Sempena Tahun 2019 yang menjelang tiba, pasti setiap daripada anda mempunyai azam baharu untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik. Begitu juga azam anda itu perlu seiring dengan penampilan yang bakal dibawa untuk sepanjang tahun 2019. Penampilan yang trendy dan stailo mampu meningkatkan keyakinan sekaligus menjadikan diri anda kelihatan lebih menarik. Nona kongsikan 4 tip mudah untuk serlahkan aura stailo sempena tahun baharu!

IKLAN

1. KOT BERBULU

Serlah Aura Stailo Di Tahun Baharu Dengan 4 Tip Mudah Ini!

Kot berbulu adalah antara item yang mempunyai aura yang kuat. Tidak kiralah jika anda menggayakan baju-t kosong bersama denim atau dress paras bawah lutut, sarungkan saja kot berbulu dan stail anda sudah sempurna!

2. SUBANG DEMPAK

Serlah Aura Stailo Di Tahun Baharu Dengan 4 Tip Mudah Ini!

Ya! subang memang memainkan peranan penting. Ini kerana ia berdekatan dengan wajah anda. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersolek, sekurang-kurangnya pakai subang dempak mampu memberi seri buat wajah anda. Pilih warna-warna ceria seperti jingga, hijau atau merah. Antara lain, anda juga boleh memilih anting-anting labuh berlabuci bagi memenuhi ‘kekosongan’ pada sekitar bahu anda.

IKLAN

3. BAJU-T BERMOTIF

Serlah Aura Stailo Di Tahun Baharu Dengan 4 Tip Mudah Ini!

IKLAN

Jangan pandang rendah kuasa baju-t kerana jika anda pandai memilih baju-t yang mempunyai nilai fesyen tersendiri, ia sudah cukup menyegarkan penampilan anda. Sebagai contoh, Nona cadangkan anda memilih baju -t yang mempunyai cetakan penuh dan mempunyai pelbagai rona. Harus diingatkan, jika anda memakai helaian seperti ini, lampirkan ia dengan denim kosong atau skirt polos. Elakkan memakai rantai ataupun subang kerana ia akan memberi kesibukan pada gaya anda.

4. KASUT BERWARNA

Serlah Aura Stailo Di Tahun Baharu Dengan 4 Tip Mudah Ini!

Ramai antara kita sering ketepikan sepatu yang sesuai ikut penampilan. Tahukan anda, sekiranya anda malas untuk bergaya atau mempunyai masa yang singkat, sepatu warna terang dengan sedikit perincian atau sulaiman unik sudah cukup membolehkan anda digelar ‘Ratu Fesyen’ di kalangan rakan-rakan anda.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI