Terinspirasi dengan semangat Muabellaz dan suami tercinta dalam berniaga. Selagi ada kudrat dan sambutan daripada pelanggan, selagi itu mereka berusaha untuk jana pendapatan. Tak hairanlah rezeki pasangan suami isteri ini sentiasa mengalir laju.
Asalkan halal, Muabellaz dan Anuar Ahmad tak segan berniaga. Dari produk kosmetik dan kini menceburi bidang makanan, dah macam-macam jenis produk mereka jual. Laris pula tu!
Baru beberapa bulan lepas pasangan ini menjual Karipap Cinta Bellaz dan Cucur Badak. Terbaharu, mereka buat menu pencuci mulut Baby Tapak Kuda Debab Muabellaz.
Masih ingat lagi penangan luar biasa peminat dan pelanggan setia usahawan Kedah ini yang sanggup berbaris panjang di Penang Starvendors Foodstival Auto-City Juru November lepas.
Berkongsi aktiviti jualan di media sosial, jelas Bellaz atau nama sebenarnya Nabilah Zulyadaini, “Siap dah 200biji Baby Tapak Kuda Debab Muabellaz. Cerita dia Bellaz nak jual dekat beg kuning TikTok malam ni tapi Bellaz ingat nak jual dekat page Bellaz dulu.
Ads
Fresh baru keluaq dari oven. InsyaAllah puas hati gebu lembut ya amat lemak semua ada. Nak habaq juga dekat Penang nanti insyaAllah Bellaz all out sediakan stok lagi. Weh sticker tak tau tak dan siap lagi. Berat tak masuk kotak 180 gram. Harga RM18 1 debab tu.”
Selorohnya lagi mengenai produk makanan baharu tersebut, “Dia tak kecil, tak panjang tapi debab macam Wara (anak bongsu).”
Kagum betul tengok suami Bellaz siapkan dessert untuk jualan sampai pukul 2 pagi. Lebih bermakna, mereka sibuk menyiapkan juadah tersebut ketika ulang tahun perkahwinan ke-11 pada 25 Disember lepas.
“Syukur alhamdulilah. Tiap-tiap tahun karang ayat untuk dia. Tapi tahun ni tak tahu karang ayat apa dah apa-apa pun syukur alhamdulillah.
Tapi saya sebagai seorang isteri sentiasa mendoakan cinta kita sampai ke akhir hayat. Tipulah kalau tak ada dugaan di alam rumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan suami isteri. Love you, Mat Nuart.”
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata.
Moga apa saja bisnes yang diusahakan Bellaz berkembang maju dan menjadi inspirasi kepada golongan wanita.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, rezeki Cef Ammar Al Ali! Setiap kali Ramadan tiba, cef selebriti kelahiran Palestin ini pasti sibuk menyediakan hidangan signature popularnya. Tidak sekadar memasak, Cef Ammar juga tidak ketinggalan turun padang menjual dan membungkus jualan.
Lebih manis, dia akan beramah mesra dan menyapa para pelanggan yang berkunjung ke gerai. Selain meluangkan masa bergambar kenangan bersama mereka.
Tidak hairanlah walau sudah bertahun-tahun berniaga di bazar Ramadan dan dilabel makanan yang dijual mahal, menu Cef Ammar tetap menjadi rebutan!
Seperti kelaziman tahun-tahun sebelumnya, tahun ini Cef Ammar membuka gerai di Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Seksyen 13 dan Bazar Ramadan di Putrajaya.
Menerusi perkongsiannya di TikTok baru-baru ini, jualan Nasi Arab di Stadium Shah Alam menerima sambutan luar biasa dan habis terjual.
Facebook Masak Dari Hati Masak With ImanTikTok Chef AmmarTikTok Chef AmmarTikTok Chef Ammar
Namun demi memastikan pelanggan tidak kecewa, bapa tiga cahaya mata ini sanggup menghantar batch kedua ke gerai.
Ujarnya, “Alhamdulillah second batch sudah sampai. Mestilah makanan fresh dan sedap, walaupun nak dekat waktu berbuka puasa, nasi panas lagi.”
Pernah popular menerusi program masakan ‘Masak Dari Hati, Masak With Iman’, dia yang sudah lebih 25 tahun menetap di negara ini mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita dari Pulau Pinang.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata dan sudah pun mempunyai cucu.
Cukup bersahaja memasak dalam portion yang besar, Cef Ammar juga disifatkan seorang suami yang penyayang dan mengingati setiap tarikh penting seperti hari perkahwinan dan sebagainya.
Sepanjang lebih dua dekad di negara ini, Cef Ammar mempunyai studio masakan di Subang Jaya. Antara menu yang menjadi pilihan ramai ialah Lamb Shank Mandy Bersama Telur Saffron dan Ayam Ros Kabsah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekali imbas, terbayang jelas raut wajah ayahanda dan bonda menghiasi senyuman. Paras rupa yang lembut dan menawan, itulah kelebihan puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman yang menyambut ulang tahun hari keputeraannya yang ke-18, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’, hari ini.
Tengku Puteri Daulath telah diputerikan pada hari Jumaat, 19 April 2002 dan merupakan puteri bongsu kepada pasangan KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.
Tengku Puteri Daulath mengiringi KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Nur Zahirah ke majlis Santapan Di Raja sempena Jubli Emas Pemerintahan Sultan Brunei di Istana Nurul ImanTengku Puteri Daulath bersama ayahanda dan bonda ketika berusia 15 tahunTengku Puteri Daulath ketika dikurniakan gelaran dan darjah kemuliaan daripada Sultan Terengganu tahun lepas
Keluarga
Tengku Puteri Daulath juga mempunyai tiga orang kakanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 24; DYTM Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 22; dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 20.
Anakanda Putera dan Puteri Di Raja Terengganu bergambar kenangan sempena majlis istiadat pengurniaan gelaran dan bintang-bintang darjah kebesaran Negeri Terengganu tahun lepasSeisi keluarga Di Raja Terengganu di Istana Syarqiyyah pada 1 Syawal 1440H bersamaan 5 Jun 2019Keakraban puteri sulung dan puteri bongsu Terengganu, YAM Tengku Puteri Utama Tengku Nadhirah Zahrah dan YAM Tengku Puteri Daulath Tengku Fatimatuz Zahra’
Sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari keputeraan YAM Tengku Puteri Daulath Raja yang ke-18. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan rahmat, juga lindungan kesihatan, hidayah serta redha-Nya. Menjunjung kasih.
Kecantikan Tengku Puteri Daulath persis bonda Sultanah Nur Zahirah sewaktu muda
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setelah beberapa kali muncul di kaca televisyen menyampaikan amanat dan pelaksanaan kerajaan mengekang wabak Covid-19, hari ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menarik perhatian rakyat selepas turun padang ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur untuk melihat sendiri keadaan semasa di sana selain membeli barangan keperluan. Santai mengenakan kemeja lengan pendek, beliau turut dilihat memakai penutup muka dan hidung serta bersarung tangan.
Seperti kebanyakan pengunjung lain, Tan Sri Muhyiddin tidak terkecuali menjalani pemeriksaan suhu badan di pintu masuk sebelum memasuki pasaraya.
Kongsi Tan Sri Muhyiddin di laman Facebooknya, “Pagi tadi saya sempat turun ke sebuah pasaraya di Kuala Lumpur. Cari barang-barang sedikit sambil melihat amalan orang ramai di pasaraya. Alhamdulillah, ramai sudah peka mengenai keperluan penjarakan sosial. Barang-barang di pasaraya pun penuh. Jadi kita tidak perlu panik.”
Menjengah ruangan komen di Facebook Tan Sri Muhyiddin, rata-rata rakyat tidak kira agama dan bangsa memuji sikap prihatin Perdana Menteri Kelapan ini sambil menyifatkan beliau seorang pemimpin yang sarat dengan naluri kebapaan. Tidak kurang juga yang melahirkan rasa bimbang akan keselamatan Tan Sri Muhyiddin memandangkan wabak Covid-19 yang masih belum reda.
Pada Jumaat lepas, Perdana Menteri mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat yang salah satu objektifnya adalah untuk membantu golongan yang terjejas akibat virus berkenaan. Dengan pengumuman itu pastinya ia telah memberi kelegaan kepada rakyat.
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia Kelapan pada 1 Mac lepas. Meskipun belum cukup sebulan mentadbir negara namun telah banyak usaha yang dilakukan beliau dalam keadaan yang serba mencabar ketika ini.
Apa-apa pun, Nona mendoakan agar Tan Sri Muhyiddin diberi kesihatan yang baik untuk terus mentadbir negara demi kemakmuran dan keselesaan rakyat berbilang kaum.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.