“Mak ayah dah tua, tak payahlah bergerak sangat, duduk rehat saja…” Kerna sayang, inilah nasihat anak-anak ketika melihat ibu bapa tersayang membuat aktiviti luar. Tapi sebenarnya, benarkah warga emas tak perlu bersenam?

Bersenam dan sentiasa kekal aktif bukanlah sesuatu yang normal dikaitkan dengan warga emas kerana mereka sering dianggap sebagai tidak boleh melakukan sesuatu yang memerlukan tenaga yang banyak atau mudah tercedera.

IKLAN

Namun begitu, ini jauh dari kebenaran kerana mereka yang berada di usia emas harus melakukan aktiviti fizikal dengan kerap serta boleh mendapat manfaat daripada menggabungkan latihan kekuatan otot dalam rutin senaman harian mereka.

Senaman dan pergerakan yang kerap dapat memberikan manfaat kepada tubuh seseorang. Ia bukan sahaja membina kekuatan otot tetapi juga boleh mengatasi masalah kelesuan dan kelemahan badan yang dialami oleh warga emas seiring dengan penuaan mereka.

Siapa Bilang Orang Tua Tak Perlu Bersenam, Sekali Pakar Ortopedik Ini Terangkan Fakta Sebenar!
Dr Ng Swee Soon

 

Walaupun mereka mungkin mengalami pelbagai masalah ortopedik yang disebabkan oleh kadar penyembuhan otot, kehilangan jisim otot dan kepadatan tulang yang semakin berkurangan, namun penerangan pakar ini jelas sebaliknya.

Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik dan Trauma daripada Pusat Perubatan Sunway Velocity, Dr Ng Swee Soon berkongsi bahawa pemulihan atau penyakit yang sering terjadi di kalangan warga emas seperti osteoarthritis, patah atau retak tulang, sendi terkehel dan osteoporosis dapat dikurangkan dengan senaman.

“Individu dengan masalah sendi seperti osteoarthritis masih boleh bersenam dengan selamat. Malah, bersenam dapat membantu mengekalkan kesihatan sendi dan meningkatkan kekuatan otot mereka.

Antara senaman yang boleh dilakukan ialah berjalan, melakukan regangan dan rutin berimpak rendah seperti tai chi. Jika seseorang itu tidak selesa untuk bersenam bersendirian, melakukan senaman berkumpulan bersama rakan juga boleh menjadi cara terbaik untuk bermula.

Tidak ada kata terlambat untuk mula bersenam. Mulakan dengan senaman yang mudah dan ringan untuk mengelakkan kecederaan, kemudian tingkatkan intensiti senaman apabila keadaan tubuh dan tahap kecergasan bertambah baik.

Namun, warga emas perlu berhati-hati dengan penyakit jantung atau paru-paru yang boleh mengehadkan keupayaan mereka untuk bersenam. Rujuk doktor apabila mempunyai keraguan.

Alternatif lain yang boleh dipertimbangkan ialah berjumpa ahli fisioterapi atau jurulatih fizikal untuk merangka pelan senaman khas untuk anda. Secara umumnya, senaman berimpak rendah yang boleh meningkatkan stamina dan meningkatkan kekuatan tubuh adalah disyorkan.” Dr Ng

Siapa Bilang Orang Tua Tak Perlu Bersenam, Sekali Pakar Ortopedik Ini Terangkan Fakta Sebenar!

 

****************

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)

****************

 

Beliau menekankan bahawa warga emas harus sentiasa peka dengan tubuh mereka. Pada peringkat permulaan, mungkin terdapat sedikit kesakitan dan ketegangan selepas bersenam, namun mereka perlu mendapatkan konsultasi doktor jika mengalami kesakitan yang berpanjangan untuk mengetahui jika terdapat sebarang kecederaan.

Untuk menjaga kesihatan warga emas, Dr Ng berkongsi bahawa terdapat pengubahsuaian ergonomik yang boleh dibuat di rumah untuk membantu warga emas mengekalkan kualiti hidup yang selesa.

“Mengubahsuai rumah bagi memastikan tiada perkara yang boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan warga emas apabila keupayaan fizikal mereka berubah adalah faktor penting yang harus dititik beratkan apabila umur seseorang individu itu semakin meningkat.

Pastikan lantai sentiasa kering dan mempunyai ciri keselamatan seperti menggunakan tikar tidak licin, susur tangan (handrail) di kawasan licin seperti bilik air dan pada permukaan yang tidak rata seperti tangga. Kesemua ini adalah faktor yang boleh melindungi warga emas semasa mereka berada di rumah.” Dr Ng

IKLAN

 

BAGUS UNTUK KESIHATAN

Siapa Bilang Orang Tua Tak Perlu Bersenam, Sekali Pakar Ortopedik Ini Terangkan Fakta Sebenar!
Dr Foo Yoke Long

Selain menguatkan keadaan fizikal seseorang, senaman juga boleh menguatkan jantung dan menambah baik peredaran darah di dalam badan.

Dr Foo Yoke Long, Pakar Perunding Kardiologi dan Perubatan Dalaman di Pusat Perubatan Sunway Velocity turut berkongsi bahawa peningkatan peredaran darah akan turut meningkatkan kadar oksigen di dalam tubuh dan mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung seperti kolesterol tinggi, penyakit koronari arteri dan juga serangan jantung.

Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap dapat meningkatkan kekuatan dan daya tahan diri serta boleh membawa kepada peningkatan kesihatan jantung dan paru-paru, serta membuatkan seseorang lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti harian mereka.

“Ia selamat untuk kebanyakan warga emas berumur lebih 65 tahun untuk bersenam. Malah kebanyakan pesakit yang mempunyai penyakit kronik boleh bersenam dengan selamat. Ini termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes, dan juga arthritis. Kebanyakan daripada penyakit seperti ini boleh bertambah baik dengan senaman.” Dr Foo

Siapa Bilang Orang Tua Tak Perlu Bersenam, Sekali Pakar Ortopedik Ini Terangkan Fakta Sebenar!

 

IKLAN

Dr Foo menjelaskan bahawa sesetengah warga emas mungkin akan merasa teragak-agak untuk melakukan senaman fizikal selepas menjalani prosedur jantung, namun beliau menyatakan bahawa bergerak aktif sebenarnya boleh menguatkan jantung dan membantu proses pemulihan.

Pesakit juga boleh menjalani rehabilitasi jantung yang merupakan sebuah program senaman berstruktur untuk membantu pesakit pulih daripada serangan jantung atau penyakit-penyakit jantung yang lain termasuklah kegagalan jantung serta pembedahan angioplasti dan pintasan jantung (heart bypass surgery).

Walaupun rehabilitasi jantung mungkin berbeza bagi setiap pesakit, ia terdiri daripada empat fasa utama – fasa akut, di mana ahli fisioterapi akan bekerjasama dengan pasukan penjagaan kesihatan untuk membantu pesakit mendapatkan semula mobiliti di hospital, fasa subakut yang akan dilakukan setelah pesakit discaj daripada hospital, terapi intensif pesakit luar dan akhir sekali, senaman berterusan secara kendiri untuk mengekalkan kesihatan optimum dan mencegah kemungkinan untuk mendapat masalah jantung pada masa hadapan.

Dr Foo menambah bahawa warga emas tidak perlu risau apabila badan mereka tidak mendapat tindak balas yang sama terhadap senaman seperti ketika mereka muda dahulu.

“Kembali cergas akan berbeza-beza pada setiap peringkat umur, jadi cuba untuk tidak terlalu berharap untuk mencapai tahap kecergasan yang anda alami beberapa dekad yang lalu. Sebaliknya, berbincanglah dengan doktor anda tentang jenis senaman selamat yang anda boleh lakukan beberapa kali seminggu.

Apa yang penting ialah, warga emas perlu peka dengan keadaan tubuh mereka serta tahu apakah limitasi yang mereka boleh lakukan. Kebanyakan perkara yang berlaku ialah warga emas terlalu bersemangat ketika bersenam sehingga boleh membawa kepada keletihan yang melampau – terutamanya jika mereka sudah lama tidak bersenam.

Perhatikan tanda-tanda bahawa anda mungkin terlampau memaksa diri seperti rasa pening, loya, sakit badan atau rasa letih yang keterlaluan lalu ambil masa untuk berehat.”

Siapa Bilang Orang Tua Tak Perlu Bersenam, Sekali Pakar Ortopedik Ini Terangkan Fakta Sebenar!

 

KESEIMBANGAN

Pemakanan, senaman dan tidur yang mencukupi adalah tiga faktor kepada kehidupan yang sihat. Meskipun jangka hayat seseorang boleh bertambah dengan hanya menambah baik satu daripada tiga faktor gaya hidup ini, beberapa kajian baru-baru ini telah mencadangkan bahawa meningkatkan kualiti ketiga-tiga faktor ini mungkin merupakan cara yang lebih baik untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental.

Belajarlah tentang bagaimana aktiviti ini memberi kesan antara satu sama lain adalah sesuatu yang penting untuk memahami mengapa kajian telah menunjukkan bahawa apabila anda lebih banyak memperbaiki gaya hidup anda, kesejahteraan anda akan turut menjadi bertambah baik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI