Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengumumkan Petronella Douny sebagai Ketua Jurulatih baharu skuad bola sepak wanita bawah (B) -17 tahun kebangsaan.
Kredit Foto: Facebook FAM
Pelantikan Petronella diumum oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ia sejajar dengan visi FAM bagi memperkasa bola sepak wanita dengan membina skuad bola sepak wanita kebangsaan.
Petronella merupakan satu-satunya jurulatih wanita di Malaysia yang memiliki Lesen A Kejurulatihan dari Persatuan Bola Sepak Asia (AFC) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Kredit Foto: Facebook FAM
Memetik kenyataan Pengarah Teknikal FAM, Scott O’Donell, pelantikan itu dibuat berdasarkan komitmen dan pencapaian bekas pemain kebangsaan itu sebagai bekas Penolong Jurulatih skuad Malayan Tigress B-18 pada kempen Kejuaraan AFF Wanita B-18 di Palembang, Indonesia tahun lalu.
Ads
Ia sekaligus menjadi faktor kepada pemilihannya sebagai Ketua Jurulatih Skuad Malayan Tigress B-17.
Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) turut menyambut baik dan berbangga dengan pelantikan Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah, Petronella Douny sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17.
Ads
Kredit Foto: Sabah Media
Menurut Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan, Petronella yang berasal dari Tamparuli antara jurulatih bertauliah yang berjaya dilahirkan badan induk bola sepak Sabah menerusi program pembangunan bola sepak Sabah.
“Tahniah kepada Petronella Douny atas pelantikan sebagai Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-17. Beliau adalah satu-satunya jurulatih wanita yang memiliki Lesen Kejurulatihan AFC/FAM A.
“Beliau juga bertindak sebagai Penolong Ketua Jurulatih Pasukan Bola Sepak Wanita Sabah pada masa ini.”
Ads
Sumber: Sabah Media
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cantiknya tema bunga-bungaan ni. Nampak elegan dan mewah! Menghadirkan tema bunga-bungaan atau floral pada interior rumah dapat mencetuskan suasana sejuk, segar dan feminin. Untuk menerapkannya tak semestinya perlu memasukkan tumbuhan hidup mahupun palsu tetapi juga boleh diadunkan dengan motif mahupun aksen bunga-bungaan segar.
Berikut bagaimana untuk mengaplikasikan tema bunga-bungaan dalam beberapa trik mudah. Ia pasti menyenangkan jiwa saat anda berada di rumah.
WARNA NEUTRAL
Sebaiknya pilih warna-warna neutral sama ada yang gelap atau terang. Tak semestinya perlu memilih warna-warna bunga yang cerah. Anda boleh menerapkan pola bunga dengan warna monokrom yang lebih memberi kesan santai serta tidak terlalu feminin.
PILIH WARNA SENADA
Pilih warna senada dengan perabot sedia ada. Atau, boleh juga memadankan dengan tema warna yang sudah diterapkan pada ruang tersebut. Ia akan membuatkan dekorasi rumah akan lebih seimbang.
UKURAN POLA
Pola bunga bungaan mempunyai banyak pilihan dari segi ukuran bermula dari yang kecil sehinggalah yang besar. Pola bunga berukuran kecil memberi kesan lebih feminin berbanding pola bunga berukuran besar.
MEMBERI KESAN SENI
Tak salah untuk memberi kesan atau sentuhan seni pada interior bertemakan bunga bungaan. Dengan sentuhan seni itu, interior ruang akan lebih kelihatan artistik. Contohnya, pola floral dalam bentuk lukisan atau aksen dekorasi tertentu.
KESAN MASKULIN
Agar tak terlalu kelihatan feminin, pola bunga bungaan boleh dipadankan dengan perabot yang mempunyai rekaan yang lebih maskulin. Contohnya dengan meja kopi yang berwarna neutral atau berunsurkan kayu.
RUANGAN PENUH BUNGA
Hadirkan seluruh ruangan dengan pola bunga bungaan melalui pemasangan wallpaper di sekeliling dinding. Ruangan akan menjadi semakin segar dan sejuk. Tema bunga bungaan yang diterapkan pada sekeliling ruangan juga dapat memberi efek yang menenangkan jiwa.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuah Harith Iskander dikurniakan seorang wanita yang bukan saja pintar dan cantik tapi yang lebih penting, mempunyai sekeping hati yang sangat baik. Secara luaran, ramai menyangka dengan gaya penampilan moden mesti Dr Jezamine Lim seorang wanita yang mementingkan kelas. Hakikatnya, ibu kepada tiga anak ini cukup merendah diri dan prihatin terhadap nasib masyarakat sekeliling.
Kebaikan Dr Jezamine tersebut didedahkan sendiri oleh suaminya. Ketika ditanya perwatakan isteri yang membuatkan dia jatuh cinta, ini jawapan jujur Harith. “Tiga perkara yang saya suka tentang isteri. Pertama, dari segi bisnes dia lebih cekal dan baik dari saya. Kedua, dia tahu cara untuk menjaga hati dan diri saya. Pendek kata, dia lebih faham diri saya lagi daripada saya faham tentang diri dia.
Ketiga, dia baik dan saya jatuh cinta dengan dia masa kami pergi dating di sebuah gerai ketika zaman bercinta dulu. Biasanya kalau ada pengemis datang, kita akan buat tak tahu. Tak nak pandang, tapi my girlfriend at that time dan sekarang my wife buat perkara luar jangkaan. Ada orang tua ini datang ke meja kami dan isteri saya tanya dia, “Pak cik dah makan?”, “Nak makan apa?” dan dia jemput duduk sebelah serta belikan makanan. Sepanjang 40 tahun hidup, saya tak terfikir nak buat benda simple macam ni. Tapi dia sebaliknya.”
Harith dan Dr Jezamine mendirikan rumah tangga pada Jun 2010 ketika masing-masing berusia 43 tahun dan 27 tahun. Hampir sedekad melayari bahtera perkahwinan, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zander Xayne Iskander, Alessandrea Jayne dan Zydane Xayne Iskander.
Mengimbas kembali memori pertemuan mereka berdua menerusi Facebook, selebriti komedi popular ini mengakui cukup tersentuh dengan pengorbanan isteri yang sanggup mengutamakan dirinya berbanding keluarga demi mahu menjadi pasangan kepada Harith Iskander.
“Pada mulanya mak ayah dia tak bersetuju dengan persahabatan kami. Dia tahu yang dia kena buat pilihan dan akhirnya memilih saya. Saya tahu ia keputusan yang paling susah bagi dia. Tapi alhamdulllah, sekarang semua ok. Dulu dia rasa sakit hati… rasa sedih. Bagi saya, ia adalah satu pengorbanan besar yang diambil Jezamine waktu itu.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan usahawan muslimah yang juga Instafamous Farah Lee ini pastinya mencetus inspirasi ramai. Tidak hanya bergelar ibu kepada seorang anak perempuan comel, dia juga sebenarnya berstatus ibu tunggal. Lebih mengagumkan, Farah berjaya menyelesaikan thesis pengajian dalam bidang Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom pada hujung Februari lalu. Bagaimana pun sesi graduasi ‘Master’ Farah yang sepatutnya berlangsung Julai lepas masih tertangguh.
Sering berkongsi aktiviti harian dan kata-kata motivasi yang menyuntik semangat buat kaum wanita sepertinya agar kuat menjalani liku kehidupan, Farah Lee atau nama penuhnya Nurfarahin Romli merupakan pengasas perniagaan busana miliknya iaitu Omma & Esabel. Dalam kesibukan ‘berperang’ dengan pengajian dan perniagaan, graduan Ijazah Sarjana Kejuruteraan Mekanikal dari Universiti Inha, Korea Selatan ini juga tidak alpa terhadap tanggungjawabnya sebagai ibu.
Kecekalan Farah tinggal bersama permata hati, Maream Esabel yang kini berusia 5 tahun di bumi UK sepanjang pengajian nyata bukan satu tugas mudah. Satu perkara yang berjaya menguatkan semangatnya untuk terus tabah adalah kerana sikap dan pemikiran anak kelahiran Terengganu ini sendiri yang cukup optimis. Baginya, walau apa yang berlaku sekalipun hidup tetap diteruskan!
Terbarunya, Farah berkongsi gambar dirinya dan anak tersayang bersama sebuah kereta mewah dipercayai kereta baharu milik wanita kental ini. Jelas terpancar wajah gembira Farah apabila usaha menjana pendapatan sendiri sebagai ibu tunggal akhirnya berbalas.
Kongsi Farah, “Masih terngiang ngiang kata-kata itu dilemparkan di hadapan muka,“Tengoklah dia, buat business pun tak berjaya, staff pun tak kekal, bibik asyik tak lekat…” Berderau darah tapi masih tunduk mengiakan kekurangan. Rasa loser jugak masa tu actually. Well, I didn’t focus on my business that much before because my priority was my family, I closed down my boutique to focus on raising my daughter at home, bibik asyik tak lekat tu rasanya hampir semua rumah camtu kot.
I didn’t have space to bloom. Suppressed. Lost.Now that the wall was demolished. I become me again, given and giving, bangkit dan berdiri di kaki sendiri, to this today, alhamdulillah.
Arwah Papa once confessed to me; “Papa sedih untuk Maream, tapi untuk Kakcik, Papa gembira, sebab Papa tahu potensi anak Papa. Papa nak tengok Kakcik yang dulu”. Sadly, you’re not here to see us today Papa. But I’m sure, Allah tunjukkan Papa perkara yang lebih baik yang diluar akal kami yang di dunia ni. These all, berkat air mata Papa dulu, dan doa Mama yang tanpa henti sehingga sekarang.
Wanita kadang ketepikan ‘kejayaan’ mereka kerana ingin berkorban untuk keluarga. Atau kadang mereka tidak mendapat berkat seperti yang diperlukan. Hargailah mereka. Sokonglah mereka. Kerana ketahuilah, mereka boleh saja lebih hebat sendiri.
Few times someone came and said, “Saya kesian tengok Farah, saya sedih”. I replied “Eh tak perlu sedih, I’m happier and better than before. Alhamdulillah, saya redha dan sangat bersyukur dengan yang dah berlaku”.
It wasn’t a smooth one. There were times I got emotionally, mentally and physically exhausted all at a time. What did I do.? I just cried, and talked to God. Then, resume life as usual. Repeat. Crying doesn’t mean that you’re not content with life, it’s a moment for you to feel, to humble yourself and to seek for help. Life is full of obstacles because Heaven is exclusive. But, please remember, WITH hardship comes ease. Ya, penat. Penat sangat. Tapi penat yang bahagia.”
Biarpun sibuk dengan pengajian, bisnes dan tanggungjawab terhadap anak namun Farah tetap aktif menyertai aktiviti kemanusiaan dan kebajikan. Dek kerana sikap prihatin yang menebal terhadap insan serba kekurangan khususnya kanak-kanak, Farah menyediakan platform Childrity by Farah pada 29 September tahun lalu. Ia berperanan membantu kanak-kanak yang memerlukan dan buat masa ini Farah menjayakan usaha tersebut di bumi Afrika.
Semoga segala usaha murni dan kegigihan Farah terus dipermudahkan sekaligus menjadi sumber inspirasi kepada semua wanita.
Kredit: Instagram Farah Lee
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.