Kesempatan cuti panjang ketika menyambut hari lebaran ramai yang mengambil peluang untuk keluar bercuti. Namun, apa yang menarik perhatian apabila melihat entri pelakon Sharifah Sakinah Al-Khaired di laman Instagram yang kelihatan sedang berlari-lari anak menuju ke pesawat yang bakal dinaikinya. Dalam kenyataannya, ibu kepada seorang anak ini telah melakukan phone detox selama 3 hari atau 72 jam.

IKLAN

Biasanya kita dengar tentang orang melakukan detoks tubuh dengan minum air lemon atau campuran buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengeluarkan racun-racun atau sisa toksin dalam tubuh. Ini phone detox pula, bagaimana ya? Nanti kalau berkesempatan berjumpa dengan Sakinah, nak tanya bagaimana perasaan dia hidup 3 hari tanpa telefon pintar.

Rupa-rupanya selebriti Barat sudah lama melakukan phone detox ini demi kesejahteraan hidup mereka. Sebagai contoh, pada tahun 2016, Selina Gomez (selebriti yang mempunyai pengikut paling ramai di dunia iaitu 138 juta di laman Instagram) telah ‘menarik diri’ dalam dunia digital setelah tersedar bahawa dirinya mengalami kebergantungan yang tak sihat pada peranti digital ini. Selena Gomez mengambil masa selama 3 bulan lamanya untuk phone detox. Agak-agaknya kita mampu untuk melakukannya atau tidak.

Penyanyi terkenal Ed Sheeran juga pernah melakukan phone detox pada tahun 2015. Penyanyi ini mula tersedar apabila dia merasakan dirinya melihat dunia luar melalui skrin telefon pintarnya bukan dengan matanya sendiri.

Terdapat juga saranan 7 hari tanpa telefon iaitu;

ISNIN

Unfollow orang yang kita tak kenal dan unsubscribe yang tidak diperlukan daripada email. Kemudian buang semua apps yang tidak digunakan.

SELASA

Tutup semua butang notifacation.

IKLAN

RABU

Cuba biasakan diri tidak memegang telefon pintar sebaik sahaja bangun daripada tidur.

KHAMIS

Jangan charge telefon pintar anda di dalam bilik tidur. Sebaik-baiknya 1 jam sebelum tidur jangan melihat langsung telefon pintar anda.

IKLAN

JUMAAT

Keluar makan malam bersama keluarga atau teman-teman, tinggalkan telefon pintar di rumah sahaja.

SABTU

Lalui hujung minggu ini dengan tidak mengemaskini laman media sosial apatah lagi untuk upload gambar.

AHAD

Tutup telefon pintar sepanjang hari ini.