Dato’ A. Aida sememangnya lambang wanita berjaya yang menjadi inspirasi ramai hari ini. Mana tidaknya, meskipun berstatus ibu tunggal namun ia tidak pernah menjadi halangan buat penerbit tersebut untuk mengejar impian.

IKLAN

Meniti usia 52 tahun, gaya hidup Dato’ A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang turut menjadi perhatian terutamanya golongan wanita. Tampil lebih menawan berbanding zaman anak dara, kesungguhan anak seni ini menjaga penampilan diri menimbulkan rasa kagum.

Kalau tengok media sosial Dato’ A. Aida, memang dia rajin bersenam dan jogging. Malah, menerusi salah satu postingnya dia mendedahkan dapat turun berat badan hanya dalam masa seminggu dan ruang kediaman lengkap dengan peralatan bersenam!

“1 minggu 4 kilo turun, tapi hari-harilah kena gym ya,” tulisnya.

Status Ibu Tunggal Bukan Halangan, DATO’ A. AIDA Pemilik Syarikat Produksi & Rumah Percutian Eksklusif!
Kredit Instagram @a_aidaproduction

Yang pasti, kesungguhan Dato’ A. Aida menaik taraf kehidupan ke arah lebih baik cetus inspirasi. Selesa berdikari atas kaki sendiri dan berpendirian tegas, wanita optimis ini bukan hanya sukses mengusahakan syarikat produksi, A Aida Production.

Bahkan, dia juga pemilik rumah percutian eksklusif yang dikenali sebagai Tuah D’Manggis di Janda Baik, Pahang. Difahamkan tempat percutian tersebut sering dijadikan sebagai lokasi penggambaran bagi drama dan filem arahannya.

Tenang dan nyaman saja tengok pemandangan indah Janda Baik dari Tuah D’Manggis. Patutlah ramai dah mula ‘serbu’ rumah percutian tersebut!

IKLAN
Status Ibu Tunggal Bukan Halangan, DATO’ A. AIDA Pemilik Syarikat Produksi & Rumah Percutian Eksklusif!
Kredit Instagram @a_aidaproduction
Status Ibu Tunggal Bukan Halangan, DATO’ A. AIDA Pemilik Syarikat Produksi & Rumah Percutian Eksklusif!
Kredit Instagram @a_aidaproduction
Status Ibu Tunggal Bukan Halangan, DATO’ A. AIDA Pemilik Syarikat Produksi & Rumah Percutian Eksklusif!
Kredit Instagram @a_aidaproduction
Status Ibu Tunggal Bukan Halangan, DATO’ A. AIDA Pemilik Syarikat Produksi & Rumah Percutian Eksklusif!
Kredit Instagram @tuahdmanggis

Atas sambutan daripada pelanggan, Dato’ A. Aida turut membina sebuah lagi rumah di sebelah Tuah D’Manggis iaitu Kasturi D’Manggis.

IKLAN

“Kasturi D’Manggis coming soon. 8 bilik, ada dewan, pool dan roof top garden. Boleh buat wedding dan bercuti di puncak bukit dengan pemandangan yang memukau mata.”

Katanya banglo eksklusif ini mula dibuka pada Oktober lepas yang mempunyai lapan bilik berkonsepkan batu-bata merah dan kayu chengal.

Moga Dato’ A. Aida terus sukses dalam lapangan yang diceburi dan kejayaannya dalam bidang perniagaan serta kehidupan menjadi inspirasi.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI