Rezeki Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad dikurniakan cahaya mata yang ramai. Selamat melahirkan cahaya mata keenam pada 12 Mei lepas, aktres ini kian bahagia galas tugas ibu kepada tujuh orang anak.

IKLAN

Walau sibuk dengan kerjaya dan mengurus anak-anak tapi dia seronok memiliki keluarga yang besar.

Dalam posting terbaharu, Datin Rebecca menerusi Instagram menganggap anak ramai itu rezeki yang terindah.

“Suka Anak Ramai Kalau Boleh Nak 12 Orang,” Datin Rebecca Anggap Anak Ramai Rezeki Terindah!
Kredit Instagram @rebeccanuralislamahmad

Bahkan dia berhasrat mahu menambah anak namun akur dengan saranan doktor agar mengutamakan kesihatan diri.

Tulis isteri Datuk Nur Azam ini, “Kita memang suka anak ramai. Kalau boleh nak 12 orang tapi apakan daya, doktor cakap alhamdulillah. Ni dah cukup dah ni. Mummy perlu pentingkan kesihatan diri juga.”

“Suka Anak Ramai Kalau Boleh Nak 12 Orang,” Datin Rebecca Anggap Anak Ramai Rezeki Terindah!
Kredit Instagram @rebeccanuralislamahmad
“Suka Anak Ramai Kalau Boleh Nak 12 Orang,” Datin Rebecca Anggap Anak Ramai Rezeki Terindah!
Kredit Instagram @rebeccanuralislamahmad
“Suka Anak Ramai Kalau Boleh Nak 12 Orang,” Datin Rebecca Anggap Anak Ramai Rezeki Terindah!
Kredit Instagram @rebeccanuralislamahmad

Datin Rebecca yang juga usahawan kini aktif mengusahakan pelbagai cabang bisnes. Selain mempunyai bisnes makanan sejuk beku, dia juga berniaga produk kecantikan dan kesihatan wanita.

IKLAN

Ibu jelita ini mendirikan rumah tangga dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 14 Januari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra Nor Anggerik Renesmee, Nor Alif Al-Raffael, Nor Ahmed Al-Reaggan, Nor Aurora Riana dan Nor Ammar Al-Rizky.

IKLAN
“Suka Anak Ramai Kalau Boleh Nak 12 Orang,” Datin Rebecca Anggap Anak Ramai Rezeki Terindah!
Kredit Instagram @rebeccanuralislamahmad
“Suka Anak Ramai Kalau Boleh Nak 12 Orang,” Datin Rebecca Anggap Anak Ramai Rezeki Terindah!
Kredit Instagram @rebeccanuralislamahmad
“Suka Anak Ramai Kalau Boleh Nak 12 Orang,” Datin Rebecca Anggap Anak Ramai Rezeki Terindah!
Kredit Instagram @rebeccanuralislamahmad

Dia turut dikhabarkan mempunyai dua anak tiri dan dua orang anak angkat.

Semoga Datin Rebecca sekeluarga kekal bahagia sampai syurga dan sukses sebagai usahawan wanita berjaya.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/nenek-gorgeous-datin-noor-kartini-awet-muda-usia-57-urus-banyak-cabang-bisnes/

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI