Kisah perkahwinan selebriti dengan kerabat istana bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Antaranya seperti Che Puan Sarimah Ibrahim dengan YM Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar serta Juliana Evans dengan YM Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj.

Namun tahukah anda bahawa sebenarnya ramai di kalangan selebriti tempatan yang sememangnya berketurunan raja? Mempunyai pertalian erat dengan istana dan masih mengamalkan adat istiadat serta protokol rasmi dalam kehidupan sehari-hari? Ayuh lihat siapakah orangnya.

IKLAN

(a) Kuza, Kuna & Kuni

Tidak ramai yang mengetahui bahawa YM Tengku Sariza Tengku Muzani (Kuza), YM Tengku Sariwani Tengku Muzani (Kuni) dan YM Tengku Sarina Tengku Muzani (Kuna) sebenarnya adalah adik-beradik.

Mungkin ramai yang tidak perasan kerabat diraja Kelantan ini sebenarnya adik-beradik kerana agak susah untuk melihat mereka ini berlakon di dalam satu drama atau filem yang sama.

Foto: Utusan

(b) Dato’ Sri Raja Rezza Shah

Individu ini cukup dikenali di Malaysia terutamanya dalam dunia hiburan. Jika dahulu beliau aktif berlakon sekitar 80-an, kini Dato’ Sri Raja Rezza Shah aktif sebagai pereka fesyen dan CEO Islamic Fashion Festival (IFF).

Dato’ Sri Raja Rezza Shah atau nama sebenarnya YM Raja Shah Zurin Raja Aman Shah merupakan seorang kerabat diraja Kelantan di sebelah bondanya manakala Perak di sebelah ayahandanya.

Foto: Utusan

Bonda beliau, YM Tengku Salwani binti Almarhum Sultan Yahaya Petra merupakan anakanda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong VI.

Dato’ Sri Raja Rezza Shah juga merupakan sepupu kepada Sultan Kelantan sekarang, KDYMM Sultan Muhammad Ke-V dan anak saudara kepada DYAM Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani binti Raja Shahar Shah iaitu isteri kepada DYAM Raja Dihilir Perak.

(c) Anis Suraya dan Shawn Baharin

Pasangan adik-beradik yang masing-masing terkenal dengan lagu Cinta Tersimpul Rapi dan Melodi Hati ini sebenarnya merupakan sepupu kepada Sultan Terengganu, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

IKLAN

Kali terakhir Anis Suraya atau nama sebenarnya YM Tengku Ani Suraya Binti Tengku Sulaiman dilihat di pentas besar adalah sewaktu dijemput sebagai penyanyi Gegar Vaganza.

Manakala YM Tengku Shamsul Bahrin bin Tengku Sulaiman atau Shawn Baharin (juga dikenali Ricky Martin Malaysia) tidak lagi menyanyi di Malaysia tetapi khabarnya kian sukses di negara orang.

(d) Raja Azura

IKLAN

Siapa yang tidak kenal dengan Raja Azura atau lebih mesra dikenali sebagai Kak Engku? Kepetahan dan gelagatnya yang mencuit hati pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terhibur.

Raja Azura binti Tengku Ahmad Tajudin sebenarnya mempunyai pertalian darah dengan kerabat diraja Perak.

Foto: Poise

(e) Sheera Iskandar

YM Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar atau lebih dikenali sebagai Sheera Iskandar merupakan anak sulung pelakon Aznah Hamid dengan YM Tengku Iskandar Bin YM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) bin YAM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan.

Lakonannya menerusi drama bersiri Janji Diana cukup meninggalkan kesan dan turut menaikkan nama beliau ketika itu.

Foto: Utusan

Tidak sangka bukan? Selain senarai di atas, antara selebriti lain yang berketurunan raja adalah Tiara One In A Million, Raja Teh Umi Kalsom, Que Haidar, Aman Graseka dan Datin Nina Juren. Norzalina Mohd Alias

Sumber: Hangat