Bagi yang selalu mengikuti perkembangan Vivy Yusof pasti terinspirasi dengan kehidupan bahagia usahawan popular ini. Cukup bertuah kerana dikurniakan wajah cantik, bijak, berjaya dan terkenal, tidak dinafikan kehidupan wanita yang bakal berusia 35 tahun pada Disember nanti menjadi dambaan setiap orang.
Setiap kali menikmati percutian di samping keluarga tidak kira di dalam mahupun luar negara, kebanyakan ‘followers’ kagum dengan penampilan menawan Vivy. Apatah lagi dengan statusnya sebagai ibu kepada empat orang anak, Vivy masih mampu tampil cantik bergaya.
Terbaharu, pengasas FV Group ini terbuka berkongsi percutiannya ke Kota London bersama empat cahaya mata tanpa bantuan pembantu rumah.
Mengakui agak risau untuk bercuti ke luar negara dengan keempat-empat anak yang masih kecil, Vivy dan suami bagaimana pun pasrah harungi cabaran bersama-sama.
Mendedahkan perkara tersebut, ini coretan Vivy pada hari pertama mereka tiba di London.
“Day 1 in London. Sleep deprived from the long plane ride. Everyone is jetlagged and moody. Changed diapers, Idris eats so much and poops all the time. Mariam and Sarah are constantly arguing.
Sarah wants her princess dress and insists that Kakak (pembantu) flies to London to send it. Daniel sobbed at lunch because there’s no WiFi in the apartment and wants to go back to Malaysia.
I almost got pickpocketed on Oxford Street while carrying Idris with one hand and holding Sarah with the other hand. The lady dipped her hands in my bag and had a friend ready to pass items to. Thank God Idris’ diapers were at the top. Screamed at her and her friend.”
Kongsinya lagi, dia terpaksa bersabar dengan ragam anak-anak yang enggan makan selain berdepan kesukaran untuk menukar lampin anak kerana bilik persalinan bayi di Selfridges berkunci.
Malah, dia dan suami juga bergilir-gilir mendukung anak yang sedang tidur kerana hanya membawa satu stroller saja.
View this post on Instagram
Apa-apa pun, Vivy tetap bersyukur kerana suami saling membantu dan menikmati momen ‘istimewa’ berkenaan bersama-sama.
Memang bercuti dengan anak-anak kecil memerlukan toleransi dan kesabaran ibu bapa yang tinggi. Tapi itulah ‘kemanisan’ bercuti dengan anak-anak, nanti mereka sudah besar pasti ibu bapa merindui saat seperti ini.