Siapa tak kenal akan penyanyi bersuara gemersik lemak merdu yang mendapat jolokan ‘Penyanyi nombor satu negara’, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang sudah berkecimpung dalam industri seni suara tanah air sejak tahun 1996 hingga sudah mempunyai syarikat rakaman miliknya sendiri iaitu Siti Nurhaliza Productions (SNP).
Menurut suri hati kepada usahawan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa tahun 2024 merupakan tahun yang amat sibuk apabila dirinya rancak mengadakan empat lagi siri konsert solo selepas sukses menerusi konsert ‘Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza’, Mac lalu.
Rancak Adakan Konsert Bukan Petanda Siti Mahu ‘Undur Diri’ Dari Dunia Seni
Menurut Siti, penganjuran empat konsert berskala mega yang berlangsung di Singapura dan Genting Highland itu bukanlah penanda aras mahupun kayu ukur bahawa dirinya akan meninggalkan dunia nyanyian dalam masa terdekat seperti didakwa segelintir pihak.
“Dalam hidup saya ini, saya menyanyi kerana bakat yang Allah berikan. Saya pun tahu bila sampai waktunya nanti, saya tidak akan berada di atas pentas selamanya.
Ads
“Saya juga ada matlamat dan perancangan yang ingin dilakukan di hari tua nanti.
“Namun, segala yang saya miliki ini merupakan kurniaan Allah. Jadi, saya belum mampu untuk beritahu bilakah umur dan masanya untuk saya akan berhenti,” katanya kepada NONA.
Ditanya mengenai kepuasan yang masih ingin dicari sebagai seorang anak seni, penyanyi lagu Cindai ini memaklumkan dirinya sentiasa dahagakan ilmu baharu demi meningkatkan kualitinya sebagai seorang penghibur.
“Dalam hidup ini, tak kisah sama ada bergelar penyanyi atau pekerjaan lain, selagi kita melihat ada banyak peluang di hadapan kita, kita akan sentiasa menjadi orang yang ingin belajar lagi.
Ads
“Ada orang pernah bertanya sama ada saya suka buat persembahan biasa atau konsert? Pada saya, persembahan biasa ini memang mudah. Nyanyi beberapa buah lagu kemudian, selesai dan tak perlu berlatih berbulan-bulan.
“Tapi saya lebih suka buat konsert. Di situ, saya akan menguji kekuatan fizikal dan mental. Malah, saya akan menjadi orang yang lebih kreatif dan sentiasa mencari idea-idea baharu,” ujarnya lagi.
Peminat Tak Pernah Bosan, Malah Dahagakan ‘Performance’ Siti Nurhaliza
Pada masa sama, Siti tetap percaya usaha mencari pembaharuan dalam setiap karya membuatkan tidak jemu untuk menonton persembahannya walaupun menyanyikan lagu-lagu yang sama.
Ads
“Kalau ditanya kepada peminat sama ada mereka sudah bosan dengan persembahan saya, jawapannya pasti tidak. Mereka sentiasa nak tonton persembahan saya
“Walaupun saya menyanyikan lagu yang sama, saya akan berikan sentuhan baharu. Saya suka mencari pembaharuan dan hal itu yang membuatkan saya seronok,” akhirinya.
Terdahulu, pada tahun ini, Siti telah mengadakan beberapa siri konsert berskala mega antaranya di Kuala Lumpur, Singapura dan Genting Highland.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Sudah menjadi lumrah kehidupan masyarakat hanya memandang seseorang apabila sudah berada di atas atau sudah berjaya. Jarang sekali yang menelusuri saat jatuh bangun seorang usahawan untuk memulakan sebuah organisasi atau perniagaan.
Mungkin biasa kita dengar selebriti mudah membina perniagaan kerana dikenali dan mempunyai peminat yang tersendiri, namun bukan seindah bagai dikata. Kagum mendengar ketabahan Nadiyah Shahab saat bercerita saat mula bertatih dalam dunia perniagaan. “Saya mula membina bisnes ini dengan suami genap tiga tahun pada 18 Februari depan.
Suka duka, turun naik yang kami berdua lalui jadi kenangan dan pengalaman berharga. Bayangkan di pondok rehat perumahan awam, segala operasi dan urusan dilaksanakan. Di situlah kami membungkus kek ke dalam kotak berserta sos. Sukar dibayangkan memori itu, malah kami pernah melakukan khidmat penghantaran kepada pelanggan,” kata Pengarah Urusan Absolut Chocolat yang turut memayungi dua lagi jenama lain iaitu Absolut Food Festival dan Absolut Talent & Management ini.
Sebagaimana usahawan lain, bisnes yang diusahakan selebriti cantik ini juga turut terkesan dengan situasi akibat pandemik COVID-19 ini. Namun, isteri kepada pelakon, Ben Ali ini bersyukur perniagaannya kekal bertahan melalui platform digital.
“Strategi kami ketika PKP ini memang fokus kepada pemasaran di atas talian. Saya banyak melancarkan kempen dengan melancarkan kek perisa baharu. Ketika situasi sukar ini, kita kena buat twist pada produk kita jangan bergantung pada produk yang sama, make more changes.
Bagi menarik perhatian pengguna digital saya buat review melalui influencer dan buat contest, competition atau give away yang boleh increase traffic dekat page kita. Sebagai usahawan kita perlu aktifkan digital platform sebaik-baiknya,” tutur Nadiyah Shahab yang bangga mampu menambah tiga lot kedai, menjadikan kesemuanya kini lima lot ketika PKP 1.0 lalu. Nadiyah Shahab yang kini tersenyum bangga apabila mampu memiliki sebuah kilang sendiri.
Ketika diajukan pertanyaan tentang amalan rasuah yang berleluasa, “Pada pendapat saya amalan rasuah adalah salah. Everyone deserve fighting chance, semua orang should get the same oppourtunity. I think that is something the government should really stop not only in Malaysia but everywhere around the world. I am completely disagree with rasuah in anyway at all,” tutur Nadiyah Shahab sambil tersenyum.
Cantik dan memukau! Itulah yang boleh diungkapkan dengan kejelitaan milik wanita yang diberi nama Khadija Omar ini. Memiliki keunikan dan kecantikan yang tersendiri sehingga wanita ini dinobatkan sebagai Miss World Somalia 2021.
Saat meraih gelaran tersebut membolehkan wanita yang berusia 20 tahun ini bertanding dalam pertandingan ratu cantik Miss World ke-70 yang sepatutnya berlangsung pada 16 Disember lalu. Namun, majlis gilang-gemilang itu tidak kesampaian apabila beberapa peserta telah disahkan positif COVID-19 termasuk wakil Malaysia sendiri iaitu Dr. Lavanya Sivaji.
Penangguhan pertandingan ratu cantik Miss World 2021 ini terpaksa dilakukan dan bakal dijadualkan semula pada 16 Mac depan. Walau bagaimanapun, lokasinya masih sama iaitu bakal dipancarkan dari Puerto Rico Coliseum Jose Miguel Agrelot.
Namun, daripada 97 wakil negara yang sepatutnya bertanding di pentas Miss World 2021, pihak organisasi telah menyenarai pendekkan peserta menjadi Top 40. Khadija Omar turut berjaya tersenarai dalam Top 40 dan menjadi pilihan juri. Tahniah!
Bagaimana agaknya hijabi pertama di pentas ratu cantik Miss World 2021 ini akan beraksi nanti agaknya. Wakil Malaysia juga turut tersenarai dalam Top 40. Tahniah! Dr Lavanya Sivaji. Semoga mampu beraksi dengan cemerlang di pentas Miss World 2021 kelak.
Khadija telah menzahirkan rasa gembiranya sejurus tersenarai sebagai Top 40 di laman media sosialnya. “Tiada kata-kata dapat menggambarkan betapa bangganya saya dengan pencapaian yang telah dilalui. Somalia telah mencipta banyak sejarah dan akan meneruskannya.
Menjadi Top 40 telah menunjukkan betapa kerja keras selama ini telah membuahkan hasil dan bagaimana impian menjadi kenyataan. Kepada semua orang yang menyokong saya melalui perjalanan ini, saya akan berterima kasih selama-lamanya.
Kepada negara dan pasukan saya, terima kasih kerana memberi saya peluang ini, saya akan melakukan yang terbaik untuk terus membuat anda bangga,” tulisnya di laman Instagram milik peribadinya.
Foto: Instagram @khadija.omarr
Khadija Omar dibesarkan di kem pelarian di Nairobi, Kenya sebelum berpindah ke Kanada. Wanita cantik ini menjadikan model hijabi Halima Aden sebagai inspirasinya selama ini. Selain itu, Khadija juga bekerja sambil belajar. Masih menuntut di York Universiti Canada, wanita cantik ini juga merupakan jurusolek profesional serta seorang model.
Kagum dengan sikap prihatin masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Baru-baru ini tular kisah keluarga kaum India yang ‘tersadai’ di tepi jalan akibat kereta rosak dibantu pasangan suami isteri berbangsa Melayu di Changkat Jering, Taiping.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian meluas dalam kalangan warga maya yang gembira melihat situasi menyenangkan tersebut.
M Prema dan keluarganya ketika itu dalam perjalannan pulang ke Ipoh selepas mengunjungi sebuah kuil di Taiping.
Difahamkan brek salah sebuah kereta yang dinaiki mereka mengalami masalah dan suhu tinggi kenderaan berkenaan membuatkan mereka bimbang untuk meneruskan perjalanan.
Lalu berhenti di tepi jalan kira-kira jam 3.30 petang dengan keadaan waktu itu sedang hujan. Memetik kenyataannya kepada Harian Metro, “Sementara tunggu enjin sejuk, kami duduk di tepi jalan.
Kredit Facebook Samini UnicornKredit Facebook Samini Unicorn
Kebetulan saya berhenti di hadapan rumah pak cik (individu yang membantunya) dan ketika itu dia mahu pulang ke rumah dan terus menyapa kami serta menawarkan bantuan.”
Pada mulanya mereka sekeluarga ‘berat hati’ untuk ke rumah lelaki itu kerana tidak mengenali dan bimbang menyusahkan individu tersebut.
Namun, lelaki warga emas berkenaan berulang kali mengajak dia dan ahli keluarga datang ke rumah kerana bimbang keselamatan mereka jika terus menunggu di tepi jalan.
“Kami ada sembilan orang kerana kami ke kuil dengan dua kereta. Jadi segan juga mahu pergi ke rumah pak cik dan isteri kerana memang tidak kenal mereka.
Kami kemudian pergi juga rumahnya selepas diajak beberapa kali malah turut dijamu dengan maruku, kuih bahulu, dan rambutan.”
Kredit Facebook Samini UnicornKredit Facebook Samini Unicorn
Walau hanya 30 minit, M Prema bersyukur kerana mereka dilayan sangat baik bagaikan sudah lama mengenali.
Kisah ini menjadi bualan dan tular di media sosial selepas anak M Prema iaitu L Samini memuat naik gambar dan menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku di Facebook. Yang pasti, mereka tidak menyangka niat untuk memberi inspirasi kepada orang ramai ini meraih perhatian luar biasa.
Kejadian ini menjadi tular selepas anak M prema iaitu L Samini berkongsi kisah mereka di Facebook kerana mahu memberi inspirasi kepada orang ramai.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setinggi-tinggi ucapan tahniah buat Yang Amat Mulia (YAM) Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas kejayaan cemerlang memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian Kelas Pertama) dalam bidang ...