Terharu melihat pertolongan para banduan di Penjara Penor, Pahang yang bertungkus-lumus 8 jam sehari demi menyiapkan tempahan peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas kesihatan yang mengendalikan pesakit Covid-19. Menyedari permintaan PPE yang sangat tinggi ketika ini, bengkel jahitan di Penjara Penor buat masa ini lebih menumpukan kepada tempahan jahitan tersebut berbanding jahitan lain.
Bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang setiap hari, seramai 18 banduan yang ditempatkan di bengkel menjahit itu komited menyiapkan tempahan dari segi mengukur, memotong dan menjahit PPE yang diperbuat daripada material khas berwarna biru.
Menurut Pengarah Penjara Penor, Datuk Abu Hasan Hussin, mereka menerima 2,000 meter material berkenaan bagi menghasilkan peralatan pelindungan diri tersebut yang memerlukan lima meter bagi sepasang PPE ‘dari hujung kepala ke hujung kaki.’ Katanya lagi, bengkel tersebut memulakan operasi menjahit sejak Jumaat lepas dan setiap hari pihaknya boleh menghasilkan lebih 20 pasang PPE yang akan terus dihantar ke pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang untuk diagihkan kepada Jabatan Kesihatan negeri. Memandangkan keperluan mendesak terhadap PPE ekoran pertambahan kes Covid-19, bengkel jahitan Penjara Penor turut beroperasi pada Sabtu dan Ahad.
Jutaan penghargaan harus diberikan kepada banduan terlibat kerana sanggup mengorbankan masa rehat mereka untuk sama-sama membantu frontliners menghadapi situasi sukar ini, meskipun hanya di balik tirai besi.
Ads
Untuk memastikan penghasilan PPE adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) pihak kesihatan, beberapa kakitangan penjara telah menyertai taklimat pembuatan PPE pada 25 Mac lepas.
Selain PPE, Datuk Abu Hasan juga memaklumkan Persatuan Isteri, Anak dan Anggota serta Kakitangan Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) juga telah menghasilkan 525 unit pelindung muka untuk kegunaan petugas barisan hadapan.
Ads
Difahamkan, banduan yang terlibat dalam urusan menjahit tempahan PPE tidak mengambil masa lama untuk memahami kaedah menjahit peralatan tersebut kerana sudah mahir mengendalikan mesin jahit setelah sekian lama menerima tempahan pakaian seragam.
“Untuk melancarkan tugas, kami wujudkan tiga stesen khas yang terdiri daripada membahagikan material, memotong dan menjahit. PPE yang siap juga perlu melalui kawalan kualiti oleh kakitangan penjara.
Proses yang paling renyah ialah memasukkan getah yang bertujuan mengetatkan bahagian pergelangan tangan, dagu topeng muka dan pelindung kasut,” kata Sarjan Muhd Mulyadi Abdul Ghani, pegawai selia bengkel jahitan Penjara Penor.
Ads
Mendekati salah seorang banduan yang terlibat dalam usaha murni ini, Man yang dipenjarakan kerana kesalahan dadah menyifatkan bantuan memotong PPE yang diberikan adalah ‘sumbangan kecil’ darinya kepada negara yang sedang mengalami situasi mencabar.
“Saya tahu ia mudah berjangkit. Dalam diam, saya bangga juga kerana masih dapat membantu walaupun dari penjara. Sumbangan saya tidak besar namun saya harap ia boleh melindungi kakitangan kesihatan yang berjuang.”
Sumber : BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Umum mengetahui tentang berita kehamilan Dr. Amalina yang kini sedang sarat hamil (trimester) dan masih lagi bertugas. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 2021, Dr Amalina juga nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mendapatkan cahaya mata pertama, apatah lagi banyak berkongsi tentang perkembangan kesihatan dan kandungannya.
Baru berkongsi gambar di majlis baby shower nya, selain berkongsi perihal tersebut, Dr Amalina yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga merupakan pakar bedah banyak menghabiskan masanya menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan di media sosialnya terutama sekali rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.
Namun baru-baru ini, soal jawab di IG story Dr Amalina nyata mencuri tumpuan selepas beberapa soalan diajukan berkaitan manfaat yang diterima beliau selepas melahirkan. Antara soalan yang sempat dijawab adalah berkaitan berapa lama cuti bersalin yang bakal atau boleh diambil oleh Dr. Amalina selepas bersalin nanti.
Jawab Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan. Bukan itu saja, Dr. Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai melopong.
“Saya akan dapat gaji penuh untuk 5 bulan pertama lepas bersalin dari tempat kerja saya dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan”. Ternyata perkongsian Dr. Amalina mengundang pelbagai respon dan ramai yang ‘gigit jari’ atau makan hati, dek manfaat yang diterima Dr.Amalina tidak sama seperti yang diterima di Malaysia.
Ramai juga memberikan respon Dr. Amalina beruntung kerana mendapatkan cuti yang panjang dan boleh digunakan sepenuhnya bagi memberi fokus penuh untuk anaknya. Tak sabar rasanya nak tunggu berita kelahiran anak sulung Dr. Amalina. NONA mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
1 Ramadan tahun ini nyata detik paling sukar untuk ditempuh bagi selebriti Nazim Othman dan Bella Dally apabila kedua-duanya sepakat mengakhiri perkahwinan mereka hari ini. Menerusi posting yang dikongsikan di IG masing-masing kurang enam jam lalu, baik Nazim mahupun Bella tanpa berselindung jujur menjelaskan status sebenar mereka. Tanpa memaklumkan punca penceraian, kedua-duanya bagaimana pun menghadapi takdir ini dengan cukup matang dan tanpa memburuk-burukkan sesiapa.
Tulis Nazim di IG @nazimothman, “Saya dengan rasa berat hati dan dukacita ingin memaklumkan bahawa, di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella Dally telah berakhir. Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini.
Sesungguhnya segala keindahan itu datang dariNya dan semua kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu, Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
Sementara entri Bella Dally pula tertulis, “Verily, Allah SWT is the Best of Planners’. Salam Ramadan to all. At the start of this holy month, I would like to announce that Nazim and I have officially divorced.
Why? What happened? are questions that even my family asked me. To cut the long story short, our marriage did not work out. Both of us have tried our very best to work things out. However, it did not. Both of us mutually decided that it is best to part ways.
Tinggal kenangan.. Bella dan Nazim
To friends, family, fans and co-workers who have been there, thank you so very much.”
Rumah tangga yang dibina pasangan ini hanya mampu bertahan setahun lebih selepas disatukan sebagai suami isteri yang sah pada tanggal 10 September 2016.
Walau apa jua masalah yang dihadapi mereka, Nona doakan yang terbaik buat Nazim dan Bella. Percayalah, Allah adalah sebaik-baik perancang dan pastinya ada hikmah yang tersembunyi. Moga kedua-duanya tabah menghadapi detik sukar ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menepati kriteria, Che Puan Sarimah Ibrahim dipilih sebagai duta kesihatan untuk hospital pakar tulang, ALTY Orthopaedic Hospital.
Kredit Foto: Instagram Sarimah Ibrahim
Majlis perlantikan bagi pengacara, penyanyi serta pelakon berketurunan Melayu-Ireland ini diadakan di premis hospital yang terletak di Menara ALTY, Jalan Ampang pada 15 Jun 2022 dalam suasana ringkas bersama media.
Objektif kerjasama ini adalah bagi memacu kesedaran tentang penjagaan kesihatan tulang yang baik. Sebagai seorang yang prihatin dengan kesihatan, CP Sarimah akan menyertai usaha-usaha bersama ALTY untuk meningkatkan kesedaran melalui beberapa siri inisiatif pendidikan.
Inisiatif tersebut merangkumi program kesedaran komuniti dan siri video pendidikan penjagaan tulang di kalangan rakyat Malaysia.
CP Sarimah menyuarakan keterujaannya apabila dilantik sebagai duta bagi kolaborasi selama setahun ini yang julung kali diadakan. Menurutnya, sebagai selebriti sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia.
“Sebagai selebriti saya akan lakukan yang terbaik untuk mendidik dan memberi kesedaran kepada orang ramai termasuklah diri sendiri tentang betapa pentingnya penjagaan kesihatan tulang.”
Selain bergelar duta kesihatan, CP Sarimah juga bakal mengacarakan program-program berkaitan penyakit tulang bersama lapan doktor pakar di ALTY Orthopaedic Hospital.
Kredit Foto: Instagram Sarimah Ibrahim
Turut serta dalam sesi temu bual bersama media ialah Dr. G Ruslan Nazaruddin yang merupakan Pakar Perunding Bedah Ortopedik & Penggantian Sendi.
Selesai majlis, pihak media diberi peluang untuk menjelajah beberapa ruang utama di hospital antaranya wad pemulihan serta bilik EOS yang dikhususkan untuk rawatan low-dose radiation alterative.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.