MashaAllah, hati ibu bapa mana tak ‘sejuk’ apabila anak sendiri menyuarakan pendirian mereka untuk berubah ke arah kebaikan. Semoga hasrat anak sulung Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan Datin Dr Halina Yunos ini kekal istiqamah untuk menutup aurat.

IKLAN

Bersempena kedatangan bulan Ramadan penuh mulia, pastinya ia menjadi khabar gembira buat bapa kepada enam anak ini.

Berkongsi video yang memaparkan anak gadisnya, Sophea Isabella dan Sophea Natasha cuba memakai tudung di media sosial, ternyata video tersebut meraih perhatian ramai.

Bahkan followers Dato’ Dr Sheikh Muszaphar juga teruja apabila anak sulung angkasawan negara ini iaitu Sophea Isabella atau mesra disapa Bella menzahirkan niat berkenaan.

Baca https://www.nona.my/hamil-5-bulan-ibu-6-anak-datin-dr-halina-gigih-bawa-anak-bertarawih/

“She’s Ready To Wear Hijab,” Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Sejuk Hati & Sebak Anak Sulung Dah Remaja!
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar

Kredit Instagram @drhalina

“Bella kata she’s ready to wear hijab. Sejuk hati Daddy. Tiba-tiba sebak pula.

You are only 12. And you seem all grown up. I advised her to wait when her menses arrived.

Start with shawl first. Just to be sure am I doing the right thing?”

Rata-rata peminat mendoakan kesejahteraan Bella dan berharap anak gadis ini istiqamah menjadi muslimah sejati. Malah pelbagai pandangan positif diberikan kepadanya termasuk gaya dan material tudung yang sesuai untuk mereka yang baru berhijab.

IKLAN

“She’s Ready To Wear Hijab,” Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Sejuk Hati & Sebak Anak Sulung Dah Remaja!
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar
“She’s Ready To Wear Hijab,” Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Sejuk Hati & Sebak Anak Sulung Dah Remaja!
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar
“She’s Ready To Wear Hijab,” Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Sejuk Hati & Sebak Anak Sulung Dah Remaja!
Kredit Instagram @drsheikhmuszaphar

Bella merupakan anak sulung daripada enam beradik dan dia menjadi perhatian followers ibu bapanya kerana sering memperoleh keputusan akademik yang cemerlang.

Sebelum ini, Dato’ Dr Sheikh pernah memberitahu bahawa Bella seorang pelajar genius dan terpilih menyertai program Permata Pintar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

IKLAN

Baca https://www.nona.my/umur-11-tahun-tahap-iq-lebih-130-datuk-sheikh-muszaphar-tak-sangka-anak-sulung-genius/

Dato’ Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga dengan Datin Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober 2010. Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Sophea Isabella yang lahir pada 21 Julai 2011 dan Sophea Natasha lahir pada 19 Januari 2013.

Cahaya mata kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah pula lahir pada 27 Julai 2017 serta sepasang kembar Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang kini berusia dua tahun. Dr Halina kini dilaporkan hamil anak ketujuh.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI