Sejak kebelakangan ini, Malaysia dlianda cuaca yang agak panas. Masyarakat tempatab dinasihatkan agar meminum air secukupnya dan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti di luar. Namun, pemakaian juga perlu dititikberatkan agar anda berasa lebih nyaman dan selesa. Ada beberapa item fesyen yang boleh anda pakai dan bawa sepanjang musim panas. Jom Nona kongsikan!

1. BAJU PUTIH BERKOLAR

Ads

Sempena MUSIM PANAS, Ini 8 Item Fesyen Wanita Malaysia Wajib Miliki!

Siapa kata baju putih berkolar hanya sesuai ke pejabat. Anda boleh gayakan baju putih berkolar ini dengan skinny jeans, hot pants ataupun pakai bersama pencil skirt atau midi skirt seperti yang digayakan Emma Watson ini.

2. CAMISOLE

Sempena MUSIM PANAS, Ini 8 Item Fesyen Wanita Malaysia Wajib Miliki!

Anda dinasihatkan untuk memakai baju yang tidak terlalu tebal agar berasa lebih selesa. Jika anda memilih pakaian yang diperbuat daripada fabrik jarang seperti sifon atau organza, anda boleh memakai camisole di bahagian dalam. Ia juga dijadikan sebagai innerwear untuk pakaian anda.

3. LITTLE BLACK DRESS

Sempena MUSIM PANAS, Ini 8 Item Fesyen Wanita Malaysia Wajib Miliki!

Little black dress merupakan item fesyen yang mesti & wajib dimiliki oleh setiap wanita. Simple dan praktikal, hanya dengan seutas barangan kemas atau ditambah dengan blazer – voilaaa anda sudah siap.

4. JEANS BIRU

Sempena MUSIM PANAS, Ini 8 Item Fesyen Wanita Malaysia Wajib Miliki!
Sama ada potongan skinny fit atau straight cut, sepasang jeans yang mengikut bentuk badan anda dengan mudah menyelesaikan masalah anda ‘I-have-nothing-to-wear’. Padankan dengan t shirt, blouse, colar shirt – masalah anda selesai.

5. TALI PINGGANG

Ads

Sempena MUSIM PANAS, Ini 8 Item Fesyen Wanita Malaysia Wajib Miliki!

Lihat di cermin merasakan ada sesuatu yang kurang, mungkin anda boleh cuba mengenakan tali pinggang. Oversized shirt atau dress nampak lebih sempurna dengan pengayaan tali pinggang.

6. KARDIGAN

Sempena MUSIM PANAS, Ini 8 Item Fesyen Wanita Malaysia Wajib Miliki!

Ads

Dalam musim panas, ada segelintir wanita untuk memilih pakaian yang lebih seksi. Dalam kata erti lain ialah pakaian yang mendedahkan skin anda. Jika anda memilih pakaian jenis tersebut, anda boleh mengenakan kardigan untuk kelihatan lebih sopan terutama sekali apabila anda melakukan aktivit di luar.

7. FLATS

Sempena MUSIM PANAS, Ini 8 Item Fesyen Wanita Malaysia Wajib Miliki!

Takkan seharian anda ingin memakai kasut tumit tinggi, caranya terbaik sekali sekala anda cuba mengenakan sepasang flip flops ataupun sandals, nak nampak lebih trendy dan stail, mungkin boleh cuba sepasang flats.

8. KACA MATA

Sempena MUSIM PANAS, Ini 8 Item Fesyen Wanita Malaysia Wajib Miliki!

Disebabkan cuaca di Malaysia panas dan lembap setiap tahun, jadi, sangat praktikal jika anda memakai kaca mata. Hanya pastikan anda memilih sepasang yang sepadan dengan bentuk muka anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI