Suasana romantis di kepulauan Maldives menjadi lokasi pasangan beregu campuran badminton profesional negara, Goh Soon Huat dan Shevon Lai mengikat tali pertunangan. Menghadap laut dalam suasana senja, Goh Soon Huat dilihat melutut sambil melamar kekasihnya itu. Pasangan ini sedang bercuti di Maldives ketika ini.
IKLAN
Soon Huat, 32 tahun membuat pengumuman tersebut menerusi laman media sosialnya beberapa hari yang lalau selepas hampir setahun merancang untuk mencari destinasi yang sesuai serta cincin yang sempurna bagi melamar Shevon.
Pemain itu akhirnya memilih Maldives dan melamar Shevon kelmarin ketika matahari terbenam di pulau berkenaan.
IKLAN
“27/12/2022, Saya memberikan anda kejutan paling terbesar dalam percutian ini, meninggalkan memori yang indah dan tidak akan dilupakan dalam hubungan kita. Semuanya rasa berbaloi apabila awak bersetuju sambil mengalirkan air mata kegembiraan,” jelas Soon Huat menerusi kenyataan di media sosialnya.
IKLAN
Soon Huat sebelum ini beraksi sebagai pemain perseorangan lelaki, digandingkan bersama Shevon sebagai beregu campuran pada 2016 dan mengumumkan hubungan romantik mereka tahun lalu.
Soon Huat dan Shevon akan memulakan kalendar 2023 dengan beraksi di Kejohanan Terbuka Malaysia 10 Januari depan menentang pasangan Taiwan, Chang ko Chi dan Lee Chih Chen pada pusingan pertama.
Antara simptom yang ditunjukkan pesakit Covid-19 adalah demam, batuk dan selsema. Mungkin kita biasa alami perkara ini namun ia berubah lebih parah apabila kita mengalami kesukaran bernafas. Selain daripada mengikut saranan kerajaan untuk mengawal pergerakkan, kita juga boleh menjaga kesihatan dengan pengambilan vitamin semula jadi tertentu.
Air sangat penting untuk tubuh sentiasa dalam keadaan baik. Tapi anda juga perlu cuba membuat pemilihan makanan yang mempunyai sumber vitamin A, B dan C serta mineral yang hebat. Jangan panik dan terus buat keputusan untuk ke pasaraya sekarang. Anda boleh saja bermula dengan minum air lapan gelas sehari. Bila berkelapangan, cari buah-buahan dan sayur-sayuran yang sesuai ok!
Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kekurangan buah dan sayur-sayuran boleh mengakibatkan anda mudah letih, lesu, lemah, dan wajah menjadi pucat. Buah dan sayur-sayuran adalah sumber pelbagai mineral dan vitamin bagi tubuh. Tubuh memerlukan 45 zat gizi setiap hari.
Semakin banyak buah-buahan dan sayuran yang di ambil, semakin kuat tubuh anda melawan penyakit kerana ia mengandungi segala vitamin yang diperlukan tubuh.
Epal
Epal mengandungi vitamin A, B1, B2, B3, B5, B6, B9 dan vitamin C. ia juga mengandungi kalsium, magnesium, potassium dan zat besi. Serat yang terkandung pada epal juga sesuai untuk anda yang sedang diet!
Pisang
Pisang banyak mengandungi vitamin A. Pisang yang mudah dicerna menjadi sumber tenaga yang cepat dan baik, sesuai untuk anda yang berasa lesu di saat-saat cuaca panas ini. Malah pisang juga membantu menghilangkan rasa letih selepas seharian bekerja.
Betik
Betik juga mempunyai vitamin A. Selain buah dan daunnya, biji betik juga membantu menyembuhkan masalah pencernaan. Kandungan antiseptiknya membantu menjaga sistem pencernaan dari bakteria.
Tomato
Tomato kaya dengan antioksidan dan vitamin C, dan ia mengandungi phytochemicals seperti lycopene.
Tembikai
Buah tembikai adalah hero untuk hidrasi. Cecair yang terkandung di dalam buah tembikai adalah sesuatu yang amat anda perlukan di saat terik matahari membakar kulit. Lycopene yang terkandung dalam buah tembikai melindungi sel kulit dari bahang matahari. Dan tembikai juga membuatkan anda berasa kenyang, berita baik untuk anda yang berdiet.
Oren
Oren kaya dengan potassium, nutrien yang penting ketika musim panas. Anda kehilangan potassium melalui peluh, sehingga merisikokan menderita kejang otot. Oren mengandungi 80% air, cukuplah untuk tubuh anda rasa terhidrat.
Saderi
Saderi bukan saja sesuai untuk dijadikan jus saat cuaca panas begini malah ia juga sesuai untuk anda yang ingin mengurunkan berat badan tanpa membiarkan anda rasa terhidrat.
Salad
Sayuran berdaun hijau sangat bagus untuk badan. Bayam mentah (pilihan organik) dan kale yang mana tubuh anda akan mengubahnya menjadi vitamin A, melindungi kulit dari pancaran matahari. Kulit anda akan kekal segar dan lembap.
Penyanyi bersuara emas yang popular mendendangkan lagu-lagu keroncong ini rupa-rupanya bakal menerima ahli baru dalam keluarganya. Hetty Koes Endang atau lebih mesra disapa Bunda Hetty ini telah melangsungkan majlis pertunangan anak perempuannya.
Mengadakan majlis dalam situasi pandemik ini bukan suatu perkara mudah dan perlu dirancang dengan teliti. Ini turut diperakui oleh Bunda Hetty melalui coretannya di media sosialnya. “Tidak mudah bisa mengadakan acara seperti ini dalam situasi kemarin.
Foto: Instagram @hke57Foto: Instagram @hke57
Penuh dengan hati-hati, penuh dengan penjagaan komunikasi, penuh dengan doa. Tapi memang semua itu indah pada waktu yang sudah ditentukan. Alhamdullillah,” tulis penyanyi lagu Kasih ini yang kelihatan memakai pelindung muka di sepanjang majlis berlangsung.
Bunda Hetty kelihatan cantik di samping anaknya mengenakan baju kurung moden. Lebih menarik apabila majlis pertunangan puteri bongsu Bunda Hetty, Afifah Yusuf dan Faldo Arsanda ini adalah pertembungan antara adat Bugis Makassar dan Padang.
Coret Bunda Hetty, “Pertemuan antara adat Bugis Makassar dari keluarga suami Bunda dan juga adat Padang dari keluarga anakanda Faldo menjadi fokus utama kemeriahan yang sederhana kemarin. Khidmat, initimate, dan memorable. Mohon doa dari semua,” tulis isteri kepada Dr. Yusuf Erwin Faisal ini.
Foto: Instagram @hke57; kredit: @kisahketika
Dalam pada itu Bunda Hetty telah mendedikasikan ucapannya terhadap puteri bongsunya yang baru berusia 24 tahun itu. Tergambar perasaan sarat dengan kasih dari seorang ibu di setiap bait tulisannya.
Melihat peda kejayaan demi kejayaan yang dikecapi Neelofa, seorang usahawan selebriti yang cukup disegani ramai, pastinya sudah banyak impiannya dah tercapai hasil usaha kerasnya dalam industri.
Dan baru-baru ini, Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan yang dirinya berhajat untuk bergelar seorang guru mengajar Al-Quran.
Menerusi hantaran di Tiktok nunha.co, Neelofa yang juga isteri kepada Haris Ismail ini berkata, dia bersyukur kerana semua impiannya sebelum ini sudah pun tercapai kecuali mengajar seseorang belajar Al-Quran selepas membaca perkongsian hadis.
@nunha.co MasyaAllah semua cita cita dah tercapai! Tapi ada satu lagi, nak jadi guru ajar mengaji. InsyaAllah one day tercapai cita cita @neelofa ♬ original sound – Innai Nunha HQ
“Alhamdulillah, banyaklah yang tercapai mimpi-mimpi impian tu. Tapi, yang tak tercapai lagi kalau pekerjaan yang saya nak buatlah.. sebab ada hadis yang cakap ‘sebaik-baik pekerjaan adalah belajar Al-Quran dan mengajar. Dan, saya naklah reti belajar mengajar, ajar mengaji pulak. Itu impian saya,”ujarnya.
Tambah Neelofa lagi, bilangan anak murid bukanlah tidaklah penting asalkan impiannya itu terlaksana.
“Walaupun tak mengajar mengaji ramai, ajar mengaji beberapa orang cukuplah, sekadar memenuhi impian itu. Sekadar boleh, ada kemampuan untuk mengajar mengaji. Jadi, doa-doakanlah,” ulas Neelofa.
Sementara itu, suami Neelofa turut mengatakan semua impian isteri tercintanya sudah pun tercapai kecuali menambah ilmu pengetahuan tentang agama dan konsisten untuk belajar bab-bab keagamaan.
Untuk makluman, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris pada 27 Mac 20221 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Muhammad Bilal pada 29 Januari tahun lalu. Kini, Neelofa sedang hamil anak kedua.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona