Apabila berbicara tentang Miss Universe Malaysia, pastinya akan mengingatkan kita kepada wanita-wanita anggun yang bertanding mewakili negara di pentas kecantikan dunia. Walaupun mempertaruhkan kecantikan sebagai senjata utama, itu bukanlah jaminan untuk berjaya. Mereka harus memiliki kelebihan dari pelbagai segi antaranya pengucapan awam dan juga bagaimana cara membawa nama negara di pentas dunia.

Ads

Salah satu ketegori yang ditunggu-tunggu adalah acara kostum kebangsaan. Harus diingatkan bahawa busana yang dipersembahkan adalah kostum dan bukannya pakaian harian. Jadi jangan terasa ralat jika wakil negara kita tidak mengenakan baju kurung! Kostum yang diperagakan kebiasaannya menagmbil inspirasi dari kekayaan alam semula jadi dan juga budaya.

Jom kita imbas kembali kostum kebangsaan yang diperaga oleh wakil-wakil Malaysia di pentas Miss Universe.

Miss Universe Malaysia 2010, Nadine Ann Thomas

Sempena Ketibaan hari MERDEKA, Jom Kita Imbas TUJUH Kostum Kebangsaan Interpretasi Miss Universe Malaysia
Berkonsepkan busana Cik Siti Wan kembang yang popular di negeri Kelantan, kostum ini adalah hasil rekaan Amir Luqman.

 

Miss Universe 2011, Deborah Henry

Sempena Ketibaan hari MERDEKA, Jom Kita Imbas TUJUH Kostum Kebangsaan Interpretasi Miss Universe Malaysia
Konsep Wau Bulan yang juga terkenal di negeri Kelantan, sekali lagi pereka Amir Luqman mencipta busana untuk diperaga oleh Miss Universe Malaysia. Idea perlambangan Wau Bulan ini memang kreatif.

 

Miss Universe Malaysia 2012, Kimberley Leggett

Sempena Ketibaan hari MERDEKA, Jom Kita Imbas TUJUH Kostum Kebangsaan Interpretasi Miss Universe Malaysia
Bertemakan Kebaya, hasil rekaan Jovian Mandagie ini direka dengan menggunakan fabrik batik Terengganu.

 

Ads

Miss Universe Malaysia 2013, Carey Ng

Sempena Ketibaan hari MERDEKA, Jom Kita Imbas TUJUH Kostum Kebangsaan Interpretasi Miss Universe Malaysia
Rekaan ini mengambil inspirasi dari pakaian Puteri Perak. Hasil rekaan pereka fesyen Syomir Izwa, ia menampakkan kemewahan songket dan juga budaya Melayu Asli.

 

Miss Universe Malaysia 2014, Sabrina Bennett

Ads
Sempena Ketibaan hari MERDEKA, Jom Kita Imbas TUJUH Kostum Kebangsaan Interpretasi Miss Universe Malaysia
Adila Long mencipta gaya bertema Burung Kenyalang untuk Sabrina persembahkan di peringkat antarabangsa. Rekaan yang cukup ekstravaganza ini ternyata memukau mata yang memandang.

 

Miss Universe Malaysia 2015, Vanessa Tevi

Sempena Ketibaan hari MERDEKA, Jom Kita Imbas TUJUH Kostum Kebangsaan Interpretasi Miss Universe Malaysia
Sekali lagi Jovian Mandagie meminjamkan kreativitinya. Kali ini interpretasi Bunga Mas menjadi pilihan. Bunga Mas merupakan ufti dari Sultan Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada Kerajaan Siam.

 

Miss Universe Malaysia 2016, Kiran Jassal

Sempena Ketibaan hari MERDEKA, Jom Kita Imbas TUJUH Kostum Kebangsaan Interpretasi Miss Universe Malaysia
Lari dari kebiasaan. Tahun 2016 menyaksikan Menara Berkembar Petronas diangkat sebagai inspirasi. Kostum rekaan Rizman Ruzaini ini menjadi bualan ramai dan diangkat antara kostum terbaik.

Jadi tahun ini agak-agaknya apakah tema yang akan digayakan oleh Miss Universe Malaysia 2017, Samantha Katie di pentas Miss Universe? Kita nantikan!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI