Chef selebriti yang juga penyanyi dan pelakon Datuk Fazley Yaakob baru-baru ini menitip ucapan istimewa buat isterinya di laman Instagramnya bersempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16. Untuk makluman, Dato’ Fazley selamat diijabkabulkan bersama Datin Azrene Ahmad pada 7 November 2006 di Masjid Saidina Umar Al Khattab. Hasil perkahwinan tersebut, mereka berdua dikurniakan empat orang cahaya mata, tiga lelaki dan seorang perempuan.
Menerusi hantaran tersebut, Datuk turut segala dugaan yang pernah berlaku sepanjang perkahwinannya selama ini. Jelasnya, “terlalu banyak cabaran dan dugaan yang datang berkali-kali dan bukan dari kita berdua, tetapi selalu dari mereka yang sering mencuba untuk memisahkan kita dan menggoyangkan masjid yang kita bina selama ini. Allah maha besar, segala ketentuan-Nya tidak akan mampu sesiapa pun ubah. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-16 adik sayang saya”
Malah, Datuk Fazley menyatakan kesyukuran dikurniakan seorang isteri yang kuat apatah lagi isterinya juga pernah berhadapan dengan pelbagai dugaan. Isteri kepada cef selebriti yang berusia 44 tahun itu mengalami keguguran sebanyak 13 kali termasuk dua pasangan kembar.
NONA mendoakan semoga masjid yang dibina ini kekal sehingga ajal dan maut memisahkan.
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Umum mengetahui tentang berita kehamilan Dr. Amalina yang kini sedang sarat hamil (trimester) dan masih lagi bertugas. Selepas mendirikan rumah tangga dengan Alexander Charles pada 2021, Dr Amalina juga nyata tidak dapat menyembunyikan keterujaannya mendapatkan cahaya mata pertama, apatah lagi banyak berkongsi tentang perkembangan kesihatan dan kandungannya.
Baru berkongsi gambar di majlis baby shower nya, selain berkongsi perihal tersebut, Dr Amalina yang juga merupakan bekas pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga merupakan pakar bedah banyak menghabiskan masanya menjawab pelbagai soalan yang dilontarkan di media sosialnya terutama sekali rakyat Malaysia yang sentiasa mengikuti perkembangan semasanya.
Namun baru-baru ini, soal jawab di IG story Dr Amalina nyata mencuri tumpuan selepas beberapa soalan diajukan berkaitan manfaat yang diterima beliau selepas melahirkan. Antara soalan yang sempat dijawab adalah berkaitan berapa lama cuti bersalin yang bakal atau boleh diambil oleh Dr. Amalina selepas bersalin nanti.
Jawab Amalina, cuti bersalinnya akan bermula pada minggu yang dijangka akan bersalin malah diberi pilihan untuk menggunakan cuti sehingga setahun namun dia berkemungkinan akan cuti selama 10 bulan. Bukan itu saja, Dr. Amalina turut menerima soalan berkenaan dengan gaji yang bakal diterima sepanjang cuti bersalin dan jawapannya memang buatkan ramai melopong.
“Saya akan dapat gaji penuh untuk 5 bulan pertama lepas bersalin dari tempat kerja saya dan kemudiannya akan dibayar gaji dari kerajaan”. Ternyata perkongsian Dr. Amalina mengundang pelbagai respon dan ramai yang ‘gigit jari’ atau makan hati, dek manfaat yang diterima Dr.Amalina tidak sama seperti yang diterima di Malaysia.
Ramai juga memberikan respon Dr. Amalina beruntung kerana mendapatkan cuti yang panjang dan boleh digunakan sepenuhnya bagi memberi fokus penuh untuk anaknya. Tak sabar rasanya nak tunggu berita kelahiran anak sulung Dr. Amalina. NONA mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Terima kasih kepada Tya Arifin, Asyraf Khalid kerana menjadi guru dan sahabat isteri saya.” Demikian kata penyanyi dan rapper Adeep Nahar GV9 mengenai kejayaan isterinya, Mazlin Merezukhi yang kini bergelar jutawan dengan menjadi stokis jamu Mutyara menerusi Mutyara Home Centre (MHC).
Adeep, 45, atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Nahar berkata, konsep perniagaan MHC yang diperkenalkan oleh pasangan suami isteri Tya Arifin dan Asyraf Khalid itu adalah inisiatif perniagaan alaf baru yang melahirkan ramai ahli perniagaan berjaya selain dijalankan dari rumah dan menggunakan modal rendah.
“Awalnya isteri beritahu mengenai jamu Mutyara. Saya pun tanya perniagaan ini macam mana. Sebelum menjadi pramugari, isteri pernah menjadi kontraktor. Jadi, dia asas dalam perniagaan. Saya tak nak halang dia, sebab dia dah biasa bekerja. Malah, dia yakin untuk buat perniagaan ini.
“Selepas tiga tahun, dia beritahu berjaya mencapai jualan lebih RM1 juta. Sebagai suami saya bangga dengan usahanya yang bekerja siang dan malam, bertungkus lumus dengan apa yang dibuat. Kepercayaannya terhadap Mutyara, Tya dan Asyraf sangat tinggi.
“Selama tiga tahun saya melihat isteri menjalankan perniagaan ini, dia sangat positif. Daripada nasihat Tya, Asyraf dan gurunya Dr Azizan, mereka semua orang yang sangat positif dalam semua aspek. Saya pun ambil semangat itu,” katanya.
Menurutnya, antara inti kejayaan adalah suami isteri perlu saling menyokong.
“Tidak kiralah dari segi perniagaan apa, walaupun bukan dalam bisnes sama, suami dan isteri perlu saling menjadi tulang belakang. Doa masing-maisng sangat penting. Saya sentiasa mendoakan kejayaan dan kebaikan buat isteri,” katanya.
Sementara itu, Mazlin yang sudah tiga tahun berniaga jamu Mutyara berkongsi dia bermula sebagai pengguna.
“Kali pertama mencuba produk ini, saya cakap pada suami produk ini ‘sesuatu’. Dia macam terkejut, sebab dia tahu saya seorang yang sangat skeptikal dengan produk. Selepas tiga hari minum, alhamdulillah sakit pinggang yang dialami selama tujuh tahun sebelum itu sembuh serta merta.
“Kebetulan, Tya dan Asyraf mencari stokis. Jadi, saya cakap pada suami nak mencuba. Saya yakinkan suami dan nekad kalau nak menjadi usahawan tak nak biasa-biasa. Saya ambil pakej yang paling tinggi. Sebab, kalau nak buat, kena betul-betul. Mereka adakan sesi perjumpaan dan saya beranikan diri pergi sendiri.
“Ketika itu juga mereka memberikan penghargaan kepada usahawan yang menjual jamu Mutyara. Saya pegang ‘award’ itu dan mula berangan. Ternyata, ada yang boleh berjaya dengan perniagaan ini,” katanya.
Menurutnya, usaha yang dimulakan secara zero dan hasil tunjuk ajar daripada Tya, dia menerusi pasukannya dikenali sebagai Team Chantek dinobatkan sebagai jutawan Mutyara pada Ogos tahun lalu selain sudah mempunyai 2,500 ahli di bawahnya.
“Di Mutyara kami macam keluarga. Budaya yang dibawa Tya dan Asyraf adalah nak membantu orang. Nampak kesungguhan mereka ke arah itu. Tidak wujud jurang antara pengasas dan usahawan. Saya berasa sangat dengan mereka. Jadi, bila dapat persekitaran seperti itu, kita berasa gembira dan ‘enjoy’ dengan apa dibuat.
“Diakui ada masa berlaku turun naik dan jualan kurang, tapi itulah kehidupan. Tapi, apa boleh dikatakan saya gembira bersama mereka. Bukan saja saya, tapi usahawan lain pun merasakan perkara sama. Kami diberikan peluang sama rata,” katanya.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Barangkali ini rezeki anak yang diterima Neelofa dan suaminya, Haris Ismail apabila mereka dilantik menjadi Duta Omrah Travel. Bukan calang-calang kerana Omrah Travel ini menawarkan pakej mengerjakan umrah serba eksklusif dan mewah yang kebiasaannya menjadi pilihan individu berpengaruh seluruh dunia!
Bertemu pasangan selebriti yang juga usahawan berjaya tersebut ketika kursus umrah baru-baru ini, Neelofa dan Haris bersyukur atas rezeki berkenaan dan bakal berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 23 Februari ini.
Lebih istimewa, kunjungan mereka untuk menunaikan umrah kali ini turut disertai anakanda tersayang, Muhammad Bilal.
“Anak masih kecil baru setahun lebih tapi kita akan pastikan suntikan vaksin dia complete. Lepas tu saya sediakan juga semua ubat-ubat yang sesuai. Dah pun minta dengan doktor dan sediakan.
Jadi, kami mohon doa banyak-banyak agar semuanya dipermudah,” ujar Neelofa yang teruja dapat bawa Bilal ke sana buat pertama kali.
Tambah Haris, “Dalam situasi di luar negara terutama di Tanah Suci ni jutaan orang keluar masuk dalam masa sebulan. Kami doa agar Allah beri kesihatan yang baik kepada anak dan bakal bertolak hari Khamis ini selama 12 hari 10 malam.
Sebenarnya trip kali ini kita nak bawa ramai ahli keluarga pergi. Family Neelofa lebih ramai akan turut sama, begitu juga keluarga belah saya ada beberapa yang akan ikut.
Tentunya kami sangat gembira dapat mencipta memori bersama keluarga di Mekah nanti. Dalam masa sama, dapatlah juga kami berdoa untuk keluarga lain, kelangsungan bisnes dan sebagainya.”
Mengulas mengenai pakej umrah yang ditawarkan Omrah Travel, Neelofa dan Haris selaku duta syarikat ini memberitahu servis yang ditawarkan pemiliknya iaitu Datuk Ahmad Tajuddin merangkumi penerbangan dan penginapan hotel kelas pertama serta premium bermula dari harga sekitar RM18,000 sehingga RM35,000.
“Omrah Travel dapat harga terbaik untuk semua jemaah. Kami fokus kepada dua hotel saja untuk jaga kualiti dan eksklusif iaitu hanya ambil hotel di Mekah, iaitu Dar Al Tawhid dan di Madinah, Oberoi Hotel.
Ini kerana ia selalu jadi pilihan golongan VVIP dan berpengaruh dunia untuk mengerjakan haji atau umrah. Hanya hotel eksklusif dan kapal terbang eksklusif dan jadi satu pakej.”
Ujar Neelofa, “Bila saya share poster (pakej umrah) ini ramai yang kata mahal. Tak salahkan mereka pun sebab mereka tidak familiar dengan Hotel Dar Al Tawhid dan Oberoi Hotel.
Saya dah pernah pergi few times ke tempat itu kita rasa mudah, dengan jaraknya yang sangat dekat dan servis baik.
Untuk orang perempuan lagi memudahkan sebab tandas berdekatan. Untuk explain pakej ini kepada orang susah la kan. Kalau nak stay hotel dua ni dengan pakej sama, sebenarnya cecah lebih RM50,000. Itu yang saya jamin.
Tapi kita pergi dengan grup dan ada special price melalui Omrah Travel.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!