Saban tahun, rakyat Malaysia pasti berasa teruja dan bersemangat menanti kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos. Tahun ini adalah yang ke-64 kemerdekaan buat Malaysia. HABIB menjadikan kisah hidup si rama-rama sebagai sebuah metafora dan inspirasi untuk kempen kemerdekaannya, Keindahan Merdeka.

Ads
Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Karya ‘National Aspiration’ oleh Najib Bamadhaj.

Rama-rama mencerminkan sebuah harapan untuk Malaysia mencapai sesuatu yang lebih baik di samping cabaran yang sedang ditempuhi sekarang iaitu pandemik Covid-19. HABIB menjadikan spesis rama-rama sebagai metafora agar rakyat Malaysia terus bersatu dan berjuang bersama untuk memutuskan rantaian wabak ini, serta harapan ke arah masa depan yang lebih cerah.

Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad bersempena kempen Keindahan Merdeka.
Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Didapati dalam 3 warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose.
Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 14K.

Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIBSi Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIBMenurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib, situasi pandemik Covid-19 yang telah memberi impak yang sangat besar kepada kita semua seharusnya membuatkan kita lebih menghargai erti ‘kemerdekaan’ di mana kita semua terpaksa berkurung di rumah untuk tempoh yang lama bagi mengawal penularan pandemik ini.”

Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Pengerusi Eksekutif Kumpulan HABIB, Dato’ Sri Meer Habib.

Selaras dengan kempen Keindahan Merdeka pada tahun ini, HABIB membawa kelainan dan idea baharu dengan bekerjasama bersama pelukis tempatan yang serba berbakat, Najib Bamadhaj. Najib mempunyai kreativiti dan keunikan yang tersendiri dalam menyampaikan makna sebuah kemerdekaan melalui karya-karya lukisan yang dihasilkannya. Setiap karya yang dilakarkan Najib menerapkan elemen metafora dan penceritaan yang unik, bersesuaian dengan tema kempen Merdeka HABIB yang bertujuan menyampaikan mesej harapan Malaysia ke arah masa depan yang lebih baik.

Ads
Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Pelukis tempatan yang sangat berbakat, Najib Bamadhaj.

Istimewa pada tahun ini, HABIB mengeluarkan Koleksi Wafer Emas 999 Edisi Terhad bersempena kempen Keindahan Merdeka. Rekaan koleksi ini diilhamkan daripada lima sepsis rama-rama indah yang boleh dijumpai di kawasan Semenanjung Malaysia dan Borneo seperti Rajah Brooke Birdwing, Malay Lacewing, Emerald Swallowtail, Long-Tailed Blue dan Paper Kite Butterfly. Spesis rama-rama terpilih ini mempunyai bentuk dan warna yang menyerlah dan mempersonakan.

Ads
Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Koleksi Wafer Emas 999 yang sesuai dijadikan hadiah, pelaburan mahupun simpanan.

Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIBSesuai dijadikan hadiah, pelaburan atau untuk koleksi simpanan, koleksi Wafer Emas 999 ini didatangkan dengan rekaan serba eksklusif yang mengetengahkan kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama tersebut. Juga seiring dengan kempen Merdeka ini, HABIB memperkenalkan koleksi-koleksi baharu yang diinspirasikan daripada rama-rama, dan boleh didapati dalam tiga warna iaitu emas kuning, emas putih, dan emas rose, dan disediakan dalam jenis-jenis emas 22K, 18K dan 14K.

Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Mengetengahkan kecantikan dan keunikan setiap satu spesies rama-rama terpilih
Si Rama-Rama Simbolik Metafora & Inspirasi Untuk Kempen Merdeka HABIB
Didatangkan dengan rekaan serba eksklusif.

Sebagai jenama barangan kemas tempatan terkenal, HABIB menyeru rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali sejarah kemerdekaan untuk membangkitkan semangat patriotik dan menghargai nilai kemerdekaan yang telah dicapai sekian lama. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang www.habibjewels.com dan ikuti kami di laman sosial rasmi Instagram (@habibjewelsofficial) dan Facebook (@HABIB).

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI