Bersempena keluaran khas Edisi VIP Nona Disember 2017, Nona ingin menghadiahkan produk Clinelle WhitenUp EE Cream SPF 50 PA+++ (30ml) berharga RM 69.90 kepada 100 peserta bertuah yang menyertai peraduan #nonavip di Facebook rasmi @majalahnona.
Menerusi Facebook rasmi, anda hanya perlu bermain permainan mudah dan ikut cara-cara di bawah:
1. Masukkan gambar produk dengan kemas dalam kotak titik-titik tu.
2. Selepas berjaya, screenshot gambar tersebut.
3. Lampirkan screenshot anda tu di ruangan komen, tag dua (2) orang rakan dan jangan lupa letak hashtag #nonavip. Itu saja!
4. Lepas tu, kongsikan contest ni supaya ramai kawan-kawan anda yang lain pun boleh join dan menang krim EE Clinelle ni juga.
**Pemenang akan dipilih secara rawak oleh Nona dan berdasarkan penyertaan terawal. Wakil Nona akan menghantar mesej kepada akaun Facebook anda untuk mendapatkan maklumat peribadi, jika berjaya.
Ads
Clinelle WhitenUp EE Cream Penyelamat Kulitmu!
Ads
Impikan wajah flawless tanpa rasa tebal dilitupi bedak asas? Mahukan solekan sempurna yang bekerja untuk melindungi dan merawat kulit dalam satu masa? Jawapannya ada pada krim EE Clinelle ini. Ia ringan, lembut dan tidak melekit agar kompleksi wajah tampil lebih segar dan sekata.
Ads
Merintis revolusi krim EE atau Even Effect pertama di pasaran, Clinelle memperkenalkan produk terbarunya, WhitenUp EE Cream SPF 50 PA+++ yang menggabungkan manfaat penjagaan kulit dan solekan dalam satu. Ia berfungsi untuk memperbaiki dan menyamaratakan cela yang kelihatan, sambil memulihkan masalah kulit.
Melalui formula Advanced Skin Perfection Tri-Complex, krim pelembap ini mampu memberikan 15 efek kecantikan serta-merta dengan satu sapuan. Antaranya kesan pencerahan dan anti-penuaan, keupayaan melembap untuk sepanjang hari, perlindungan dari sensitiviti kulit, tabir suria serta antioksidan untuk kesihatan kulit. Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Ivory dan Natural.
Sesuai untuk semua jenis kulit serta telah diuji selamat oleh pakar dermatologi, WhitenUp EE Cream SPF 50 PA+++ juga terbukti berkesan, bebas paraben, bebas pewarna dan pewangi tiruan, bebas lanolin, bebas minyak mineral, bebas alkohol-SD dan bebas bahan komedogenik. Miliki penyelamat terbaik ini di AEON Wellness, Caring, Guardian, Watsons dan farmasi-farmasi terkemuka atau layari Facebook: Clinelle.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dengan sekali lafaz, penyanyi Shila Amzah, 33, bergelar isteri kepada kepada pempengaruh media sosial, Ubai Mz, 25, di Boathouse Ampang, di sini, jam 10.27 pagi ini.
Dengan sekali lafaz, pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan yang juga penyanyi era 1980-an, Datuk ND Lala dengan disaksikan jurunikah, Ustaz Hai Mohamad Khairi Hussein.
Shila atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Hamzah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 daripada Ubai, manakala hantaran dirahsiakan.
Shila berkata, dia bersyukur kini bergelar isteri Ubai. “Alhamdulillah, syukur ke hadrat llahi atas kelancaran majlis pernikahan, pagi ini. Kami berharap agar pernikahan ini menjadi satu ikatan abadi yang diberkati Allah.
“Saya lega kerana selepas melalui fasa pertunangan pada 27 Mei lalu, kami disatukan sebagai suami isteri di hadapan ahli keluarga terdekat dan sahabat yang disayangi.
Sementara itu, Ubai atau nama sebenarnya, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami dan bapa namun nampak sebak sebelum melafazkan akad nikah.
“Insya-Allah, saya sudah bersedia dan akan menjadi suami dan ayah yang terbaik untuk Shila dan Seth. Patutnya emak adakan, lagipun emak memang nak kami disatukan,” katanya.
Pada 30 Julai lepas, Rohani Jamal meninggal dunia pada jam 6.45 petang di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya akibat kanser ovari.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Penampilan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin sentiasa menjadi tumpuan. Tidak hanya dalam kalangan rakyat Selangor, bahkan pesona baginda turut dikagumi masyarakat berbilang kaum di seluruh negara. Raut wajah cantik dan lembut serta senyuman yang tidak lekang di bibir membuatkan ramai yang terpegun dengan keanggunan Tengku Permaisuri Norashikin.
Sempena sambutan Maulidur Rasul pada 9 November lalu, DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1441 Hijrah / 2019 peringkat Negeri Selangor di Stadium Malawati, Shah Alam.
Turut mengiringi keberangkatan baginda ialah DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan anakanda, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.
Terdahulu, DYTM Tengku Amir Shah memimpin perarakan sejauh dua kilometer bermula dari pintu gerbang Stadium Shah Alam. Segak menyarung baju melayu rona merah hati yang lengkap bersamping merah dan kuning…. Tengku Amir Shah tenang memimpin perarakan yang membabitkan hampir 4, 000 peserta daripada 77 kontinjen.
Majlis sambutan kemudian diisi dengan persembahan nasyid dan tazkirah khas Maulidur Rasul oleh Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid. Pada majlis ini, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Norashikin dilihat tampil sedondon dalam persalinan indah rona lembut merah jambu.
Sultan Selangor kelihatan segak mengenakan baju melayu merah jambu bersama samping songket kuning cair. Sementara Tengku Permaisuri Selangor pula anggun berbusana tradisi kurung merah jambu dan putih serta lengkap berhijab polos putih gading. Tampil dengan gaya sederhana, Tengku Permaisuri Norashikin turut dilihat menjinjit beg tangan berwarna putih selain memilih rantai mutiara putih sebagai pelengkap gaya. Ringkas namun tetap memukau!
Dalam majlis ini Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor turut meluangkan masa beramah mesra dan bersalaman dengan para hadirin. Sebelum mengakhiri majlis, DYTM Tengku Amir Shah turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang papan sepanduk dan kontinjen perarakan terbaik.
Kredit: Facebook Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, rakyat Malaysia digemparkan dengan berita pernikahan selebriti dan aktivis Mizz Nina yang mengumumkan dirinya sudah bernikah dengan seorang penyanyi rap yang juga aktivis berdarah kacukan Maghribi-US, Essam Muhammad.
Tiada angin tiada ribut, kedua-dua mereka disatukan dalam ijab kabul yang berlangsung secara tertutup di luar negara pada suku tahun kedua tahun ini.
Belum sebulan mendirikan rumah tangga, baru-baru ini menerusi perkongsian di media sosial Mizz Nina berkongsikan gambar dan video yang dia dan suami kini sedang berbulan madu di Santorini, Greece.
Sedang melalui fasa berbulan madu, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkongsi beberapa foto beliau dan Essam di sana.
Memakai persalinan biru, pasangan itu juga saling berkongsi pemandangan indah di kepulauan Greece yang merupakan lokasi percutian terkenal dan tercantik di dunia.
Tidak dipastikan sama ada mereka ke sana untuk urusan kerja juga atau tidak, ramai warga maya teruja melihat perkongsian kedua-dua pengantin baru tersebut malah teruja melihat Mizz Nina yang dilihat cukup bahagia menjalani kehidupan berumahtangga selepas melalui fasa penceraian bersama bekas suami, Noh Hujan tahun lepas selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.
Essam juga terdahulu mengumumkan perkahwinan di laman sosial rasminya sejurus selepas kenyataan daripada isteri dan mengakui bersyukur dengan kahadiran Mizz Nina dalam kehidupannya kini.
“Alhamdulilah, hidup ini indah bagi saya. Kata-kata sahaja tidak akan dapat menyatakan rasa syukur saya kepada allah yang telah mengurniakan wanita yang paling menakjubkan. Permaisuriku, hatiku, isteriku tercinta,” tulis Essam.
Nona mendoakan semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke jannah, amin.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap anak pasti menjadikan ibu mereka sebagai sosok inspirasi dalam kehidupan. Tidak terkecuali, Lisdawati Nazaruddin yang mengagumi dan menghargai jasa ratu hati kesayangan hingga ke saat ini ...