Kadangkala menjadi satu kerungsingan buat wanita diluar sana untuk memadankan beg tangan dengan pakaian yang dipakai agar tampak sesuai dan sempurna. Harus diingatkan, padanan beg yang salah dengan cara berpakaian anda mampu membuatkan penampilan anda kelihatan janggal dan pelik. Ikuti tip yang Nona kongsikan ini agar anda kelihatan sempurna saat menggayakan beg dan pakaian anda.

BEG MEMPUNYAI CORAK DAN MOTIF

Pilih beg yang mempunyai corak atau motif sekiranya pakaian anda hanya satu rona. Anda juga boleh memadankan motif di baju anda untuk kelihatan sedondon dengan beg namun ia agak sukar. Sekiranya anda ingin berbuat demikian, pastikan  warna motif dan corak adalah sesuai.

 

PEMILIHAN RONA

Seharusnya anda memilih rona terlebih dahulu. Jika pakaian  anda berona pastel atau neutral, beg tangan  berwarna terang mampu menambahkan lagi keserian fesyen anda. Namun, jika  pilihan pakaian anda berwarna terang, beg berona kedam seperti coklat dan hitam boleh menyeimbangkan keseluruhan gaya anda. Harus diingatkan, tidak perlu memadankan warna beg dan warna pakaian. Hanya pastikan kedua-duanya tampak sesuai antara satu sama lain.

 

KESESUAIAN

Fikirkan mengenai pakaian  anda sebelum membuat pemilihan beg. Fikirkan samada fesyen anda moden, klasik atau pun glamor. Pertimbangkan juga rona dan motif pada pakaian anda. Perkara yang paling penting ialah kesesuaian untuk digayakan, bila dan dimana anda menggayakan pakaian tersebut.

 

SAIZ BEG

Pilih beg yang saiznya sekadar dan sesuai dengan pemakaian anda. Beg tangan yang besar walaupun bergaya, tidak sesuai dengan gaya baju longgar yang sering dipakai  ketika musim panas. Begitu juga dengan beg tangan kecil yang ada kalanya tidak sesuai dengan pemakaian anda. Pastikan anda menggayakan ia terlebih dahulu di hadapan cermin sebelum membuat keputusan.

 

 

TIP MENJAGA BEG TANGAN

Seringkali wanita asyik dalam membeli beg tangan sehinggakan terleka ataupun tidak tahu cara untuk menjaganya agar kekal cantik dan kelihatan seperti baharu. Seperti barangan lain, beg tangan juga memerlukan penjagaan yang khusus agar ia tahan dengan lebih lama. Beberapa tip yang boleh dikongsikan buat anda bagi memastikan beg tangan anda berada dalam keadaan yang baik.

  1. Lap beg seminggu sekali. Campurkan dengan sedikit sabun cecair dengan air suam dan gunakan kain lembap untuk membersihkan kotoran dibahagian luar beg tangan anda.

 

  1. Elak daripada menggunakan baby wipes, cuka atau sebarang home remedy untuk membersihkan kotoran. Rata-rata produk ini mempunyai bahan kimia yang boleh merosakkan warna dan mengeringkan kulit beg.

 

  1. Ketika anda membeli beg tangan, pastikan anda tidak membuang kertas atau kabus didalamnya.Masukkan semula ke dalam beg apabila anda tidak menggunakannya bagi mengekalkan bentuk asalnya.

 

  1. Elak daripada menyimpan beg di tempat yang mudah terkena cahaya matahari. Ia boleh menyebabkan kulit beg tangan anda cepat rosak dan melunturkan warnanya.

 

  1. Elak daripada memegang beg selepas anda memakai krim tangan.

 

  1. Sekiranya beg berbau, elak daripada menggunakan pewangi berasaskanaerosolkerana ia boleh melunturkan warna serta merosakkan kulit beg.

 

  1. Jika kamu tidak ada dustbag untuk menyimpannya, gantikan sahaja dengan sarung bantal.

 

 

Jangan Lupa Komen

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara Ideaktiv Sdn Bhd • Dikendali Oleh Astro Group

error: