DATIN DR HALINA & DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR

Kehidupan pasangan selebriti romantis ini memang sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Iyalah, tidak hanya menjadi sumber inspirasi dalam mendidik anak-anak, malah Datuk Dr Sheikh Muszaphar Syukor dan isteri, Datin Dr Halina Mohd Yunos lambang suami isteri contoh kerana sikap mereka yang saling menghormati pasangan.

Meskipun bergelar ibu bapa kepada enam orang cahaya mata namun kedua-duanya cukup menikmati momen membesarkan anak-anak. Melihat sikap positif Datuk Dr Sheikh Muszaphar dan Datin Dr Halina mengasuh anak membuatkan proses mendalami ilmu keibubapaan nampak mudah dan ramai yang turut memasang niat mempunyai keluarga besar seperti mereka.

Ads

Hakikatnya, pasangan doktor ini juga tidak terkecuali berdepan ujian dan ragam si kecil yang memerlukan mereka menangani situasi tersebut dengan sebaik mungkin.

Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua

Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua

Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua

Demi menjaga masa kualiti dan menghargai penat-lelah bersama dalam menjaga anak-anak, Datuk Dr Sheikh Muszaphar baru-baru ini memuat naik video ‘me time’ dirinya dan isteri tercinta. Sweet sangat! Hati isteri mana yang tak berbunga-bunga bila dapat keluar berdua je dengan suami, kan?

Kongsi angkasawan negara ini, “Date Night. Tinggalkan the kids at my Mom’s place sekejap. We decided to treat ourselves. Just the two of us. But again… we find the ambience too peaceful and quiet without the kids. Haha.”

Memang macam itulah perangai mak ayah. Dapat keluar berdua pun masih ingat anak-anak di rumah. Apa-apa pun, suami isteri memang digalakkan untuk cari masa keluar berdua dan meluangkan masa bersama demi hubungan kekeluargaan yang sihat serta harmoni.

Ads

Dalam pada itu, Nona turut tertarik dengan perkongsian Datin Dr Halina mengenai ragam anak tersayang ketika waktu makan. Ujarnya, “Nak bagi anak-anak kecil ni makan memerlukan kesabaran yang tinggi kan. Which sometimes I pun takda sebab sepahnya, MashaAllah.

Tapi bagi diaorang makan sendiri ni penting. Biar diaorang pegang dan rasa tekstur makanan tu, motor skill nak masukkan food dalam mulut, the joy of chewing and spitting out things that they cannot eat. Tu semua kena ada skill.

Dalam sepah tu, ada learning process yang sedang berlaku. Kat rumah pun, kalau the babies makan, memang I cabut baju untuk kurangkan emotional stress kat mommy yang tengok baju kotor yang bakal kena sental tu. Emosi mak pun kena jaga juga.”

Ads

Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua Sweetnya! Anak Dah 6 Pun DR HALINA & DR SHEIKH MUSZAPHAR Cari Masa ‘Dating’ Berdua

Datin Dr Halina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam anak iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah serta kembar lelaki dan perempuan iaitu Sheikh Eusoff dan Sophea Emelia yang dilahirkan pada 20 November 2020.

Moga kejayaan Datin Dr Halina dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar serta didikan yang dikongsikan mereka dalam ilmu keibubapaan menjadi panduan kepada semua untuk menjadi pasangan suami isteri berjaya!

 

Kredit foto: Instagram Dr Sheikh Muszaphar & Dr Halina

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI