Bergiat secara aktif dalam bidang peragaan menjadikan figura bernama Syazlin Suhaizan binti Zainal cukup dikenali di laman Instagram. Lebih mesra disapa Alin, wanita berusia 22 tahun ini juga pernah membintangi beberapa buah iklan komersial termasuklah KFC, Grab, Kopi Kapal Api dan Vinda Tissue. Selain rancak melebarkan sayap dalam dua bidang yang dicintai, Alin juga mempunyai perniagaan tudung jenama sendiri yang diusahakan sejak tahun 2016.

IKLAN

ANDA SEORANG YANG CUKUP TRENDY DAN FASHIONISTA. TERANGKAN SEDIKIT MENGENAI PENAMPILAN ANDA…

Saya lebih suka pada gaya yang ringkas dan minimalis. Denim dan ‘boot’ merupakan pilihan kegemaran saya dan boleh dikatakan pelengkap kepada gaya saya. Dua item tersebut cukup membuatkan saya berasa lebih yakin. Manakala stail saya pula lebih kepada gaya streetwear. Ia membuatkan saya rasa lebih selesa dan bersesuaian dengan apa jua majlis yang dihadiri terutama sekali ketika pergi travel.

SIAPAKAH IKON FESYEN PILIHAN ANDA?

Terlalu ramai! Saya suka melihat mereka yang cukup kreatif dalam menata gaya. Salah seorang ikon fesyen yang menjadi pilihan saya ialah Diana Korkunova . Dia merupakan salah seorang model dan socia media influencer yang cukup terkenal di Rusia. Saya suka melihat penampilan dia yang verstail dan trendy sepanjang masa dan boleh membawa gaya formal, kasual, sporty serta street style dengan baik.

LIHAT SAHAJA PADA LAMAN INSTAGRAM, BOLEH DIKATAKAN ANDA SEORANG YANG SUKAKAN PERCUTIAN. APAKAH YANG MEMBUATKAN ANDA UNTUK PERGI BERCUTI DAN MENGEMBARA?

IKLAN

Ya, saya amat suka pergi bercuti dan boleh dikatakan ia sebagai satu hobi. Perkara yang menarik minat saya untuk travel dan mengembara ke negara luar ialah untuk melihat budaya dan keistimewaan mereka. Contohnya seperti makanan, adat, tradisi dan lain-lain lagi. Selain menimba pengalaman baru, ia juga dapat membuka mata saya dari pelbagai aspek.

APAKAH PENGALAMAN MANIS YANG SUKAR DILUPAKAN KETIKA ANDA TRAVEL?

IKLAN

Pengalaman manis antaranya ialah apabila impian saya tercapai sejak masih kecil untuk pergi ke Paris. Saya cukup terharu dan bersyukur kerana berpeluang untuk ke sana dan melihat sendiri keindahan Eiffel Tower bersama ibu tercinta. Kami juga turut ke Paris Disneyland serta dapat melihat pertunjukkan bunga api yang begitu menakjubkan.

NEGARA MANAKAH YANG PALING ANDA SUKA LAWATI?

Sejujurnya, semua negara yang pernah saya lawati mempunyai kenunikan dan keistimewaan tersendiri. Namun jika diberi peluang sekali lagi, saya ingin melancong ke Norway. Saya seorang yang suka melakukan aktiviti-aktiviti lasak seperti bungee jumping dan menyelam. Ketika saya travel ke Norway suatu ketika dahulu, saya tidak berpeluang melakukan aktiviti-aktiviti tersebut dan hanya sempat melawat Preikestolen dan Manafossen sahaja . Jadi jika diberi kesempatan lagi, saya ingin ke sana untuk melakukan hal-hal tersebut.