Tumpang bangga melihat pencapaian yang diraih oleh pelumba basikal wanita negara, Siti Nur Alia Mansor ini.
Siti Nur Alia telah mengharumkan nama negara di arena sukan basikal apabila mencipta sejarah negara dan dirinya tatkala terpilih menjadi pelumba wanita pertama negara juga Asia Tenggara untuk menyertai pasukan berbasikal jelajah dunia, Canyon-SRAM Racing Team yang berpangkalan di Sepanyol.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Atlet berbasikal lebuh raya Terengganu yang baharu berusia 21 tahun ini turut meluahkan rasa tak percaya dengan apa yang diraih dan dan telah lama diidamkannya di majlis meraikan kejayaan beliau ke pasukan profesional Canyon-SRAM Racing Team di Wisma Darul Iman seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA.
Menurut wanita ini, tawaran kontrak selama setahun daripada pasukan yang berada di kedudukan kelima dunia itu bagaikan mimpi jadi nyata.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Selain itu, atlet basikal yang pernah meraih pingat perak dan gangsa dalam acara pecut dan 500 meter ujian masa pada kejohanan Sukma Perak 2018 turut meluahkan rasa terharunya dengan pengiktirafan yang diberikan kepadanya.
Ads
“Jun lepas saya telah dihubungi oleh Adam Szabo, bekas jurulatih Terengganu Cycling Team (TSG) yang kini melatih pasukan Canyon-SRAM Racing Team. Beliau menyatakan minat untuk mengetengahkan bakat saya bersama pasukan mereka.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
“Saya mengambil masa sebulan untuk bersetuju selepas memikirkan masa depan dan perkembangan kerjaya dalam arena berbasikal,” katanya pada majlis tersebut.
Ads
Pada majlis tersebut, atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu ini turut menerima sumbangan wang saku RM3,000 daripada Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah.
Foto: Instagram @aliaa.mansorr
Bakal berlepas ke Jerman pada 13 Januari sebelum ke Sepanyol, wanita ini berjanji bakal mengharumkan nama negara.
Ads
“Ini adalah batu loncatan atau permulaan untuk saya mengejar impian yang lebih besar iaitu beraksi di pentas sukan terbesar, Olimpik.
Saya akan membalas pengorbanan dan jasa semua pihak termasuk keluarga, jurulatih dan keluarga besar basikal Terengganu dengan mengharumkan nama Terengganu dan Malaysia di pentas dunia suatu hari nanti,” katanya.
Hujung Ogos lalu bersempena hari merdeka, adik bongsu kepada Anzalna Nasir telah selamat melangsungkan perkahwinan. Nur Nazirah Md Nasir yang meniti usia 23 tahun sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan, Umar Annuar dalam majlis pernikahan serba meriah dan indah di sebuah hotel ternama di ibu negara. Pada majlis akad nikah, Nazirah dan pasangan kelihatan cukup anggun dan segak dalam persalinan tradisi sedondon putih gading.
Memilih dekorasi pelamin dari The Calla, solekan magis Khir Khalid nyata berjaya menaikkan seri wajah anak bongsu daripada lima beradik tersebut. Apatah lagi Nazirah sememangnya seorang wanita cantik dan dikurniakan susuk tubuh tinggi lampai. Yang pasti, kejelitaan Nazirah tidak hanya dikagumi tetamu yang hadir malah turut menjadi bualan warga net.
Sebagai kakak, Anzalna turut melahirkan rasa gembira dan syukur atas perkahwinan adik tersayang. Kongsi ibu Eidrees ini, “Awal jodoh dia sampai! Alhamdulillah.. I’m so happy that you have found the love of your life in Umar. Perkahwinan itu sangat indah.
InsyaAllah.. Yang penting beriman, jujur, setia, bertanggungjawab especially bila dah ada anak, sentiasa berkasih sayang, bertolak ansur kalau gaduh cepat-cepat bermaafan, hormat-menghormati dan berkorban demi kebahagiaan orang tersayang. Semoga kita semua bahagia dan berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus.”
Sebelum sah bergelar suami isteri, Nazirah dan Umar dilaporkan sudah bertunang sekitar Oktober tahun lalu. Nama Nazirah mula dikenali selepas Anzalna memuatnaik keputusan
peperiksaan adik kesayangannya di Instagram yang memaparkan keputusan cemerlang ‘4 flat’ Nazirah pada setiap semester.
Selain Nazirah, seorang lagi adik selebriti cantik berkenaan iaitu Nur Afifah juga merupakan pelajar bijak.
Afifah yang mengikut jejak langkah Anzalna sebagai pelakon kini berusia 27 tahun manakala Nazirah atau panggilan manjanya, Maggie pula berumur 23 tahun dan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Sains Bioperubatan. Jelas Anzalna, “Regardless of how pretty or rich you are, education is very important. My parents tak pernah paksa us sisters to study hard, it all comes from within and alhamdulillah you nailed it again Nazirah.”
Awal Februari 2019, Anzalna berkongsi keputusan kedua-dua adiknya di Instagram. Dia yang teruja melihat kejayaan akademik Afifah dan Nazirah turut menitipkan pesan kedua ibu bapanya yang menegaskan kepentingan pendidikan selain kekal merendah diri walau setinggi mana pun kejayaan yang dikecapi.
“During Afifah’s uni life, she did me proud being her sister with her flying colors results until she finally graduated with honors. I remember seeing she study from am to pm!
Sampai makan pun tolak tepi just to focus on studying and now Maggie is going through the same phase. Proud sister I am and no doubt they got it all from my dad.”
Isteri kepada Hanif Zaki ini turut mempunyai dua lagi adik-beradik perempuan iaitu Diana Nasir dan Mia Nasir. Kelima-lima mereka memiliki hubungan yang sangat akrab dan Afifah serta Mia dilihat mengikut jejak langkah Anzalna dalam dunia lakonan.
Foto kredit : Instagram Anzalna Nasir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena bulan Ramadan ini, Majalah RASA di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd telah menganjurkan program RASA Bubur Lambuk Warisan 2023, yang menampilkan pelbagai resipi bubur lambuk yang menarik dari 10 negeri yang berlainan. Program ini bertempat di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, bermula pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang.
Program ini telah berlangsung selama lima tahun berturut-turut dan kali ini Majalah RASA bersama para penaja seperti BABA’S, Petron Gasul dan Saji bekerjasama menghimpunkan resipi-resipi bubur lambuk kegemaran Malaysia dari Kuala Terengganu, Kuantan, Kota Bahru, Selangor, Pulau Pinang, Bukit Piatu, Kulai, Sarawak, Kuala Perlis dan Kubang Pasu di bawah satu lokasi yang sama, yang ditaja oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).
Turut menghadiri program tersebut Yang Berhormat Tuan Haji Azli Bin Yusof, Ahli Parlimen Shah Alam menandakan perasmian beliau terhadap inisiatif ini.
“Malaysia sentiasa dikagumi kerana kepelbagaian budaya, kepelbagaian makanan dan kemurahan hati rakyatnya. Oleh itu, kami ingin meraikan para pengunjung dengan menyediakan hidangan wajib yang digemari ramai pada bulan Ramadan ini.
Selain itu, saya melihat program ini sebagai satu platform untuk menghimpunkan pelbagai generasi atau unit kekeluargaan bersama-sama menghayati warisan peninggalan nenek moyang kita.” Syamil Fahim, Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd.
Syamil juga berkata, selain dari mengimbau nostalgia warisan, program ini juga bertujuan untuk berkongsi rezeki kepada para wira barisan hadapan seperti anggota polis, bomba, hospital dan juga kepada masyarakat yang memerlukan.
Ida Abdul Aziz selaku Editor Pengurusan Rasa turut menambah bahawa program ini selain mengimbau nostalgia warisan, ia juga bertujuan untuk berkongsi rezeki dan menghargai para wira barisan hadapan seperti anggota polis, bomba dan hospital serta menzahirkan keperihatinan kepada masyarakat yang memerlukan.
“Kami di pihak BABA’S amat berbesar hati dan bersyukur kerana dapat terlibat untuk menjayakan program murni ini dalam mengimarahkan bulan Ramadan yang barakah ini. Selain mengeratkan ukhwah dan merapatkan hubungan dengan masyarakat setempat, pihak kami ingin juga berkongsi keberkatan Ramadan bersama golongan yang memerlukan dengan telah menjemput 70 orang anak yatim dengan usaha bersama Nu Ideaktiv.
Pihak kami telah mendermakan duit raya, beg hadiah bersama barangan produk BABA’S ke rumah anak yatim tersebut dengan harapan ia dapat memberi keceriaan untuk menyambut sambutan Hari Raya yang akan datang nanti. Uniknya tentang program agihan bubur lambuk tahun ini, ia menampilkan 10 resipi bubur lambuk nostalgia dari seluruh negara, dan setiap resipi ada menggunakan produk BABA’S di mana sebanyak 50 kg rempah ratus BABA’S telah disumbangkan dan digunakan.
Kesemua produk BABA’S diperbuat daripada bahan-bahan berkualiti tinggi dari seluruh dunia dan bebas aditif, pengawet dan penambah rasa. Kami berharap program ini dapat diteruskan lagi dengan skala yang lebih besar lagi dan kami akan terus menyokong dan berkerjasama dengan Nu Ideaktiv untuk meneruskan tradisi agihan bubur lambuk ini di masa depan.” Tuan Haji Azrain Mohamad, Ketua Pemasaran BABA’S.
Pada hari yang sama, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan busker, qasidah, tazkirah dan macam-macam lagi.
“Petron Malaysia amat berbesar hati menjadi penaja gas memasak rasmi untuk majlis RASA Bubur Lambuk Warisan. Saya sangat teruja melihat Chef Adu dan Chef Fendi bersama-sama sukarelawan menyediakan Bubur Lambuk menggunakan Petron Gasul kami.
Perkataan Gasul berasal daripada perkataan ‘gas’ dan ‘azul’ yang membawa maksud biru dalam bahasa Filipina dan Sepanyol iaitu merujuk kepada Petron Gasul yang bersih dengan nyalaan api biru.
Di Petron, kualiti produk, keselamatan serta kemudahan pelanggan merupakan keutamaan dan kami amat gembira untuk menjadi sebahagian daripada majlis ini bagi meraikan serta menonjolkan ciri-ciri unik budaya Malaysia.” Mohd Asri Ibrahim, Ketua Perniagaan Komersial Petron Malaysia.
Petron merupakan yang pertama menawarkan gas memasak LPG di stesen. Bermula hanya dengan 5 stesen pada 2018, Gasul yang berkonsepkan ‘tunai dan bawa’ kini boleh didapati di kira-kira 150 stesen Petron di seluruh negara.
“FGV Holdings Berhad komited dalam mencari peluang untuk memberi khidmat sokongan terbaik kepada masyarakat dengan berkolaborasi bersama pihak kerajaan mahupun swasta. Menerusi jenama ulung, SAJI, kami sentiasa aktif menjalankan projek dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dengan membantu serta menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Kami akan menyalurkan bantuan menerusi kempen “SAJI Sentiasa Di sisi”, di mana setiap jualan 1 karton Minyak Masak SAJI 5kg, RM SATU (1) ringgit akan diinfakkan ke tabung inisiatif SAJI Seikhlas Hati, dengan sasaran sumbangan bernilai RM 300,000 kepada rumah-rumah kebajikan masyarakat yang terpilih.” En Shammim Azad Kamruzaman, Ketua Pegawai Eksekutif DOPSB.
Selain itu, majalah tersebut turut menganjurkan sebuah rancangan masakan sebanyak 22 episod iaitu Rasa Nostalgia Kampung Style yang dibawakan oleh BABA’S – menampilkan chef-chef terkenal seperti Chef Adu Amran dan Chef Wan bersama beberapa artis tanah air seperti Ezzaty Abdullah Zizi Kirana, Namie Ubi, Sazzy Falak dan ramai lagi. Ketahui pelbagai resipi tradisional yang menarik, tonton rancangan ini setiap hari Rabu hingga Ahad, jam 7:00 malam di Astro Ria.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak mengenali penyanyi Syura Badron yang popular dengan lagu Nazam Berkasih dan Candak. Syura baru-baru ini berkongsikan berita gembira apabila disahkan hamil lima bulan menerusi perkahwinan keduanya dengan Muhd Farizat Ismail. Syura berkata selepas 11 tahun tidak hamil, dia tidak menyangka dikurniakan rezeki ini.
Menerusi sumber Harian Metro, “Kalau ikutkan perkahwinan kami belum sampai setahun, syukur dapat rezeki anak awal. Kali terakhir hamil adalah 11 tahun lalu, jadi perasaan itu agak kekok seperti sedang hamil anak pertama.
Di Instagram menerusi video yang dimuat naik, Syura dilihat melakukan kejutan buat suami dengan memberi sebuah kotak hitam kepada suaminya untuk dibuka. Dalam kotak tersebut kelihatan sehelai baju bayi yang mempunyai tulisan ‘you are going to be a daddy soon‘.
Syura yang dijangka bersalin Mac tahun depan berkata suami serta anak-anaknya antara individu yang paling gembira apabila dia memaklumkan mengenai kejutan itu baru-baru ini.
“Sebelum bernikah kami pernah berbincang mengenai perkara ini kerana usia saya pun bukan muda lagi. Umur sekarang sudah menjangkau 36 tahun. Jadi banyak perkara yang bermain di fikiran saya memandangkan suami saya tidak pernah berkahwin sebelum ini. Tapi dia sudah menegaskan yang dia tidak kisah seandainya tiada rezeki anak. Dia faham keadaan diri saya.
“Bagaimanapun sebaik dia tahu saya disahkan hamil dia sangat gembira dan inilah kesempurnaan yang diimpikan setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga,” katanya.
Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga awal tahun ini selepas lima tahun mereka mengenali hati budi masing-masing. Mereka berkahwin pada 22 Januari lalu dan ini adalah perkahwinan kedua Syura selepas bercerai dengan bekas suami, Mohd Fadhly Md Yassin pada Ogos 2015.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdani, 15, Nurul Qaisara Sofia, 13, dan Muhammad Irfan Aryan, 11.
Semoga kehamilan Syura dalam keadaan baik-baik sahaja, dan semoga dipermudahkan proses bersalin nanti.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
MasyaAllah terpikat dengan keanggunan ibu kepada Fathia Latiff. Tidak hairanlah aktres ini memiliki raut wajah cantik menawan. Mewarisi kejelitaan ratu hati kesayangan rupanya. Meskipun sudah berusia namun rupa paras ibu Fathia iaitu Badriyah Hassan tetap memikat pandangan.