Kagum tengok sokongan yang diberikan Vie Shantie kepada suami tercinta, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan di Sabah baru-baru ini. Ia selepas suaminya yang juga ahli politik dari parti Barisan Nasional dipilih bertanding di Parlimen P169 Kota Belud bagi Pilihanraya Umum (PRU) ke-15 kali ini.

IKLAN

Sabah nyata cukup dekat di hati Vie Shantie kerana dia juga merupakan anak kelahiran Negeri Di Bawah Bayu. Terbiasa dengan budaya dan persekitaran di sana membuatkan kehadiran Vie Shantie disenangi penduduk setempat. Apatah lagi, usahawan wanita berjaya ini juga tidak kekok bertemu dan beramah mesra dengan khalayak.

Suami Bertanding Di Sabah, VIE SHANTIE Turun Padang Bantu Kempen & Teruja Jumpa Masyarakat!
Credit Instagram @vieshantiekhan
Suami Bertanding Di Sabah, VIE SHANTIE Turun Padang Bantu Kempen & Teruja Jumpa Masyarakat!
Credit Instagram @vieshantiekhan
Suami Bertanding Di Sabah, VIE SHANTIE Turun Padang Bantu Kempen & Teruja Jumpa Masyarakat!
Credit Instagram @vieshantiekhan
Suami Bertanding Di Sabah, VIE SHANTIE Turun Padang Bantu Kempen & Teruja Jumpa Masyarakat!
Credit Instagram @vieshantiekhan

Kongsi Vie Shantie di Instagram miliknya, “Bertenang. Eh mestilah saya tinggalkan segalanya untuk berada di hari bersejarah suami tercinta. Dua lautan saya lintasi hanya untuk berada disisinya. Penat? Semuanya berbaloi apabila dapat melihat sendiri senyuman bahagia mendapat kerusi yang balik semula ke pemiliknya di hari pernamaan calon bagi P.169 Kota Belud

Tahniah sayang! Sekarang beliau sudah SAH menjadi CALON BERNOMBOR 2, PARLIMEN P169 KOTA BELUD.

Semoga Allah SWT permudahkan setiap langkah mu, merahmati setiap gerak-geri perjuangan mu. Hari yang engkau tunggu-tunggu telah tiba, semoga perjuangan mu tidak akan menjadi sia-sia, inshaa Allah.

Tambahnya lagi, “Walaupun saya sudah lama menetap dan tinggal di Kuala Lumpur, tapi jati diri saya sebagai orang Bajau peranakan Cino-Dusun-Kadazan tetap tebal dan tidak boleh ditukar ganti dengan apa pun Negeri. Darah pun memang ASLI SABAHAN ba kalau boleh di kasi tengok tu colour darah dia.

IKLAN

Macam lagu ni bilang ‘kau mau saya sikut tu gunung kinabalu baru kau pecaya ka ? Saya original.

Bangga sia masuk kampung yang banyak kaum Kadazan-Dusun di Kota Belud sama kawan-kawan sia dari KL. Sia bangga kasi kenal orang-orang bangsa kita yang betul-betul peramah dan tinggi budi bahasa orangnya.

IKLAN

Terima kasih orang-orang Kadazan-Dusun sudah terima dengan senang hati laki sia di kampung-kampung kamu ah ? Jangan kamu lupa nanti 19 hari bulan kamu undi laki sia ah? Kouin si kou. Gumi nawo aku dika.”

Turut hadir menjayakan kempen dan memberi sokongan ialah sahabat baik Vie Shantie iaitu Puan Seri Syazara Aisha.

Suami Bertanding Di Sabah, VIE SHANTIE Turun Padang Bantu Kempen & Teruja Jumpa Masyarakat!
Credit Instagram @vieshantiekhan

Vie Shantie merupakan isteri kepada ahli politik, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Vie Raissa. Terdahulu, Vie Shantie pernah berkahwin dengan aktor, Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mempunyai tiga anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI