CHE PUAN SOFIE LOUISE JOHANSSON

Terpegun dengan keanggunan isteri Tengku Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson. Beliau bukan hanya memiliki raut wajah cantik penuh kelembutan malah
mempunyai personaliti menawan yang mampu membuatkan sesiapa sahaja berasa senang dengan perwatakannya. Gemar berkongsi aktiviti harian di Instagram, pada hujung Ogos lalu Che Puan Sofie menerima kunjungan hormat Duta Norway ke Malaysia, Gunn Jorid Roset di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kelantan.

IKLAN

Menariknya, sepanjang kunjungan tersebut di bumi Kelantan… Che Puan Sofie teruja meluangkan masa untuk memperkenalkan budaya dan seni masyarakat di sana kepada ahli diplomatik berkenaan.

Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan!

Anggun berselendang dan sopan berbaju tradisi, Che Puan Sofie mengenakan persalinan baju kurung bercorak biru lengkap berselendang polos kelabu tersenyum menyambut
ketibaan Duta Norway di samping suami tercinta. Pada pertemuan petang itu, Gunn Jorid Roset dijemput menghadiri majlis minum petang bersama Yang Maha Mulia Raja Perempuan Tengku Anis, Yang Amat Mulia Tengku Fakhry, Yang Amat Mulia Tengku Amalin, Tengku Maharani Petri dan Yang Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi.

Usai pertemuan pada petang 24 Ogos itu, keesokan hari pula Che Puan Sofie membawa Gunn Jorid bersiar-siar dan menjelajah bandar Kota Bharu. Paling mengujakan apabila
beliau turut memperkenalkan seni kebanggaan masyarakat Kelantan dengan mengajak Duta Norway merasai sendiri pengalaman melukis seni pembuatan batik Kelantan, aktiviti
menenun songket Kelantan, proses pembuatan Wau dan melawat beberapa muzium diraja Kelantan.

Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan!

IKLAN

Che Puan Sofie meskipun bukan berasal dari Malaysia dan menjalani perbezaan budaya sebelum bergelar suri hati kepada YTM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra, namun beliau dilihat bijak menyesuaikan diri. Malah biarpun tidak sampai dua tahun menjadi keluarga diraja, penampilan dan kemunculan Che Puan Sofie telah disedari ramai bukan hanya dalam kalangan rakyat Kelantan bahkan seluruh rakyat Malaysia.

IKLAN

Tidak sekadar menyelami seni budaya Kelantan, beliau juga tidak melepaskan peluang mempelajari pelbagai resipi juadah diraja dan tradisi masyarakat Melayu. Misalnya, pada Ramadan lalu beliau menyediakan hidangan Nasi Kaya Pulut.

Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan! Sopan Berbaju Kurung, CHE PUAN SOFIE Bawa Duta Norway Kenali Seni & Budaya Kelantan!

19 April lalu, genap setahun usia perkahwinan Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia (YTM) Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Almarhum Sultan Ismail Petra di samping isteri tercinta, Yang Amat Mulia Che Puan Sofie Louise Johansson. Mengimbas kembali detik bersejarah tersebut, pasangan diraja ini telah melangsungkan majlis pernikahan pada Jumaat malam, 19 April 2019 dalam suasana ringkas tetapi meriah yang diadakan secara tertutup di Istana Balai Besar Kota Bahru, Kelantan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI