Sehari selepas mendedahkan wajah putera sulungnya, Muhammad Bilal pada awam menerusi hantaran video di Instagramnya, semalam kelihatan pelakon dan usahawan terkemuka, Neelofa dan suami, Haris membawa Bilal bercuti buat pertama kalinya.
Memilih Langkawi sebagai lokasi percutian, tular video dikongsikan seorang pengguna TikTok memaparkan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail dan anak mereka Muhammad Bilal berada di Langkawi untuk bercuti.
Menerusi video itu, kelihatan Neelofa mendukung Bilal ditegur oleh peminat yang berada di lapangan terbang. Neelofa juga kelihatan sangat ramah melayan peminat yang semestinya teruja melihat lebih dekat wajah Bilal sehari selepas Neelofa mendedahkannya pada umum.
Di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat Neelofa dan keluarga kecilnya pergi bercuti selepas mendedahkan wajah anaknya kepada umum malam tadi. Malah, pemilik video tersebut turut meluahkan rasa teruja apabila dapat melihat Bilal secara dekat serta memuji anak selebriti itu sememangnya comel dan gebu.
Ads
Tidak kurang juga, ramai memuji penampilan pasangan itu yang tampil simple dan bersederhana. Dalam video tersebut, kelihatan Neelofa memakai hijab dan niqab serta persalinan berwarna hitam di samping menyarung jaket berwarna coklat, dan suaminya pula memakai seakan-akan jumper dan seluar track berwarna hitam. Rata-rata ramai yang memuji penampilan ringkas lagi sederhana pasangan kesayangan ramai ini. Tak kurang juga yang mendoakan kesejahteran dan yang baik-baik saja buar Neelofa sekeluarga.
Ads
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terhibur dengan gelagat Isaac Raees. Sesiapa pun yang tengok telatah anak selebriti ini pasti tertawan dengan kecomelan buah hati Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim Ridza berkenaan.
Lumrah menjadi anak selebriti, Isaac juga tidak terlepas daripada tempias dunia glamor ibu dan ayah. Apatah lagi melihat gelagat anak kecil ini yang petah berbicara dan fasih cakap Melayu!
Meskipun ibu tersayang, Zahirah berketurunan British namun dia dan Aiman selesa mendidik anak sulung mereka berkomunikasi dalam Bahasa Melayu.
Dilaporkan aktres jelita ini dibesarkan di Sheffield, London dan Perth, Australia. Zahirah turut mempunyai darah keturunan British dari sebelah bapa dan Melayu dari ibunya.
Sebagai anak kacukan pasti dia fasih berbahasa Inggeris namun Zahirah dan aktor kacak tersebut selesa cakap Melayu dengan anak lelaki sulung mereka.
Leka dibuatnya kalau tengok video-video Isaac yang dikongsikan Aiman dan Zahirah di media sosial mereka. Bukan saja bijak, Isaac juga seorang anak yang ceria dan suka senyum.
5 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran Isaac Raees. Diam tak diam, sudah empat tahun usia permata hati Aiman dan Zahirah ini.
Menerusi perkongsian di media sosial, pasangan selebriti romantis tersebut mengadakan majlis ulang tahun kelahiran ke-4 Isaac Raees bertemakan kereta ‘Super Fast’ baru-baru ini.
Dalam majlis berkenaan, keluarga bahagia ini tampil sedondon dalam t-shirt rona biru gelap.
Sebagai ibu, Zahirah tidak ketinggalan menitipkan ucapan hari lahir buat Isaac. “Happiest 4th birthday my first-born baby. Mummy, Daddy & Inara love you so much!!”
Sementara itu, Aiman juga mengambil kesempatan meluahkan ucapan istimewa buat anak kesayangan.
“Happy 4th birthday Isaac Raees. Daddy is so proud of you. You are such a wonderful son. You are such a sweetheart and loving. Daddy doakan Isaac jadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat. I love you my son!”
Zahirah selamat melahirkan anak sulungnya ini pada tanggal 5 Januari 2021 di Perth, Australia.
Suri hati Aiman Hakim ini juga menimang cahaya mata kedua yang merupakan bayi perempuan pada 31 Disember 2024.Puteri kesayangan Aiman dan Zahirah ini diberi nama Inara Raisa.
Zahirah MacWilson mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki pendidikan di aras yang tinggi walaupun sudah bergelar ibu dan isteri bukan lagi sekadar impian malah ia boleh menjadi kenyataan buat seorang wanita bergelar ibu dan isteri. Walaupun sudah mempunyai dua cahayamata yang masih memerlukan perhatian penuh, penyanyi Ana Raffali berkongsi kegembiraan kerana berjaya menamatkan pengajiannya di peringkat Ijazah Sarjana baru-baru ini.
Anna Raffali atau nama sebenarnya Ana Nur Hidayah Mohd Raffali berkongsi posting penuh kegembiraan di laman Instagram miliknya yang memaklumkan dirinya berjaya memperolehi Ijazah Sarjana dalam bidang Teknologi Pengajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Penyanyi yang popular menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku ini turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang memberikan kepercayaan dan bantuan sepanjang pengajiannya itu. Nampaknya, Ana bukan sahaja berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar, malah kini tekah menambah satu lagi portfolio dalam dirinya sebagai tenaga pengajar!.
Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Teaching English as a second language (TESL).
Kejayaan Ana Raffali membuktikan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu bukanlah halangan untuk dirinya berjaya mengenggam ijazah sarjana yang diimpikan itu. Malah Ana turut terlibat dalam pelbagai program yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan antaranya termasuklah KEMAS dan sebagainya. Sebagai graduan Education in TESL, Ana Raffali berkongsi 4 strategi yang telah terbukti boleh membantu sesiapa menguasai apa sahaja yang diingini.
Sekadar informasi, nama Ana pernah menjadi perhatian selepas dinobatkan pemenang utama di Anugerah Juara Lagu ke-25 menerusi lagu Tolong Ingatkan Aku. Selain itu, Ana juga turut popular menerusi lagu Kalau Berpacaran, Hujan Bunga Di Kuala Lumpur dan Hari Hari Hari Raya.
Ana Raffali mendirikan rumahtangga dengan Ahmad Aznaim Abdullah pada 25 Februari 2012. Pasangan ini dikurniakan dua orang cahayamata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lumrah wanita, macam tak sah kalau tak membeli-belah pada musim perayaan ni. Tapi dalam sekian banyak item baru di pasaran, barang apa yang patut dibeli sebagai persiapan Hari Raya Aidiladha nanti?
Senarai 7 item terbaharu ini mesti dimiliki buat menyerikan lagi ibadah Raya Haji. Anda boleh beli untuk diri sendiri atau hadiahkan untuk orang tersayang.
NUTOX YOUTH RESTORING
Sebelum raya menjelang tiba, anda yang mempunyai kulit sensitif sesuai menggunakan Nutox Youth Restoring ini. Ia merupakan penyelesaian bagi masalah anti-penuaan dan kulit sensitif, membantu meningkatkan kolagen, memperbaiki keanjalan kulit tanpa mencetuskan keradangan, membuatkan ia selamat dan berkesan bagi kulit sensitif.
Tip:Tanda-tanda kulit sensitif adalah ruam, jerawat dan gatal-gatal, selain kemerahan atau rasa terbakar apabila mengenakan sesuatu produk penjagaan kulit.
GIVENCHY GV ANIMA
Bergaya pulang ke kampung halaman dengan cermin mata hitam Givenchy ini. Model baru GV Anima dalam rona havana menitipkan stail pop British yang menyerlah.
Tip:Pemakaian cermin mata hitam sememangnya penting bukan kerana gaya semata tapi bagi melindungi mata ketika memandu di bawah cahaya terik matahari.
KOLEKSI HARRY POTTER X PANDORA
Beraya tanpa perhiasan kemas tentu kurang serinya. Terbaru dilancarkan, koleksi Harry Potter X Pandora yang diinspirasikan daripada karakter dan simbol ikonik dalam filem Harry Potter cukup chic menghiasi pergelangan tangan dan tubuh badan anda.
Tip:Perhiasan kemas dalam rona perak boleh digandingkan dengan rona gangsa dan emas. Teknik layering ini membuatkan pemakai nampak lebih unik dan berciri lebih individualistik.
ANMUM ESSENTIAL GOLD
Kanak-kanak masa kini yang berusia satu hingga enam tahun tergolong dalam kategori generasi Alfa atau generasi yang dilahirkan dalam dunia digital yang pantas. Sebagai ibu, berikan mereka Anmum Essential Gold ini yang dirumus secara saintifik dengan nutrien penting untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan mereka.
Tip:Susu yang berkhasiat amat penting untuk si manja anda. Berikan susu yang berkhasiat, lengkap segala nutrien dan bebas pemanis tiruan untuk kesihatan anak tersayang.
FOREO UNTUK ATASI MASKNE
Masalah kulit seperti jerawat dan kemerahan akibat pemakaian pelitup muka sepanjang PKPP ini boleh mengakibatkan maskne. Apatah lagi jika pelitup muka dipakai dalam tempoh yang lama. Atasi masalah ini dengan FOREO Luna 3 untuk mencegah timbunan minyak dan bakteria, sekaligus membantu membersihkan liang pori yang tersumbat akibat pemakaian pelitup muka.
Tip:Pemakaian pelitup muka masih wajib dipakai di tempat awam bagi menbendung penularan COVID-19. Elakkan memakai pelitup muka yang sama dan selalu bersihkan pelitup muka boleh dibasuh supaya tidak menjadi punca maskne.
FENTY SLIP SHINE LIPSTICK
Lemparkan senyuman manis dengan gincu rona berkilau Slip Shine Sheer Shiny daripada Fenty Beauty. Tekstur lembut bagaikan mentega cair di bibir, gincu ini cukup cantik dioles sewaktu bertemu sanak saudara dengan 10 warna manis menawannya.
Tip:Trend gincu berkilau kembali menjadi kegilaan wanita masa kini. Kenakan gincu dengan tekstur glos untuk menjimatkan masa dan mudah dioles semula selepas dipakai.
KATE SPADE SIGNATURE HANDBAG
Sempena musim Fall 2020, Kate Spade meluncurkan koleksi beg tangan baru yang dikenali Signature Collection. Bermotifkan daun spade dengan saiz besar untuk memuatkan lebih banyak keperluan raya anda, setiap beg Kate Spade juga tahan lasak dan mudah dibersihkan. Sesuai untuk kegunaan harian mahupun melaram musim raya nanti.
Tip: Kalau punya rancangan pulang ke kampung, jangan lupa sediakan segala bahan keperluan untuk mencegah penularan wabak penyakit. Antaranya tisu basah, hand sanitizer, pelitup muka dan peralatan makan serta telekung sembahyang sendiri supaya tidak berkongsi dengan orang lain.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ayana Jihye Moon sambung Master di Oxford selepas menerima beberapa tawaran universiti dunia. Kisah inspirasi mualaf Korea ini mahu melahirkan lebih ramai pemimpin Muslim berilmu.