya dihasilkan dengan kualiti yang baik.

Selepas Remy Ishak Kini Giliran Zul Ariffin, ALYAH Mahu Yang Terbaik Untuk Setiap Muzik Videonya

Terbaharu, penyanyi kelahiran Johor ini bekerjasama pula dengan pelakon yang terkenal dengan tubuh badan yang sasa, Zul Ariffin menerusi single Cinta Sahabiyah yang mana sudah dilancarkan sejak minggu lalu.

Sebagai seorang anak seni, saya akan pastikan semua muzik video saya ‘all-out’. Untuk Cinta Sahabiyah nampak lagi ‘all-out’ mungkin kerana kita baru selesai daripada pandemik Covid-19. Jadi, segala proses dibuat sehabis baik.

Selepas Remy Ishak Kini Giliran Zul Ariffin, ALYAH Mahu Yang Terbaik Untuk Setiap Muzik Videonya

IKLAN

Tambahnya lagi, cerita di sebalik Cinta Sahabiyah ialah untuk menyampaikan mesej kepada kaum wanita untuk menjadi lebih kuat dan penyabar, persis Sahabiyah, sahabat wanita Rasulullah SAW.

Cinta Sahabiyah sebagai sebuah inspirasi kepada golongan wanita, terutamanya yang rapuh akan jadi lebih kuat. Yang kurang sabar, akan jadi lebih penyabar.

Pemilihan Zul Ariffin

Sudah lama menyimpan hasrat untuk berkolaborasi bersama Zul Ariffin, Alyah meluahkan rasa syukur kerana dapat bekerjasama dengan pelakon hebat itu untuk muzik video Cinta Sahabiyah. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Alyah Abu Hasan (@alyah81)

“Sepanjang 22 tahun berkecimpung dalam dunia muzik dan nyanyian, Alhamdulillah, saya dapat hero yang semuanya bagus-bagus.

Kualiti Kerja

IKLAN

Menganggap ia sebagai sebuah portfolio bagi dirinya sebagai seorang artis, Alyah tidak culas memberi komited yang tinggi demi untuk penghasilan muzik videonya.

Selepas Remy Ishak Kini Giliran Zul Ariffin, ALYAH Mahu Yang Terbaik Untuk Setiap Muzik Videonya

“Ada muzik video atau visual yang bagus, kualiti naik 60 atau 70 peratus. Saya bab buat muzik video ini memang sentiasa inginkan yang terbaik sebab ini ‘portfolio’ saya sebagai seorang anak seni,” katanya.

Menurut Alyah, sebagai seorang anak seni, dia mahu memberikan yang terbaik dalam setiap aspek yang dilakukannya. Bukan semata-mata untuk mengejar trofi, malah dia mahu karyanya terkenal dengan hasil kualiti yang bagus serta terus diingat oleh peminat serta artis baru yang muncul dalam industri muzik tempatan.

Sumber: HARIAN METRO

Sumber gambar: Instagram Alyah

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI