Ads

Sentuhan Shasha Masrey Di Pentas Global Curi Tumpuan, Tampil Berhijab Sewaktu Asia Style Framesi Maghribi

Pengasas Nieza Salon Muslimah yang juga pemenang Anugerah NONA Superwoman 2024 untuk kategori Nona Inspired Muslimah Salon Award, Shasha Masrey melakar sejarah membanggakan apabila diundang sebagai satu-satunya wanita Muslimah berhijab yang menyertai persembahan elit Asia Style Framesi sempena Framesi International Congress 2026 yang berlangsung di bandar bersejarah Marrakech, Maghribi.

Kehadiran beliau di pentas antarabangsa berskala besar ini bukan sekadar pamerkan kemahiran teknikal kelas pertama malah membawa mesej kebudayaan negara apabila tampil megah menyarung baju kurung tradisional lengkap berhijab rekaan pereka Mohd Amirul Md Jonit di hadapan ratusan penggiatdan lensa media industri kecantikan global.

Sentuhan Shasha Masrey Di Pentas Global Curi Tumpuan, Tampil Berhijab Sewaktu Asia Style Framesi Maghribi

Himpunan Global Seni Dandanan Rambut
Framesi International Congress merupakan acara berprestij antarabangsa yang menghimpunkan ribuan penggiat, jurugaya dan pakar industri kecantikan dari seluruh dunia. Tujuan utama kongres ini adalah untuk menjadi platform perkongsian trend terkini, inovasi teknik potongan rambut serta pertukaran idea kreatif di kalangan profesional salun global. Bagi edisi 2026 di Marrakech, penganjur mengangkat tema besar “People Soul of the World” bagi meraikan kepelbagaian identiti antarabangsa.

Sentuhan Shasha Masrey Di Pentas Global Curi Tumpuan, Tampil Berhijab Sewaktu Asia Style Framesi Maghribi

Ads

“Future People”: Menyatukan Modeniti dan Tradisi
Menerusi segmen persembahan global bertemakan “Future People”, pasukan Asia
mengetengahkan gabungan inovasi dandanan rambut moden dan kepelbagaian warisan
budaya dari pelbagai negara.

Di atas pentas berprestij itu, Shasha mempersembahkan demonstrasi teknik potongan rambut kontemporari Asymmetric Bob secara langsung (live demonstration) iaitu sebuah gaya potongan yang menuntut ketelitian tinggi, struktur geometri yang kemas serta keseimbangan visual yang sempurna.

Namun, apa yang paling mencuri tumpuan dunia ialah pendirian konsisten Shasha sebagai satu-satunya wanita Muslimah di pentas tersebut. Di saat kebanyakan pendandan rambut global menggayakan fesyen moden barat, Shasha membuktikan bahawa baju kurung dan hijab adalah lambang profesionalisme yang boleh berdiri megah di pentas fesyen rambut antarabangsa tanpa sedikit pun mengurangkan nilai estetika persembahannya.

Ads

Beliau bergandingan bersama barisan pendandan hebat Asia yang turut membawa elemen budaya masing-masing termasuk wakil dari Thailand (Art), China (Oolong) serta rakan
seperjuangan dari Malaysia, Kenza daripada Alph Studio.

Sentuhan Shasha Masrey Di Pentas Global Curi Tumpuan, Tampil Berhijab Sewaktu Asia Style Framesi Maghribi

Ads

Sentuhan Shasha Masrey Di Pentas Global Curi Tumpuan, Tampil Berhijab Sewaktu Asia Style Framesi Maghribi

Lambang Kebanggaan dan Potensi Salon Muslimah Malaysia
Sebagai pengasas di sebalik jenama Nieza Salon Muslimah, sebuah pusat dandanan yang
menitikberatkan privasi, keselesaan, dan syariat buat pelanggan wanita di Malaysia
penyertaan Shasha di persada global membuka lembaran baharu.

Pencapaian luar biasa ini memecahkan persepsi kononnya penggiat industri berteraskan nilai Islam sukar menembusi pasaran atau pentas profesional antarabangsa. Sebaliknya, ia membuktikan bahawa kemahiran teknikal yang tinggi dan pegangan pada identiti agama serta budaya mampu berjalan seiring untuk mencipta keunikan tersendiri.

Kejayaan Shasha di Marrakech bukan sekadar pencapaian peribadi malah menjadi mercu
tanda kebanggaan negara serta inspirasi kepada bakat-bakat tempatan bahawa warisan
budaya bukanlah satu tembok penghalang tetapi satu kekuatan luar biasa untuk dikenali di mata dunia.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Inspirasi Lain

Digelar ‘Tom Holland & Zendaya’ Malaysia, Aura Dan Pesona SYAFIQ KYLE...

Aura Syafiq Kyle dan Mimi Lana bukan sekadar menyerlah di layar perak, malah pesona mereka turut mencuri perhatian dalam dunia fesyen. Setiap kali melangkah...