Jenama aksesori yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kalangan penggemar aksesori iaitu Swarovski, sememangnya telah berjaya menambat hati setiap wanita. Sampai ada di antara mereka yang begitu obses dengan barang kemas kristal ini berbanding emas. Tertanya-tanya juga, apa uniknya Swarovski hingga menjadi kegilaan ramai?
Ini yang patut anda tahu! Sempena pelancaran koleksi Luruh / Sejuk 2018, Swarovski hadir dengan tarikan terbaharu iaitu Swarovski Remix Collection. Eksklusifnya dengan koleksi ini anda boleh memilih ‘jalan cerita’ sendiri melalui rekaan aksesori yang ditawarkan sekaligus mencerminkan personaliti dan gaya anda.
SWAROVSKI REMIX COLLECTION CARRIER
RM 230.00
Swarovski Remix Collection Rose Gold Plating Carrier
Bagi anda yang mahu lari daripada kebiasaan dan ingin tampil berbeza, koleksi rantai tangan berwarna bersadur rose gold ini memang cocok digayakan untuk ke majlis perkahwinan dan mahupun makan malam. Selain sesuai digayakan begitu sahaja ia juga tampak cantik dipadankan bersama rantai leher panjang dan choker.
SWAROVSKI REMIX COLLECTION CHARMS- ALPHABET
RM139.00
Swarovski Remix Collection Charm- Alphabet, Rose gold plating
Dah ada rantai tangan yang sesuai, tambah ‘drama’ dalam pemilihan barang kemas anda bersama koleksi terbaru Swarovski ini dengan memilih charm abjad kegemaran yang mungkin menjadi makna penting dalam hidup anda. Jangan risau, dari abjad A-Z semuanya ada! Bagi anda yang suka bergaya minimalis patut miliki koleksi ini
SWAROVSKI REMIX COLLECTION CHARMS- BIRTHSTONE
RM 139.00
Swarovski Remix Collection Charm- Birthstone, Rhodium plating
Tarikh ulangtahun kelahiran sememangnya memberi makna yang besar dalam hidup setiap orang. Swarovski tidak ketinggalan untuk menyediakan anda 12 warna batu kristal terbaik mewakili setiap bulan dalam setahun. Februari dengan ungu, Ogos dengan hijau, couldn’t ask for more! Swarovski Remix Collection Charms Birthstone, sesuai untuk anda yang berjiwa elegan.
SWAROVSKI REMIX COLLECTION CHARM- SYMBOL
RM 139.00
Swarovski Remix Collection Charm Symbol- Swan, White, Rhodium plating
Lengkapkan pemilihan charm untuk rantai tangan anda dengan symbol yang menjadi trademark jenama ini. Si Pemakai akan nampak penuh elegan dan menyerlahkan sisi kelembutan wanita. Charm ini juga boleh digandingkan bersama carrier bracelet atau aksesori Swarovski yang lain. Sesuai juga dijadikan sebagai hadiah untuk yang tersayang.
RM139.00
Swarovski Remix Collection Charm Symbol- Moon, White, Rhodium plating
RM139.00
Swarovski Remix Collection Charm Symbol- Star, White, Rhodium plating
Manakala pemilihan charm untuk simbol bulan dan bintang, sesuai untuk anda yang ingin tonjolkan sisi berani dan kebijaksanaan. Gandingkan bersama carrier bracelet atau aksesori Swarovski yang lain pasti akan menyerlahkan lagi keanggunan si pemakai.
Dapatkan koleksi eksklusif Swarovski Remix Collection di butik Swarovski seluruh negara dan Zalora bermula 9 Ogos 2018.