Sebelum ini bertebaran spekulasi dari netizen yang meneka pelakon dan model terkenal Remy Ishak dan isteri bakal menimang cahaya mata selepas gambar isteri kelihatan sedikit berisi.
Sebentar tadi, sumber melaporkan Remy Ishak akhirnya membuka mulut mengesahkan bahawa isteri tercinta, Ezza Yusof hamil 5 bulan sekali gus menamatkan spekulasi berkenaan bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Menurut sumber Kosmo!, Remy berkongsi perasaannya yang bakal bergelar bapa beberapa bulan lagi tidak dapat digambarkan dan ia merupakan satu pengalaman yang luar biasa, dan dirinya sudah tidak sabar untuk menimang cahaya mata.
Ads
“Bukan sebab saya tak nak dedahkan atau apa. Sebelum ini waktu ditanya, kandungan masih lagi di peringkat awal. Doktor pun beri nasihat tidak mengembar-gemburkan dahulu.”
“Jadi, memang tak boleh nak cakap (kongsi) apa sangat. Sekarang dah stabil dan kandungan Ezza pun doktor kata sihat, bolehkah saya kongsikan kepada orang ramai,” ujarnya.
Ads
Pelakon filem Cun itu turut berkongsi imbasan bunyi ultra (ultrasound) telah dilakukan dan kandungan isteri berada dalam keadaan sihat.
Dia juga dengan rendah hati berharap orang ramai dapat mendoakan isterinya menjalani proses kehamilan dengan baik dan urusan bersalin nanti berjalan dengan lancar.
Untuk rekod, Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei bin Ishak telah mendirikan rumah tangga dengan Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021. Tahniah diucapkan kepada Remy dan isteri. Semoga dipermudahkan segalanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
20 Disember lalu genap 17 tahun usia perkahwinan pasangan selebriti Ekin dan Mawi. Masih segar lagi di ingatan mengenai majlis pernikahan indah kedua-dua mereka pada tahun 2008. Apatah lagi populariti Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani waktu itu sedang melonjak naik dan berada di puncak kerjaya.
Hampir dua dekad melayari alam rumah tangga, Ekin dan Mawi semakin matang sebagai suami isteri. Bahkan mereka juga mengusahakan empayar perniagaan bersama-sama.
Mawi kini menguasakan syarikat produksi Mawi World Entertainment dan bergelar pengarah. Sementara Ekin pula rancak mengurus kafe manisan ‘Polka Pops’.
Sempena ulang tahun perkahwinan baru-baru ini, pengarah filem Zim Zim Ala Kazim berkenaan memuat naik gambar pernikahan di samping isteri tercinta dan menitipkan ucapan buat suri hati kesayangan.
“Alhamdulillah 17 tahun dah. 20 Disember 2008 – 20 Disember 2025.”
Ekin atau nama pemilik nama Nora Ashikin Rahmat ini mendirikan rumah tangga bersama Mawi pada 20 Disember 2008. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Cahaya Malaika berusia 13 tahun.
Pada Mei lalu, Mawi melancarkan single terbaharunya berjudul Kasih ‘Asikin yang dihasilkan khas buat isteri tercinta.
Sekitar Ogos lepas pula dia menerima penganugerahan Icon of Islamic Arts & Music, World Islamic Tourism & Trade Awards.
Kongsinya, “Tiada daya dan upaya melainkan kehendak Dia. Syukur dengan rezeki yang dah siap tertulis untuk aku. Kun Fa Ya Kuun. Alhamdulillah syukur.”
Menyentuh perkembangan Ekin, dia mengusahakan perniagaan Polka Pops bersama rakan niaga yang juga kembarnya, Aenn kira-kira lima tahun lalu dan membuka kafe mereka yang terletak di Bangi, Selangor.
Dalam temu bual Nona bersama Ekin sebelum ini, dia memberitahu mendapat ilham untuk berniaga Polka Pops kerana suka makan juadah pencuci mulut.
“Idea Polka Pops datang dari Ekin sendiri sebab Ekin terlalu suka makan dessert. Sampai kalau pergi melancong dalam dan luar negara pun Ekin suka cuba pelbagai dessert yang ada.”
Semoga rumah tangga yang dibina Ekin dan Mawi kekal bahagia sampai syurga. Juga, perniagaan yang diusahakan terus berkembang maju.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiba-tiba tercetusnya kenyataan individu berbadan besar melebihi 60kg, tak payah la datang fashion show… Maka sentaplah insan-insan yang terasa dengan kenyataan itu. Luahan pedas pengkritik fesyen, Zaihani Mohd Zain nampaknya memakan diri apabila dia dibidas oleh selebriti, penggiat dan pereka fesyen tempatan. Menurut Sis Zai, beliau mengakui kenyataan baris pertama ayatnya di sosial media itu adalah kesilapan penulisannya yang telah disalah ertikan.
“Saya mohon maaf, cara tulisan ayat saya dibaris pertama itu kenyataannya tidak sesuai di dengar. Saya mengaku, saya bukanlah seorang wartawan yang baik dalam bidang penulisan dan kenyataan itu telah disalah ertikan. Secara peribadi saya bukanlah seorang yang bersikap judgemental. Saya berkongsi keluhan saya di Facebook dan berkongsi kepada kenalan rapat sahaja. Malangnya status itu disalahertikan dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya.
Jelas Zaihani lagi, berat badan 60 kg itu hanyalah anggaran bagi lelaki yang duduk bersebelahan dengannya dalam acara tersebut. “Saya tidak pasti berat badan sebenar lelaki itu, 60 kg sekadar anggaran saja. Jadi, 60 kg itu sebenarnya satu penjelasan betapa besarnya saiz badan dia berbanding saya yang hanya 50 kg. At that event, the guy who was seated next to me dah makan kawasan kerusi I. So I shift la nak elakkan paha bergesel tapi dia buat dek, didn’t make any effort to give me some space. Lelaki itu duduk terkangkang sehingga mengganggu ruang duduk saya, menyebabkan saya rasa kurang selesa.
So bergesel lah sampai habis show. I’m so small, bayangkan. Untuk menegurnya pada waktu itu saya rasa kurang sesuai. Lagipun saya tidak kenal lelaki tersebut. Jadi, saya berkongsi keluhan itu di Facebook sahaja. Tidak sangka pula status itu disalah ertikan dan menjadi viral.” Malah katanya, dia sering kali menghadapi situasi yang sama ketika menghadiri acara pertunjukan fesyen yang mana tetamu sepatutnya duduk dengan lebih tertib tanpa mengganggu keselesaan tetamu lain, itulah sebenarnya yang ingin diluahkan oleh Sis Zai.
Status Sis Zai terbaru telah menjelaskan mohon maaf beliau kepada semua, “Bukan niat saya untuk menghina (body shame) sesiapa – ahli keluarga, kawan-kawan atau pun followers tetapi status FB saya tempoh hari adalah luahan hati mengenai situasi (manspreading) yang saya alami baru ini. Sepanjang kerjaya saya sebagai ketua stylist selama hampir 3 dekad, saya tidak akan dapat melaksanakan tanggungjawab saya jika saya bersikap judgemental. Oleh itu sekiranya status saya telah menyinggung perasaan mana-mana ahli keluarga, kawan-kawan dan followers, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. From the bottom of my heart.”
Kesilapan pada ayat pertama di sosial media beliau itu telah mencetus kontroversi dan Sis Zai pun telah meminta maaf. Kadang-kadang orang yang hebat pun membuat salah bukan kerana mereka teruk tetapi mereka juga adalah MANUSIA, tiada yang sempurna. Melakukan kesalahan adalah biasa dan semangnya sifat manusia. Mengakui kesalahan adalah manusia berani. Memperbaiki kesalahan adalah manusia bijaksana. Memaafkan kesalahan adalah manusia SUPER hebat!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selang seminggu selepas Che Puan Juliana Evans melahirkan anak perempuan sulung, selebriti cantik yang juga isteri Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar iaitu Che Puan Sarimah Ibrahim turut menimang cahaya mata perempuan pertamanya. Selamat melahirkan zuriat sulung masing-masing dan beransur sihat serta teruja menjalani hidup sebagai seorang ibu… baik Che Puan Juliana mahupun Che Puan Sarimah, kedua-duanya terbuka berkongsi wajah permata kesayangan khas buat tatapan peminat.
Apa yang pasti, bayi comel mereka kini berada dalam keadaan sihat dan mewarisi kecantikan ibu tersayang. Mana tidaknya, Che Puan Juliana memiliki darah keturunan Melayu-Inggeris sementara Che Puan Sarimah pula berasal dari keturunan Melayu-Irish. Jadi tak hairanlah anak-anak pun cantik… dah gen mak mereka putih gebu dan berhidung mancung!
Che Puan Juliana atau nama sebenarnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada 30 April 2017 selepas menjalin hubungan istimewa bersama kerabat diraja Johor dan Selangor itu selama dua tahun. Berita kehamilan Che Puan Juliana hanya diketahui ramai sekitar Mac lalu apabila pelakon dan pengacara ini akhirnya mendedahkan status dirinya berbadan dua selepas usia kandungan mencecah lima bulan.
Berkongsi detik manis saat bergelar ibu pada 12 Julai lepas, pasangan romantis Tengku Shariffuddin Shah dan Che Puan Juliana sepakat menamakan anak permata hati mereka Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.
“Since Tengku Kamiliah is one week old, she would like to thank everyone who have wished her well… sent her gifts… made prayers for her… or even just thought of her. She sends her love to all of you and will continue to demand milk from mummy, sleep on daddy’s arms and be adorable by doing nothing but just sleeping,” kongsi Che Puan Juliana di IG miliknya tiga hari lalu.
Bagi penyanyi, pengacara dan pelakon jelita Che Puan Sarimah pula… kehadiran cahaya mata sulung ini amat dinanti-nantikan memandangkan usia perkahwinannya bersama Tunku Nadzimuddin memasuki tahun keempat tahun ini.
Selamat mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Negeri Sembilan pada 2 April 2015, Che Puan Sarimah yang sebelum ini bersedia menjalani rawatan IVF untuk menimang zuriat akhirnya dikurniakan rezeki hamil semula jadi.
Sambil teruja menyambut kehadiran orang baru ini, kongsinya, “Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi. It is finally the time to introduce to you our Precious Princess! This is YM Tunku Sofia Najihah Binti Tunku Nadzimuddin. Her name means ‘Beautiful Victory’ in Islam. She was born this morning on the 19.7.19.
We picked a regal, meaningful beautiful name that we really like and chose HRH Tuanku Najihah (nenda suami) for her middle name. She looks like my sayangs (suami) I think! She has only been born 12 hours and is already with her eyes wide open and observing the world.
This is the most amazing gift from Allah to us and we are so very blessed! Thank you for the words of support and encouragement. We are so in love.”
Semoga anak dan ibu terus diberikan kesihatan yang baik serta membesar menjadi anak yang berjaya dunia akhirat di samping menjadi kebanggaan ibu bapa, agama, bangsa dan negara tercinta kelak!
Kredit: Instagram Juliana Evans & Sarimah Ibrahim
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!