Jenama Truskin kini semakin mempolopori jenama produk kosmetik berkualiti lagi halal terutama sekali di pasaran tampatan. Diusahakan oleh dua adik beradik yang bermula dengan tiada apa, kini empayar Truskin semakin meluas menjadi salah satu rangkaian skincare yang unggul dan dikenal. Ikuti tembual eksklusif kami bersama Pengasas dan Pengarah Syarikat Trulooks Global Snd Bhd, Dr.Adibah Abd Bari serta Ketua Pegawai Eksekutif Trulooks, Julia Lah berbicara dengan lebih mendalam tentang produk Truskin.

IKLAN

NONA: Boleh anda berdua jelaskan produk bestseller anda yang terlaris, menjadi rebutan atau mencipta sejarah tersendiri?

Dr.Adibah Abd Bari: Produk best seller terlaris kami merupakan Truskin Hydra Brightening Moisturizer yang merupakan pelembap wajah dengan formulasi triple action yang memberikan kelembapan selama 72jam, mencerahkan dan merawat kulit wajah. Sejak diperkenalkan pada tahun 2019, sebanyak 500,000 unit terjual dan permintaan produk masih tinggi.

NONA: Kenangan yang tak boleh dilupakan sepanjang mengusahakan produk tersebut?

Julia Lah: Pada permulaan bagi memperkenalkan jenama produk, di awal-awalnya kami bermula dari bawah tanpa bantuan atau tunjuk ajar dari mentor perniagaan hanya berbekalkan pengalaman bisnes terdahulu. Pernah juga kami kehabisan wang simpanan poket sendiri sehingga kosong untuk memulakan bisnes. Walaupun jenama masih lagi tidak dikenali tetapi kami tidak berputus semangat dan mula menjual sendiri kepada kenalan-kenalan rapat dan saudara mara di permulaannya untuk dapatkan testimoni. Bermula dari situ brand kami dikenali oleh keberkesanan produk terhadap pengguna.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr.Deeba (@deeba_bari)

NONA: Bagaimana produk-produk yang diasaskan oleh anda memberi nilai kepada pengguna dan mengapa setiap orang/wanita mesti memilikinya?

Dr.Adibah Abd Bari: Produk-produk yang dikeluarkan melalui proses yang sangat teliti bermula di peringkat R&D, Lab Test dan ujian kestabilan yang lama bagi betul-betul memastikan jaminan kualiti dan kesan yang efektif pada pengguna. Bahan-bahan yang digunapakai dalam formulasi produk pula diimport dari luar negara yang sangat berkualiti tinggi bagi memastikan produk lebih berkesan.  Malah kami juga banyak melabur untuk mendapatkan status produk Dermatology Tested yang di buat di luar negara, 99% testimoni pengguna amat berpuas hati dan telah menjadi pengguna setia. Kualiti kami yang premium seperti produk antarabangsa dengan harga mampu milik serta keberkesanan produk membuatkan mereka ingin mencuba dan memilikinya. Kini produk kami berjaya mendapatkan status halal oleh JAKIM Malaysia dan telah mendapat Superbrands Award Malaysian Choice.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr.Deeba (@deeba_bari)

IKLAN

NONA: Kongsikan sebarang penyesalan pernah dilalui sepanjang mengusahakan produk anda, apa yang dipelajari dan bagaimana ia mengubah taktik jualan akan datang?

Julia Lah:  Pengalaman sepanjang mengusahakan produk kosmetik dan skincare, kami melalui banyak cabaran dan halangan terutama apabila negara dilanda wabak Covid19 yang membuatkan kebanyakan bisnes atau pengusaha-pengusaha produk jatuh teruk. Tiada penyesalan dalam setiap keputusan atau situasi yang berlaku malah ia menjadi satu pengalaman yang manis dah jatuh bangun sesuatu empayar perniagaan.

Status ‘Dermatology Tested’ Buat Jenama TRUSKIN Terus Dipercayai, Dr. Adibah Bari & Julia Lah Bangga Usaha Keras Kini Berhasil

IKLAN

NONA: Harapan bisnes dan strategi 2023, adakah produk atau sistem pemasaran baru yang bakal diperkenalkan? Jika ada, boleh kongsikan dengan pembaca.

Dr.Adibah Abd Bari: Sebagai pengusaha perniagaan secara online, strategi pemasaran secara digital perlu sangat besar yang boleh memberi impak positif dan meningkatkan lagi permintaan di pasaran dengan lebih luas. Tidak pandang ke belakang kami akan meningkatkan lagi strategi-strategi pemasaran mengikut trend terkini dan di platform- platform yang semakin menjadi tumpuan pelbagai golongan terutamanya social media terbaru dan juga yang sedia ada.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI