Sebuah laman yang indah dan berkualiti bukan sahaja terletak pada bentuk landskap, malah merangkumi aspek pemilihan dan penataan perabot.

IKLAN

Perabot laman merupakan titik tumpu di mana anda boleh menggunakannya saat ingin menghayati keindahan tanaman di halaman sendiri. Bagi menentukan konsep yang sesuai, info ini boleh membantu

(a) Jenis

Buat pilihan yang tepat tentang bentuk perabot yang ingin anda gunakan serta fungsinya. Jika untuk ruang laman yang luas, meja bulat serta empat kerusi sesuai digandingkan dengan payung besar untuk berteduh bagi menyerikan suasana.

(b) Saiz

Saiz merupakan perkara utama yang perlu diperhatikan. Saiz perabot perlu dipilih bersesuaian dengan keluasan ruang laman anda.

(c) Material

IKLAN

Pemilihan material perabot perlu diselaraskan dengan pilihan konsep serta fungsi. Jika perabot untuk laman, lebih sesuai menggunakan material yang mempunyai ketahanan seperti kayu asli atau keluli.

(d) Susun Atur

IKLAN

Perabot laman yang ingin dihias haruslah ditempatkan pada sudut sesuai supaya ia tidak mendatangkan sebarang masalah pada anda kelak. Perabot seperti meja laman boleh ditempatkan pada sudut yang terlindung daripada cahaya matahari sama ada dihalang oleh pokok ataupun tembok batu.

(e) Gaya

Stail merupakan perkara yang sering menjadi tunggak utama oleh pemilik apabila memilih. Tentukan konsep dekorasi landskap keseluruhan ruang laman. Kemudian pilih sama ada anda tampil selari mengikut konsep atau mencipta kelainan dalam padanan kontras alam semula jadi. Rosmah Idayu Abu Samah