
Cantiknya personaliti televisyen dari negara jiran, Brunei Darussalam ini. Memiliki kulit mulus dan air muka penuh kelembutan, Rofizah Haji Mahmud merupakan pembaca berita Radio Television Brunei (RTB). Apa yang pasti, aura Rofizah cukup memukau dan membuatkan sesiapa saja ingin menatap wajahnya berkali-kali. Sejuk mata memandang!
Melihat penampilan wanita jelita ini mesti ramai yang tidak menyangka statusnya sebagai seorang isteri dan juga ibu. Hasil perkahwinan dengan Pengiran Md Fakhruzzaman Pengiran Haji Omar.. pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.
Salah satu perkara menarik tentang Rofizah yang pastinya mencuri perhatian kaum wanita khususnya dalam kalangan muslimah adalah fesyen tudung yang digayakan. Baik ketika bersiaran dalam kaca televisyen mahupun tatkala bersantai bersama keluarga, dia selesa mengenakan tudung jenis bawal atau square.
View this post on InstagramA post shared by Wife,MumTo3Kids?.?? (@rofizahhjmahmud) on
Antara label hijab pilihan yang sering digayakan Rofizah adalah Aidijuma dan ChanteQ Silk Scarf. Mengamati pemakaian tudung wanita Islam di Brunei, memang kebanyakan daripada mereka menggemari tudung jenis bawal. Sama ada diikat di bahagian hujung bawah tudung, dipin kemas atau dililit ke belakang.. itu antara gaya biasa bagi kaum muslimah di sana.
Kesederhanaan Rofizah bukan hanya terletak pada pemakaian hijab bahkan figura ini juga selesa mengenakan solekan minimalis dan tidak keterlaluan. Sekali gus menyerlahkan kecantikan semula jadi. Orang cantik, kalau tak mekap pun dah nampak menarik!
Kredit: Instagram Rofizah Hj Mahmud
Walaupun Pedih Fasa KEGUGURAN Tetap Kena Hadap Jadi Berhati-hati Kalau Ada Sebarang Tanda

Hanya rasa sedih menghantui apabila bayi yang dikandung, pergi sebelum waktunya. Keguguran adalah suatu momen yang pedih apatah lagi jika dia adalah bayi yang ditunggu-tunggu selama ini.
Kejutan emosi diri dan keluarga pasti sukar dikikis setiap kali melihat bayi yang comel di depan mata. Namun, sebagai wanita yang kuat dugaan ini perlu dihadapi dengan positif dan bijaksana.
Keguguran bermakna kandungan yang berakhir dengan sendirinya sebelum 20 minggu usia kandungan. 10 ke 20% kandungan berakhir dengan keguguran. Ini kerana banyak keguguran berlaku pada awal kandungan sebelum wanita itu sedar bahawa dia telah mengandung.
Hampir 80% jumlah keguguran berlaku dalam tiga bulan pertama kandungan.
Tanda-Tanda Keguguran
(a) Pendarahan sama ada sedikit, banyak atau ketulan darah
Ketika mengandung, tompokan darah boleh menjadi merupakan mimpi ngeri. Hati pasti tertanya-tanya, apakah jenis darah yang keluar. Tompokan darah ini mungkin boleh dilihat secara ketara atau tidak.
Darah boleh dilihat di seluar dalam atau ketika menggunakan tisu tandas. Biasanya tompokan darah adalah perkara biasa di awal kehamilan tetapi anda perlu memberitahu doktor kerana dikhuatiri merupakan tanda awal keguguran.
(b) Sakit pada abdomen, belakang atau ari-ari
Kadang-kadang ibu hamil akan rasa sakit atau kejang di bahagian abdomen dan sakit belakang serta tidak selesa di kawasan ari-ari. Kesakitan yang kerap dan berpanjangan mungkin merupakan kontraksi atau tanda awal keguguran.
(c) Cecair atau tisu keluar daripada vagina
Jika cecair atau tisu yang luar biasa keluar daripada vagina berkemungkinan besar keguguran sudah berlaku.
(d) Demam
Demam panas yang melebihi 37.8°C atau lebih boleh menjadi punca keguguran.
Kajian prenatal misalnya chorionc villus sampling (CVS) iaitu DNA bayi diambil ketika kandungan berusia 11 hingga 13 minggu. Ujian ini diambil untuk melihat sama ada kandungan normal atau tidak. Ujian yang menggunakan jarum suntikan ini membawa sedikit risiko keguguran.
Begitu juga dengan ujian klinikal amniocentesis yang membawa risiko keguguran. Ujian ini ialah diagnostik khas yang melibatkan pengambilan sampel cecair ketuban daripada uterus dan menganalisisnya dalam makmal. Ujian ini untuk melihat sama ada bayi dalam kandungan mempunyai sebarang ketidaknormalan yang serius.
Selain daripada itu masalah keguguran bertambah apabila usia semakin meningkat iaitu 20% pada usia 35 tahun, 40% pada usia 40 tahun, dan 80% pada usia 45 tahun.
Usia ayah bayi juga memainkan peranan dalam keguguran bayi dalam kandungan. Ini kerana wanita yang mengandungkan anak dengan pasangan lebih tua mempunyai risiko yang lebih untuk mengalami keguguran. Masalah ini berlaku disebabkan oleh masalah kromosom pada lelaki.
Jika berlaku tanda-tanda tersebut, ibu-ibu perlu berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keadaan janin yang dikandung. Pemeriksaan teliti seperti ultrasound akan dijalankan juga nasihat tentang penjagaan bayi perlu dilakukan.
Jenis-Jenis Keguguran
(1) Keguguran terancam (threatened miscarriage)
Pesakit akan mengalami pendarahan tetapi pangkal rahim masih tertutup. Separuh daripada pesakit yang mengalami keguguran terancam akan dapat meneruskan kandungan sehingga cukup bulan tanpa kemudaratan pada janin. Biasanya keadaan janin akan sihat.
Ibu yang mengandung perlu berehat sehingga pendarahan atau sakit berhenti. Elak melakukan senaman dan hubungan seks dalam tempoh ini. Walaupun langkah ini tidak terbukti dapat mengurangkan risiko keguguran tapi boleh memberi keselesaan dan kelegaan kepada ibu mengandung. Mungkin juga ibu yang mengandung dalam situasi ini akan dibekalkan hormon untuk menguatkan rahim.
(2) Keguguran tidak dapat dielak (inevitable miscarriage)
Ibu yang mengandung mula mengalami pendarahan dan rasa sakit. Pangkal rahim mula membuka dan apabila situasi ini berlaku kemungkinan besar kandungan gugur terus. Sakit ini berpunca daripada rahim mengeras untuk mengeluarkan janin dan uri.
(3) Keguguran lengkap (complete miscarriage)
Keguguran seperti ini berlaku apabila kesemua kandungan telah keluar dari rahim secara sedar. Keguguran biasanya berlaku sebelum minggu ke-12. Pendarahan dan sakit berkurang dan doktor akan melakukan pemeriksaan pintu pangkal rahim sama ada masih ada sebahagian janin yang tertinggal di dalam rahim.
(4) Keguguran tidak lengkap (incomplete miscarriage)
Janin dan uri telah gugur keluar tetapi masih ada sebahagian daripada janin dan uri masih tertinggal di dalam rahim. Pintu pangkal rahim terbuka dan boleh tumpah darah yang banyak.
(5) Missed abortion
Embrio gagal untuk berkembang dan telah mati tapi masih kekal dalam rahim. Tanda mengandung tiba-tiba hilang seperti loya dan tegang payudara. Selalunya tiada darah berlaku atau hanya sedikit pendarahan. Pesakit mungkin tidak ada tanda dan hanya menyedari semasa menjalani ujian ultrasound.
(6) Recurrent miscarriage
Jika berlaku tiga keguguran berturut-turut.
(7) Keguguran septik (septic miscarriage)
Ibu mengandung yang dijangkiti kuman dan mengakibatkan infeksi pada rahim. Simptom termasuk demam panas, menggigil, sakit perut, pendarahan faraj dan lendir dari faraj (berbau busuk dan kental berwarna kuning).
Suami Dikurnia Gelaran YDM Tengku Orang Kaya Menteri Diraja, Pelakon Cantik Syamim Farid Kini Bergelar To’ Puan!

Tahniah buat Naib Juara Dewi Remaja 2014/2015, Syamim Farid yang kini bergelar To’ Puan selepas suami tercinta iaitu Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardy Esfandiari Alhaj menjadi antara penerima Istiadat Pengurniaan Watikah-Watikah Pelantikan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam baru-baru ini.
Nona mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Yang Dimuliakan (YDM) Tengku Ezrique atas kurniaan gelaran Yang Dimuliakan Tengku Orang Kaya Menteri Diraja oleh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor pada 29 Ogos lalu.
Turut berangkat pada istiadat itu ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.



Sebagai isteri, pastinya To’ Puan Syamim memanjat kesyukuran dan gembira atas pengurniaan berkenaan. Berkongsi momen indah itu di media sosial miliknya, pelakon cantik ini menitipkan ucapan istimewa buat suami. Selain menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan yang diraih.
“As someone who has been with you through your highs and lows, I knew that this day would come. Congratulations on this spectacular milestone! I couldn’t be happier to be by your side as you start a new chapter of your life.
I pray this will be the beginning of the many more ample rewards to come. You are certainly a great source of inspiration to me, and I am so proud of your accomplishment.”




Pada istiadat tersebut, To’ Puan Syamim anggun dalam persalinan tradisi rona merah lengkap berselendang.
Penampilan jelita aktres ini lebih berseri dengan kalungan berlian dan anting-anting sebagai pelengkap gaya elegan. Terserlah sisi ayu penuh kelembutan To’ Puan Syamim Farid.
Begitu juga Tengku Ezrique yang tampil segak berbusana Baju Melayu hitam dan bersongket eksklusif.



To’ Puan Syamim dan Tengku Ezrique mendirikan rumah tangga pada 19 Mac 2016.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/iras-ibunya-kongsi-wajah-terkini-puteri-kedua-kecomelan-anak-juliana-evans-jadi-tumpuan/
Bekas Gimnas, CP JULIANA EVANS Makin Jelita Lepas Ada Anak & Kembali Aktif Mengacara!

Seawal usia 15 tahun lagi Juliana Evans sudah mula menceburkan diri dalam bidang pengacaraan. Saat remaja seusianya sibuk dengan persekolahan, Juliana melangkah setapak ke hadapan dengan mengembangkan bakat dalam bidang berkenaan. Ternyata hari ini, namanya masih dikenali bukan sahaja sebagai pengacara bahkan juga anak seni. Berbekalkan pengalaman lebih sedekad, kemampuan Juliana mengacarakan sesebuah program tidak perlu dipertikaikan lagi.




Mengukir nama dalam program Remaja, Che Puan Juliana sempat mengimbau kenangan pertama kali mengacarakan program tersebut Bersama Aidid Marcello. “The good old REMAJA days. Rasa best sangat dapat hos balik dengan my Remaja co-host Aidid Marcello. Kali terakhir kita hos sama-sama adalah pada tahun 2005! I was only a 15 year old teenager working with all adult crew members around me that time.
Masa tu Aidid kahwin so Aidid stop jadi hos Remaja. Jue hos seorang-seorang. Sedih sangat masa tu sebab kami memang macam siblings! Pergi mana-mana mesti orang tanya ‘adik-beradik ke?’ Dua-dua pun half-breed,” kongsinya di laman Instagram dan kini mengacarakan sebuah program perubatan di saluran UnifiTV.
Yang pasti, sejak bergelar ibu dan permata hatinya kini bakal berusia dua tahun barulah Che Puan Juliana dilihat kembali aktif dengan kerjaya. Iyalah, sebagai ibu pastinya beliau mahu memberi yang terbaik dan sepenuh tumpuan kepada anak yang sedang membesar. Walau mula sibuk dengan kerjaya namun keluarga tetap menjadi keutamaan jelitawan ini.

Disember lalu, Che Puan Juliana melakar sejarah tersendiri apabila beliau dilantik sebagai Duta kempen promosi pelancongan ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ selama dua tahun! Sebagai anak jati Selangor, ia pastinya khabar gembira buat Che Puan Juliana kerana berpeluang mempromosikan negeri kelahiran sendiri.
Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Tahun ini mereka bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat.
Lebih dua tahun melayari rumah tangga Che Puan Juliana dan suami akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan pada 13 Julai 2019. Puteri comel kesayangan mereka ini diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
Meniti usia 32 tahun pada Julai nanti, pesona dan wajah cantik Che Puan Juliana masih memukau. Tidak hairanlah pada tahun lalu, namanya tersenarai dalam Top 100 Most Beautiful Woman dalam satu undian yang dilakukan laman web Starmometer. Antara nama-nama wanita terkenal yang turut tersenarai ialah Taylor Swift, Gal Gadot dan Priyanka Chopra.
Selain kerjaya seni, bekas penuntut jurusan Komunikasi Massa ini juga mengusahakan perniagaan Jevans Jewelry di samping pernah menceburi sukan gimnastik seawal usia 7 tahun dan mewakili negeri Selangor. Terbukti, Che Puan Juliana seorang wanita aktif sejak remaja lagi!
Kredit: Instagram Juliana Evans