Anda semua pasti pernah minum air mineral atau pun air osmosis berbalik (reverse osmosis) yang dibeli dalam botol. Tetapi sebelum itu, anda perlu tahu 4 rahsia ini yang tidak dikongsikan oleh syarikat pengeluar air ini.

Jangan kata Nona tak beritahu, air yang disangka bersih jangan disangka tak ada kuman.

(1) Mengapa Botol Plastik Tak Selamat Digunakan?

IKLAN

Suka Beli Air Mineral Di Kedai? Mungkin Lepas Baca Ini Anda Boleh Bawa Saja AIR MINUMAN BERSIH Dari Rumah, Jimat & Selamat!

Botol plastik akan mengeluarkan bahan-bahan kimia yang berbahaya kepada tubuh badan. Tetapi apa yang anda perlu tahu adalah perbezaan setiap botol plastik yang digunakan.

Botol yang dilabelkan dengan No. 1 (PET atau PETE) hanya selamat digunakan sekali sahaja. Apabila botol itu didedahkan kepada oksigen dan suhu yang panas, termasuk bahang matahari, botol tersebut akan mengeluarkan toksik berbahaya yang akan diserap oleh air di dalamnya.

Elakkan daripada menggunakan botol yang dilabel 3 atau 7 (PVC atau PC) kerana ia akan mengeluarkan toksik bahaya yang akan diserap masuk ke dalam makanan dan minuman. Jika terlalu kerap didedahkan dengan toksik ini, ia akan membawa masalah kesihatan kepada anda.

Yang paling selamat adalah jika anda menggunakan botol yang dilabel dengan No. 2, 4 (polyethylene) dan 5 (PP) kerana ia paling sesuai sekali untuk digunakan berkali-kali.

Tetapi ia hanya akan selamat jika anda simpan di tempat yang terdedah kepada panas dan anda selalu membasuh botol tersebut.

(2) Kebersihan & Bakteria

Suka Beli Air Mineral Di Kedai? Mungkin Lepas Baca Ini Anda Boleh Bawa Saja AIR MINUMAN BERSIH Dari Rumah, Jimat & Selamat!

Menurut para saintis, jika anda minum melalui botol plastik, ia diibaratkan seperti anda menjilat mangkuk tandas. Ini disebabkan bilangan bakteria yang ada pada botol tersebut telah melebihi kadar bakteria yang selamat.

IKLAN

Mengapa? Kerana kita telah menjadikan botol tersebut tempat yang paling sesuai untuk pembiakan bakteria terutamanya selepas memegang botol itu dengan tangan yang kotor, tidak membersihkannya dengan betul atau meletakkan air panas di dalam botol tersebut.

Apa yang perlu dibuat, basuh botol tersebut menggunakan sabun atau bahan anti-bakteria kerana kajian telah membuktikan kebanyakan bakteria hidup di muncung botol tersebut. Cara yang paling selamat, anda boleh menggunakan straw.

(3) Dari Mana Punca Air Itu?

Suka Beli Air Mineral Di Kedai? Mungkin Lepas Baca Ini Anda Boleh Bawa Saja AIR MINUMAN BERSIH Dari Rumah, Jimat & Selamat!

IKLAN

Kebanyakan pengeluar air osmosis berbalik akan meletakkan gambar air terjun atau sumber air bersih pada botolnya.

Tapi sebenarnya air di dalam botol tersebut adalah hampir sama dengan air paip di rumah anda. Dan sebenarnya, harga kos produksi air itu adalah lebih murah berbanding harga jualan sebenarnya.

(4) Kandungan Gula

Kebanyakan pengeluar air yang mengatakan air mereka adalah sihat dan akan memberikan anda tenaga yang berlebihan. Tapi hakikatnya air seperti itu mengandungi kandungan gula yang sama seperti air bergas.

Apa -apa pun, bacalah label yang telah ditampal pada botol itu. Lihat apakah kandungan yang sebenarnya terkandung di dalam air tersebut. Norzalina Mohd Alias

Sumber: NakBebel

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI